Oct 18, 2022

TOURISM MALAYSIA DEKATI ANAK MUDA MENERUSI PENGANJURAN ‘YOUTH IN TOURISM’ 2022

KUCHING, 18 Oktober 2022 – Tourism Malaysia buat julung-julung kalinya menganjurkan forum dan sesi townhall Youth in Tourism (YIT) 2022 bagi mengetengahkan suara dan pandangan anak muda sekali gus menjadi medan perkongsian pengalaman melibatkan kesediaan generasi muda untuk menghadapi cabaran sektor pekerjaaan dalam industri pelancongan pada masa hadapan.

Bermula di Kuching, Sarawak, YIT 2022 bakal digerakkan ke lima lagi lokasi di seluruh negara iaitu di Pulau Pinang, Pahang, Johor, Sabah dan Kuala Lumpur.

Dato’ Hj. Zainuddin Abdul Wahab, Ketua Pengarah Tourism Malaysia berkata, YIT 2022 turut memberi peluang kepada anak muda untuk memahami perkembangan industri pelancongan negara termasuk peluang pekerjaan yang ditawarkan selain menerapkan elemen keusahawanan berteraskan pelancongan dalam usaha menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Sehubungan itu, seramai 300 pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta, pengusaha produk pelancongan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta agensi kerajaan telah dijemput untuk mengikuti forum bertajuk ‘Inspirasi Anak Muda Membuka Lembaran Baharu Industri Pelancongan Negara’ di Hotel Pullman, Kuching pada hari ini dari jam 9 pagi sehingga 1 petang.

Sebanyak tiga ahli panel dalam industri pelancongan akan berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka menerusi sesi forum berkenaan bagi memberikan inspirasi dan motivasi kepada golongan muda.

“Secara dasarnya, hasrat kita bukan sahaja untuk mendekati anak muda, bahkan menyuntik aspirasi dalam kalangan golongan muda untuk memilih kerjaya mahupun perniagaan berteraskan pelancongan.

“Langkah ini juga selari dengan saranan Pertubuhan Pelancongan Dunia (UNWTO) dengan menekankan kepentingan pelancongan lestari dalam konteks pertumbuhan inklusif yang menjadi penghubung kepada segenap lapisan masyarakat bagi meningkatkan perkembangan sosioekonomi dan peluang pekerjaan,” kata Dato’ Hj. Zainuddin.


TAMAT


Tourism Malaysia

Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia atau Tourism Malaysia ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Malaysia. Tourism Malaysia giat memfokuskan kepada tugas khusus untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan. Sejak penubuhannya, Tourism Malaysia telah muncul sebagai pemain utama dalam industri pelancongan antarabangsa. Untuk maklumat lanjut, layari akaun media sosial Tourism Malaysia di Facebook, Instagram, Twitter, YouTube, and TikTok.


Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Solehuddin Ahmad
Timbalan Pengarah
Bahagian Domestik & Acara
solehuddin@tourism.gov.my
Tel: +6019-3327810

Muadz Samat
Penolong Pengarah
Bahagian Komunikasi Korporat
muadz@tourism.gov.my
Tel: +603 8891 8755

Related Photos

Copyright © 2024 Malaysia Tourism Promotion Board (MTPB). All Rights Reserved. View Our Terms of Use