Sep 6, 2019

MENTERI PELANCONGAN MELANCARKAN LAGU RASMI MELAWAT MALAYSIA 2020 (VISIT MALAYSIA 2020)


KUALA LUMPUR, 6 SEPTEMBER 2019: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Datuk Mohamaddin bin Ketapi, telah melancarkan lagu rasmi Melawat Malaysia 2020 (Visit Malaysia 2020) hari ini di Istana Budaya.
Beliau berkata ia "menandakan satu peristiwa penting dalam usaha untuk merancakkan promosi dan pemasaran kempen tersebut."
Lagu yang bertajuk "Visit Truly Asia - Malaysia" disusun oleh Ramlan Mohd Imam, Dekan Fakulti Muzik di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan, dengan lirik yang ditulis oleh Normah Kechut dalam Bahasa Melayu dan James P.S. Boyle dalam Bahasa Inggeris.
Unsur-unsur muzik tradisional dimasukkan dalam lagu tersebut untuk mencerminkan penduduk Malaysia yang berbilang bangsa. Instrumen tradisional seperti gong, bungkau, seruling buluh, tabla, sitar, erhu dan tangyu serta elemen dikir barat dan kompang menggambarkan ciri-ciri tradisional Malaysia.
Lirik lagu pula menekankan tema universal seperti perpaduan dan harapan, perkongsian dan keterangkuman, dan kemakmuran. Lagu ini didendangkan oleh penyanyi professional terkemuka di Malaysia, Idayu.
Lagu ini melengkapi usaha terbaru Tourism Malaysia untuk mempromosikan Malaysia secara global melalui Sharp (M) Electronics Sdn Bhd, Malaysia Airlines, Air Asia, Firefly, Malindo Air, Malaysia Airports Holdings Berhad, dan Kumpulan Expedia.
YB Datuk Mohamaddin berkata, "Saya berharap kempen Melawat Malaysia 2020, bersama- sama dengan semua aktiviti pemasaran dan promosi yang kami jalankan, akan menjadikan Malaysia lebih terkenal di kalangan pelancong dan mendorong mereka untuk memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan mereka.”
"Saya menggalakkan semua pihak untuk menggunakan logo promosi dan memainkan lagu kempen ini untuk merancakkan lagi kempen ini samada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa," tambahnya.
Untuk memuat turun lagu, lawati pautan di https://www.tourism.gov.my/campaigns/view/visit-truly-asia-malaysia-2020.
TAMAT
Untuk mendapatkan siaran akhbar, media info dan artikel berkaitan industri pelancongan di Malaysia, sila lawati Pusat Media di laman web Tourism Malaysia di http://www.tourism.gov.my/
LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA ATAU TOURISM MALAYSIA ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. Tourism Malaysia menumpukan kepada tugas khusus iaitu mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan. Sejak penubuhannya, Tourism Malaysia telah muncul sebagai pemain utama dalam dunia pelancongan antarabangsa. Pada 2018, Malaysia telah mencatatkan kedatangan seramai 25.8 juta orang pelancong asing dan pendapatan pelancong berjumlah sebanyak RM84.1 bilion sekali gus meletakkan negara ini dalam kalangan destinasi pelancongan utama dunia.
Hubungi:
Unit Media

Encik Muadz Samat,
Penolong Pengarah,
Bahagian Komunikasi Korporat
Tel: +603-8891 8755
Emel: muadz@tourism.gov.my

Copyright © 2024 Malaysia Tourism Promotion Board (MTPB). All Rights Reserved. View Our Terms of Use