Oct 17, 2015
CITRAWARNA@KUALA LUMPUR 2015 Persembahan Unik Budaya Malaysia
KUALA LUMPUR, 17 Oktober 2015
– Warisan seni budaya rakyat dan kepelbagaian produk pelancongan
Malaysia mewarnai Citrawarna@Kuala Lumpur 2015 yang berlangsung di
Dataran Merdeka pada malam ini.
Objektif
penganjuran Citrawarna@Kuala Lumpur adalah untuk menjenamakan Kuala
Lumpur bahkan mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama
yang mempunyai kepelbagaian produk pelancongan dan kebudayaan.
Menampilkan
kelainan berbanding tahun-tahun sebelumnya, Citrawarna@Kuala Lumpur
2015 berkonsepkan arena konsert dan pementasan teater terbesar
melibatkan lebih 600 orang artis tari, pemuzik dan penggiat budaya dari
seluruh pelosok tanah air. Bertemakan ‘Culture, Nature, Future’ hasil
sentuhan kreatif Puan Sri Tiara Jacquelina yang tidak asing lagi dalam
industri seni tanah air, Citrawarna@Kuala Lumpur 2015 adalah sesuatu
yang cukup mengujakan.
Memasuki
tahun ke-16 penganjurannya, seramai 50,000 orang pengunjung dijangka
hadir memeriahkan Citrawarna pada tahun ini termasuklah 125 orang
delegasi media asing dan ejen pelancongan menerusi program Mega
Familiarisation (MegaFam) oleh Tourism Malaysia melibatkan 18 buah
negara iaitu Singapura, Brunei, Indonesia, Kemboja, Thailand, Filipina,
Myanmar, Laos, Vietnam, China, Hong Kong, Jepun, Korea, India, Nepal,
Mauritius, Jerman dan juga Kazakstan.
Persembahan
awalan (pre-show) yang bermula seawal jam 6.30 petang menampilkan
pementasan teater MUD: Our Story of Kuala Lumpur yang mengangkat kisah
dan sejarah bandaraya Kuala Lumpur. Seterusnya bagi persembahan
penutupan (post-show) melibatkan pula persembahan mantap artis terkenal
tanah air menerusi Tribute to Wings oleh Awie, Ella, Jaclyn Victor,
Amelina dan One Nation Emcees.
Selain
itu, persembahan sampingan lain turut melibatkan pengacara popular
negara, Aznil Hj. Nawawi dan juga Altimet. Bahkan terdapat juga
pertunjukan fesyen rekaan pereka terkenal tanah air yang tidak asing
lagi seperti Melinda Ooi, Zang Toi, Rizman Ruzaini, Zery Zamry dan juga
Rubaq Batik.
Pelbagai
aktiviti menarik dan santai menerusi MyFest Chillax Zone yang bermula
sejak petang semalam semestinya memeriahkan lagi Citrawarna@Kuala Lumpur
2015. Antara aktiviti-aktiviti menarik termasuklah Graffiti Live Demo,
Chalk Art Demo, Skateboard Demo & Clinic, Coffee Session by Achtung!
Coffee, Food Truck Fiesta, Pertandingan Cosplay serta persembahan
buskers.
Menerusi
inspirasi sejarah Malaysia, salah satu elemen unik yang bakal
ditonjolkan adalah replika Balairong Seri dan Singgahsana yang menjadi
simbolik kedaulatan dan pemerintahan Raja-raja Melayu sejak sekian lama.
Berlatarbelakangkan Bangunan Sultan Abdul Samad, gemerlapan lampu, rona
warna dan keunikan seni reka bentuk ini menjadikan Citrawarna@Kuala
Lumpur 2015 sebagai extravaganza budaya terulung di Malaysia.
TAMAT
Untuk
mendapatkan siaran media, media info dan artikel berkaitan industri
pelancongan di Malaysia, sila lawati Pusat Media di laman web Tourism
Malaysia di http://www.tourismmalaysia.gov.my/.
LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA ATAU TOURISM MALAYSIA ialah
sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
Tourism Malaysia bertanggungjawab untuk mempromosikan Malaysia di semua
peringkat. Sejak penubuhannya, Tourism Malaysia telah membangun dengan
pesatnya dan telah muncul sebagai pemain utama dalam dunia pelancongan
antarabangsa. Pada 2014, Malaysia telah mencatatkan kedatangan seramai
27.4 juta orang pelancong asing dengan pendapatan pelancong sebanyak
RM72 bilion sekaligus menjadikan pelancongan sebagi penyumbang kedua
terbesar negara menerusi tukaran mata wang asing.
Malaysia telah menyambut Tahun Melawat Malaysia (TMM) buat kali keempat pada 2014 dengan tema Celebrating 1Malaysia Truly Asia”. Promosi negara diteruskan dengan penganjuran Tahun Festival Malaysia
(MyFest) pada 2015 dengan tema “Endless Celebrations” yang menekankan
kepada pelbagai festival yang disambut oleh masyarakat yang berbilang
bangsa. Kedua-dua kempen ini menjadi pemacu ke arah mencapai sasaran
ketibaan seramai 36 juta pelancong dengan pendapatan pelancongan
sebanyak RM168 bilion pada 2020, berdasarkan Bidang Ekonomi Utama Negara
(NKEA).
Melalui
NKEA, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan telah mempertingkatkan
kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan dan sektor swasta untuk
memantapkan kedudukan negara sebagai destinasi pelancong antarabangsa
yang terkemuka. Sasaran yang telah ditetapkan di bawah NKEA Pelancongan
akan tercapai melalui pelaksanaan 12 Projek Permulaan (EPPs) yang
merangkumi lima tema: Kembara Mewah Mampu Milik; Kembara Alam Semula
Jadi; Keseronokan Seisi Keluarga; Acara, Hiburan, Spa dan Sukan; dan
Pelancongan Perniagaan.
Hubungi:
Unit Perhubungan Media:
Cik Chresentia F.B. Sadatal, Penolong Pengarah, Bahagian Komunikasi Korporat
Tel: +603-8891 8776
Emel: chresentia@tourism.gov.my
Unit Editorial:
Puan Anis Rozalina Ramli, Senior Editor, Bahagian Komunikasi Korporat
Tel: +603-8891 8759
Emel: anisramli@tourism.gov.my