Oct 8, 2019

PUSAT-PUSAT MEMBELI-BELAH PAVILION REIT RAI DEEPAVALI DENGAN PERHIASAN 'KOLAM' UNIK

Kuala Lumpur, 4 Oktober 2019 — Pusat-Pusat Membeli-Belah Bersepadu Pavilion REIT, yang terdiri daripada Pavilion Kuala Lumpur, Intermark Mall dan Da Men Mall mempersembahkan hiasan kolam unik bagi meraikan semangat perayaan dan pesta cahaya sempena kedatangan Deepavali tahun ini. Buat julung kalinya, Pavilion KL mempersembahkan hiasan kolam yang berseri, bertempat di dataran ‘Pavilion Crystal Fountain’. Ia juga akan tersenarai di dalam Malaysia Book of Records sebagai "Hiasan Kolam Bunga Fabrik Terbesar". Intermark Mall juga akan dimasukkan ke dalam buku rekod yang sama, bagi "Hiasan Kolam Burung Merak Replika Terbesar Diperbuat Daripada Serdak Kopi", sempena sambutan berganda perayaan itu dengan Bulan Kopi Antarabangsa yang turut diraikan. Da Men Mall menampilkan kolam yang dihias oleh kanak-kanak berusia tujuh tahun ke atas. Datang dan raikan semangat perayaan Deepavali yang penuh warna-warni di pusat-pusat membeli-belah Pavilion REIT!

PAVILION KUALA LUMPUR

Pavilion KL, yang merupakan destinasi utama beli-belah di Malaysia hari ini melancarkan kempen "Divine Diwali" — acara penuh keceriaan sempena sambutan Deepavali sebagai menandakan bermulanya keraian Pesta Cahaya. Diilhamkan oleh pameran taman bunga dari seluruh dunia, pusat beli-belah berkenaan menampilkan sembilan hiasan kolam yang menawan, disusun dan dihias dengan bunga-bungaan cantik dan berwarna-warni, ditempatkan di pelbagai presint di sekitar pusat beli-belah, bertujuan untuk membawakan pengalaman ceria serta keindahan perayaan yang penuh warna-warni itu. Pameran utama "Divine Diwali" bertempat di dataran Pavilion Crystal Fountain — menampilkan "Hiasan Kolam Bunga Fabrik Terbesar" yang tersenarai di dalam Malaysia Book of Records.

Be Bermula dari sekarang hingga 31 Oktober 2019, "Divine Diwali", yang turut disokong oleh Pesuruhjaya Tinggi India, mengalu-alukan orang-ramai untuk menikmati kemeriaah Deepavali, yang mempamerkan bukan hanya hiasan penuh ceria dan berseri, tetapi turut diiringi dengan persembahan tarian, ganjaran beli-belah serta pengalaman unik lain sepanjang sebulan menuju sambutan Deepavali. Untuk memeriahkan suasana, bermula dari 1-6 Oktober, sebuah bazar khusus akan diadakan untuk menjual pakaian tradisional India, makanan ringan, serta hiasan rumah di pintu masuk utama, tingkat 3 sempena palancarannya. Dari 7-31 Oktober pula, bazar berkenaan akan dialihkan ke presint Connection.

Bagi memeriahkan pelancarannya turut hadir ialah tetamu kehormat, Pesuruhjaya Tinggi India, Yang Mulia Shri Mridul Kumar bersama isterinya, Puan Sumita Goyal; disertai juga oleh Ketua Pegawai Eksekutif (Peruncitan ) Pavilion Kuala Lumpur, Dato’ Joyce Yap; Ketua Pegawai Eksekutif Pavilion REIT, Dato’ Philip Ho; ahli lembaga pengarah Pavilion REIT, pengurusan kanan Pavilion KL serta tetamu dan pengunjung yang datang.

"Deepavali merupakan perayaan yang meraikan keindahan cahaya dan menyatukan kita. Tahun ini kami memanfaatkan keindahan kolam dengan "Divine Diwali" memandangkan ia mewakilkan dengan baik semangat Deepavali, yang mengutamakan keharmonian serta kesatuan. Diilhamkan dari pameran bunga di seluruh dunia, kolam yang dipersembahkan ini akan menjadi lambang simbolik kepada penyatuan pelbagai kaum, warganegara, agama serta kepercayaan bagi merayakan pesta cahaya yang mengatasi kegelapan ini," ujar Dato’ Joyce Yap.

Pavilion KL juga berkerjasama dengan Maybank selaku bank rasmi bagi 2019, serta M.A.C. Cosmetics bagi sebuah pengalaman digital interaktif. Akan disediakan sebuah reruai pengaktifan M.A.C. Cosmetics di pintu masuk utama, serta di bahagian Connection berdekatan kedai baru jenama itu di tingkat 3.

Tawaran Pemegang Kad Maybank

Pemegang kad Maybank boleh menebus tapak lilin perayaan edisi terhad dengan hanya membelanjakan minimum RM300 dalam satu resit, atau RM200 dengan kad kredit Maybank di kedai-kedai khusus. Pemegang kad Maybank juga berpeluang menebus sampul perayaan Bric's Milano dengan membelanjakan minimum RM800 dalam satu resit menggunakan kad kredit Maybank.

Untuk maklumat lanjut berkaitan "Divine Diwali" dan setiap aktiviti serta persembahannya, layari laman web Pavilion KL di www.pavilion-kl.com, ikuti kemaskini semasa di laman Facebook rasmi Pavilion KL, akaun Instagram/PavilionKualaLumpur atau hubungi kaunter pertanyaan Pavilion KL di talian 03 2118 8833.


INTERMARK MALL

Nikmati perhiasan perayaan unik yang disediakan di Intermark Mall yang turut menampilkan hiasan kolam dengan seni halus dan menakjubkan. Meraikan semangat perayaan Deepavali, Bulan Kopi Antarabangsa serta untuk menyampaikan mesej kelestarian, kolam unik di pusat beli-belah ini tersenarai di dalam Malaysia Book of Records bagi “Hiasan Burung Merak Replika Terbesar Diperbuat Daripada Serdak Kopi".

Tarikan utamanya terdiri daripada rekaan hiasan seekor burung merak yang diperbuat keseluruhannya daripada bahan-bahan kitar semula, termasuk serdak kopi terpakai dan bungkusan kopi. Dengan kerjasama Fakulti Seni Rekaan UiTM dan Coffee2Fuels, sebuah syarikat yang memberi tumpuan kepada pengurusan sisa buangan, hasil seni ini mengambil masa sembilan minggu untuk disiapkan oleh 59 orang pelajar. Ia antaranya melibatkan proses untuk melunturkan serta mewarnakan serdak kopi, serta mengasingkan, mengecat dan menjahit bungkusan kopi terpakai bersekali dengan guni untuk menghasilkan bulu ekor burung berkenaan. Ketika sambutan Deepavali tahun lalu, hiasan perayaan Intermark Mall menampilkan kolam yang menggunakan fabrik kitar semula sepenuhnya.

Bermula dari 23 September hingga 27 Oktober 2019, jangan ketinggalan untuk menyaksikan pelbagai persembahan perayaan yang dibawakan oleh pelajar-pelajar Sekolah Antarabangsa Taylor's Kuala Lumpur, serta bengkel khas mempelajari seni henna, demonstrasi penggayaan saree serta lukisan gajah. Juga, jangan ketinggalan untuk meninjau Bazar Utama oleh A DAY ???, Bazar Hiasan oleh Blue Eyes dan pameran hiasan rumah oleh Living Circles Concept untuk mendapatkan semua keperluan Deepavali anda. Tebus hiasan tapak lilin sebagai ganjaran dan sudah tentu, nikmati kopi yang baru diseduh di Dome Cafe, Dunkin Donuts, Grizzly, Paul, San Francisco Coffee serta McDonald's.

Untuk maklumat lanjut berkaitan "Artistry of Diwali" dan setiap aktiviti serta persembahannya, layari laman web intermark-mall.com, ikuti kemaskini semasa di laman Facebook rasmi Intermark Mall KL, akaun Instagram IntermarkMall atau hubungi pusat khidmat pelanggan di talian 03-21668170.



DA MEN MALL

Berkunjung juga ke Da Men Mall untuk menyaksikan seni kolam yang dibuat oleh 100 kanak-kanak berumur dari tujuh tahun ke atas. Ia merupakan kolam dengan sentuhan kreatif yang segar, direka oleh pelajar-pelajar Global Art School, dengan tema "Art at Heart", yang menjadi sebahagian daripada perhiasan utama pusat beli-belah berkenaan sempena meraikan perayaan Deepavali.

Banyak lagi kemeriahan dan keseronokan musim perayaan yang akan menanti pengunjung di Da Men Mall, bermula 13 Oktober hingga 3 November, yang turut menampilkan Karnival Kanak-Kanak dari 22 Oktober hingga 4 November, serta Pertandingan Kurta dan Saree untuk kanak-kanak lima hingga 15 tahun pada 2 November, dengan tawaran hadiah baucar untuk dimenangi. Bengkel Kanak-Kanak Da Men juga ada untuk pendidikan, berlangsung setiap Ahad sepanjang tempoh cuti sekolah untuk kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun, untuk mereka belajar membuat kolam dari tanah liat berwarna, manik pasu bunga serta hiasan cahaya lainnya. Pembeli boleh menebus mainan gajah comel serta baucar dengan hanya membelanjakan RM80 dalam satu resit.

Untuk maklumat lanjut berkaitan acara-acara khas dan promosi, layari www.damen-mall.com.


TAMAT

Tentang Pavilion REIT Mall

Pavilion Real Estate Investment Trust (Pavilion REIT) merupakan satu daripada REIT tertumpu yang terbesar di Malaysia. Aset-Asetnya terasuk Pavilion Kuala Lumpur, Intermark Mall dan Da Men Mall.

Tentang Pavilion Kuala Lumpur

Pavilion Kuala Lumpur merupakan sebuah pembangunan urban yang terletak di tengah-tengah daerah beli-belah Bukit Bintang yang telah pun memenangi anugerah bertaraf dunia. Ia mempertemukan sisi terbaik dunia jualan runcit tempatan dan global dengan lebih daripada 700 kedai di dalam empat kelompok tema berbeza. Menarik lebih 30 juta pengunjung setiap tahun, pusat beli-belah mewah ini menjadi tumpuan beli-belah bebas cukai dan sekaligus pusat fesyen, makanan serta santai urban yang utama. Ia terletak hanya tiga minit berjalan kaki ke stesen MRT Bukit Bintang. Layari www.pavilion-kl.com untuk kemaskini tawaran, gaya semasa dan acara.

Tentang Da Men Mall

Da Men Mall merupakan pembangunan campuran antara komersial dan kediaman, yang turut termasuk apartment perkhidmatan dan lot runcit. Gerbang bagi keperluan membeli-belah, makanan dan keseronokan ini dijangka akan mengubah dinamik pusat beli-belah di Subang Jaya dan kawasan sekitarnya melalui pendekatan segar dan inovatif yang ditampilkan. Pusat beli-belah berkenaan terletak di USJ, dan dikelilingi oleh populasi penduduk berjumlah dua juta orang termasuk di Puchong, Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang.

Tentang Intermark Mall

Berada pusat bandaraya Kuala Lumpur, Intermark Mall mengetengahkan pengalaman unik gaya hidup bagi beli-belah, makanan dan bersantai, di mana kehidupan dan rekreasi bertemu. Dengan enam tingkat kedai jualan runcit serta 50 peniaga, pusat beli-belah ini menawaran pilihan yang luas untuk memenuhi keperluan warga kota. Antara servis yang disediakan termasuk ruang parkir khas, keistimewaan eksklusif pelancong dan khidmat pelanggan kelas pertama bagi menampung keperluan pengunjung. Sebagai destinasi yang mengutamakan perkhidmatan, Intermark Mall terhubung terus dengan hotel lima-bintang DoubleTree by Hilton dan ruang pejabat gred A di Menara Vista dan Integra.

Bagi pertanyaan media, sila hubungi:

Candice Foong, Pengurus Kanan, Perhubungan Awam di +603 2118 8212 (samb. 212) atau emel candicefoong@pavilion-kl.com atau Lara Rowena, Eksekutif Kanan, Perhubungan Awam di +603 2118 8212 (samb. 214) atau emel lararowena@pavilion-kl.com atau Joel Chong, Eksekutif Kanan, Perhubungan Awam di +603 2118 8212 (samb. 211) atau emel joelchong@pavilion-kl.com


Copyright © 2024 Malaysia Tourism Promotion Board (MTPB). All Rights Reserved. View Our Terms of Use