May 28, 2022

TOURISM MALAYSIA LANCAR PROGRAM JOM CUTI-CUTI MALAYSIA ROADSHOW SIRI KE-2




IPOH, 28 Mei 2022 – Tourism Malaysia hari ini melancarkan program Jom Cuti-Cuti Malaysia Roadshow Siri Ke-2 dalam usaha meningkatkan penebusan diskaun, baucar dan rebat di bawah Pelan Pemulihan Pelancongan 2022 yang merupakan kesinambungan daripada Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE 1.0).

Jerayawara selama tiga hari itu telah dilancarkan di AEON Mall Kinta City, Ipoh bermula 27-29 Mei 2022 bagi meningkatkan aktiviti pemasaran dan promosi pelancongan domestik selari dengan peralihan negara ke fasa endemik. Program tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Dato’ Hj Zainuddin Abdul Wahab.

Dato’ Zainuddin berkata, lebih 25 penggiat industri mengambil bahagian dalam program jerayawara berkenaan bagi menawarkan pakej percutian, tambang dan tiket masuk pada harga menarik melibatkan pengusaha produk, agensi pelancongan, hotel, taman tema dan syarikat pengangkutan.

“Selepas ini, program Jom Cuti-Cuti Malaysia Roadshow Siri Ke-2 akan digerakkan ke tujuh lagi lokasi di seluruh negara. Kita berharap dengan adanya program jerayawara berupa pameran dan jualan sebegini akan dapat meningkatkan lagi daya saing industri pelancongan domestik,” katanya.

Tujuh lokasi lain bagi program Jom Cuti-Cuti Malaysia Roadshow Siri Ke-2 ialah di AEON Mall Nilai (3-5 Jun 2022), AEON Mall Bukit Tinggi, Klang (22-24 Julai 2022), Blue Atrium, Sunway Pyramid (26-28 Ogos 2022), AEON Mall Shah Alam (2-4 September 2022), AEON Mall Kota Bharu (23-25 September 2022), AEON Mall Tebrau City (7-9 Oktober 2022) dan AEON Mall Bandaraya Melaka (25-27 November 2022).

Turut berlangsung pada majlis perasmian hari ini ialah sesi penyampaian hadiah bagi pemenang Pertandingan Tourism Malaysia ‘Photo Challenge’ 2021.

Pertandingan ini bertujuan untuk menggalakan rakyat Malaysia melaksanakan aktiviti pelancongan domestik disamping berpeluang mencungkil bakat kreatif dalam kalangan rakyat Malaysia untuk berkongsi hasil fotografi percutian menarik dengan menggunakan sebarang jenis kamera termasuk telefon bimbit. Ianya juga akan membuka peluang kepada penerokaan budaya serta destinasi-destinasi menarik di dalam negara.

Sebanyak 447 penyertaan diterima dengan 2,319 gambar dipertandingkan melibatkan empat kategori dalam pertandingan yang berlangsung dari 11 Disember 2021 sehingga 11 Februari 2022.

Senarai para pemenang adalah seperti berikut:

1. Kategori ‘Extreme Shot’

Tempat Pertama : Muhd Dhiyaulhaq Bin Mohd Hatta

Tempat Kedua : Isaac Liew

Tempat Ketiga : Noor Azhar Bin Abd Rasid

2. Kategori ‘Nature, Art & Culture’

Tempat Pertama : Yong Hui Peng

Tempat Kedua : Mohd Nazri Bin Sulaiman

Tempat Ketiga : Lim Kooh Hean

3. Kategori ‘Human Interest’

Tempat Pertama : Mohd Nazri Bin Sulaiman

Tempat Kedua : Mohd Razif Bin Rahim

Tempat Ketiga : Mohd Fathudin Bin Mohd Aladin

4. Kategori ‘Past & Present’

Tempat Pertama : Liew Leng Zheng

Tempat Kedua : Hazize Bin San

Tempat Ketiga : Faris Luqman Bin Marzuki

TAMAT

Tourism Malaysia

Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia atau Tourism Malaysia ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Malaysia. Tourism Malaysia giat memfokuskan kepada tugas khusus untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan. Sejak penubuhannya, Tourism Malaysia telah muncul sebagai pemain utama dalam industri pelancongan antarabangsa. Untuk maklumat lanjut, layari akaun media sosial Tourism Malaysia di Facebook, Instagram, Twitter, YouTube, and TikTok.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Zurina Abd Samad
Timbalan Pengarah
Bahagian Domestik & Acara
zurina@tourism.gov.my
Tel: +603 8891 8439

Muadz Samat
Penolong Pengarah
Bahagian Komunikasi Korporat
muadz@tourism.gov.my
Tel: +603 8891 8755

Related Photos

Copyright © 2024 Malaysia Tourism Promotion Board (MTPB). All Rights Reserved. View Our Terms of Use