Mar 16, 2020

SEMUA FASILITI AWAM DI BAWAH KEMENTERIAN PELANCONGAN, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN (MOTAC) DITUTUP SEMENTARA SEHINGGA 30 APRIL 2020

Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia (MoTAC) mengarahkan semua fasiliti awam di Jabatan dan Agensi DITUTUP SEMENTARA berkuatkuasa serta merta sehingga 30 April 2020. Tindakan ini dibuat setelah mengambil kira kepentingan kesihatan awam dan menyekat penularan wabak COVID-19.

Semua Ketua Jabatan dan Agensi telah diarahkan untuk menutup fasiliti awam di bawah seliaan masing-masing dan melakukan disinfektasi di semua ruangan kunjungan terbabit. Fasiliti kendalian Jabatan dan Agensi di bawah MoTAC adalah seperti berikut dengan perincian seperti di Lampiran A.

i. Jabatan Muzium Malaysia (JMM)
ii. Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN)
iii. Arkib Negara Malaysia (ANM)
iv. Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)
v. Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)
vi. Pusat Pelancongan Malaysia (MaTIC)
vii. Jabatan Warisan Negara (JWN)
viii. Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (KRAFTANGAN MALAYSIA); dan
ix. Istana Budaya

Selari dengan usaha yang dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) MoTAC menyeru semua pihak termasuk orang ramai untuk sama-sama membantu dalam menyekat penularan wabak ini.

‘MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI’

Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia
16 Mac 2020

TAMAT

________________________________________________________________

Dikeluarkan oleh:
Pejabat Menteri
Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia
Tel: 03-8000 8000 Fax: 03-88917181
Laman Sesawang: www.motac.gov.myEmel: info@motac.gov.my
FB: Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia
Instagram & Twitter: mymotac

Copyright © 2024 Malaysia Tourism Promotion Board (MTPB). All Rights Reserved. View Our Terms of Use