Jul 6, 2012

PELANCARAN PAKEJ MEMBELI-BELAH 1MALAYSIA

KUCHING, 6 JULAI 2012 : YB Timbalan Menteri Pelancongan Malaysia Dato Dr. James Dawos Mamit telah menyempurnakan pelancaran Pakej Membeli-Belah 1Malaysia hari ini pada jam 8.00 malam di Kubah Ria dengan menyumpit belon untuk melepaskan  replika Pakej Membeli-Belah 1Malaysia. 

Pakej yang diadakan bersempena dengan Karnival Jualan Mega 1Malaysia yang berlangsung dari 15 Jun sehingga 2 September 2012 ialah  hasil  usaha dan kerjasama antara Pejabat Tourism Malaysia Sarawak dengan  Pejabat Tourism Malaysia Selangor, Pulau Pinang dan Johor serta agensi-agensi pelancongan di negeri-negeri tersebut.

Pakej Membeli-Belah 1Malaysia ini dibangun untuk menggalakkan masyarakat setempat dan penduduk Kota Pontianak membeli-belah di dalam negara.

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah perbelanjaan bagi komponen membeli-belah telah meningkat daripada 25.7% (RM 8.91 juta)  pada tahun 2010 kepada 31% (RM 13.15 juta) pada tahun 2011.

Antara pakej-pakej yang dipromosikan ialah pakej  2 hari/1 malam seperti “Whoa! Jalan-Jalan @Sunway Pyramid”,  “Shop Till U Drop @Mutiara Damansara”, “Shopping Package Penang” dan “ Night Shopping in Johor Premium Outlet (JPO)” dengan harga bermula daripada serendah RM119.

Tourism Malaysia menyasarkan jualan sebanyak 5,000 pakej dengan hasil sebanyak RM 1 juta. Penjualan pakej adalah melalui 3 agensi pelancongan tempatan  iaitu Inter-Continental Travel Centre Sdn. Bhd, Go Travel Holiday Sdn. Bhd dan Natol Holidays & Tours Sdn. Bhd. Maklumat lanjut berkenaan dengan pakej ini boleh didapati dalam risalah yang diedarkan atau laman web rasmi www.megasalespackages2012.com.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Rizal Mas, ataupun Cik Sitinor Zuliawati Mohd Din,  Pejabat Tourism Malaysia -Sarawak, di talian 082-246575 / 082-240370 atau emel rizal@tourism.gov.my / sitinorzuliawati@tourism.gov.my.


Disediakan oleh: Bahagian Komunikasi dan Publisiti, Tourism Malaysia
Tel: 03-8891 8000 Faks: 03-8891 8788
E-mel: mazita@tourism.gov.my Laman web: www.tourismmalaysia.gov.my
Facebook: http://www.facebook.com/friendofmalaysia
Twitter: http://twitter.com/tourismmalaysia Blog: http://blog.tourism.gov.my

Copyright © 2025 Malaysia Tourism Promotion Board (MTPB). All Rights Reserved. View Our Terms of Use