Mar 27, 2020
PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI KE-2 TANDA PRIHATIN KERAJAAN TERHADAP PENGGIAT INDUSTRI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN
KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA
KENYATAAN MEDIA
- Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin, Perdana Menteri kerana telah memperuntukkan sejumlah RM250 bilion dalam Pakej Rangsangan Ekonomi ke-2 atau Pakej Rangsangan Prihatin Rakyat bagi membantu rakyat menghadapi keadaan sukar pada waktu ini.
- Tiada golongan yang memerlukan dipinggirkan dalam pengumuman oleh YAB Perdana Menteri sebentar tadi. Ini jelas mencerminkan kesungguhan pemimpin hari ini untuk membantu dan bersama-sama rakyat mengharungi waktu-waktu sukar ketika ini. Saya percaya inisiatif-inisiatif ini akan memberi manfaat kepada semua pihak termasuk penggiat industri pelancongan dan kebudayaan seperti pengusaha premis penginapan pelancong, pengusaha syarikat pelancongan, pengusaha homestay, pemandu pelancong, usahawan kreatif dan sebagainya.
- Saya yakin inisiatif ini dapat meringankan beban mereka yang terkesan serta memberi motivasi untuk merancang dan menyusun semula strategi memulihkan kembali ekonomi khususnya industri pelancongan dan kebudayaan.
- Akhir sekali, saya menyeru anda semua rakyat Malaysia untuk bekerjasama dan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan agar usaha kita dalam memutuskan rantaian penularan COVID-19 dengan kadar segera akan dianugerahkan kejayaan olehNya.
DATO’ SRI HAJAH NANCY SHUKRI
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya
27 Mac 2020