Mar 1, 2016

MEMPERKENALKAN MISS SHOPhia! IKON BELI-BELAH MALAYSIA UNTUK JUALAN HEBAT, PENGALAMAN MENAKJUBKAN

KUALA LUMPUR, 1 Mac 2016 – Tourism Malaysia hari ini telah memperkenalkan Miss SHOPhia, ikon bagi para pembeli-belah di Malaysia. Mesra dipanggil Sho’fi’ah atau Shop’ ia, Miss SHOPhia digambarkan sebagai seorang yang pakar dalam dunia fesyen, reka bentuk, makanan serta debutante yang serba boleh. Dia juga penggemar pelbagai gajet, dan sentiasa mengikuti perkembangan inovasi terkini dalam pasaran.

Bukan itu sahaja. Miss SHOPhia juga mencerminkan wanita muda anggun yang tidak lupa asal usul dirinya kerana dia masih menghargai budaya dan mempunyai pengetahuan yang jelas mengenai kraftangan Malaysia dan motif tradisional yang diguna pakai dalam reka bentuk produk buatan Malaysia, seperti fabrik dan barang perhiasan.

Tourism Malaysia melalui Sekretariat Shopping Malaysia akan mempromosikan Miss SHOPhia sebagai teman beli-belah yang akan berkongsi panduan membeli belah serta maklumat terkini tentang fesyen, tempat dan waktu untuk membeli-belah, tawaran menarik dan cara untuk menikmati pengalaman membeli-belah yang terbaik di Malaysia.

Miss SHOPhia juga berperanan untuk menarik perhatian para pembeli-belah kepada tiga jualan tahunan Malaysia iaitu Jualan Awal Tahun 1Malaysia (1 -31 Mac) yang menggantikan Jualan Grand Prix 1Malaysia, Karnival Jualan Mega 1Malaysia (15 Jun-31 Ogos), dan Jualan Akhir Tahun 1Malaysia (1 Nov - 31 Dis). Ketiga-tiga kempen beli-belah ini menawarkan jualan besar-besaran, tawaran istimewa, tawaran bebas cukai di pintu-pintu masuk dan keluar, serta pelbagai acara dan aktiviti di kompleks-kompleks beli belah di seluruh negara.

Miss SHOPhia akan membuat sorotan terhadap pelbagai lokasi beli-belah di Malaysia, daripada kompleks beli-belah moden berhawa dingin dan penuh gaya, hinggalah kepada bazar-bazar terbuka yang sangat meriah dan menawarkan pengalaman membeli-belah, makan, hiburan dan santai yang terbaik.

Miss SHOPhia bukan sahaja digunakan untuk memikat para pembeli-belah di Malaysia, malah dia juga akan ditampilkan dalam kempen-kempen promosi beli-belah di luar negara bagi menarik minat pelancong untuk mengunjungi Malaysia dan mengecapi pengalaman membeli-belah yang pelbagai di seluruh negara. Miss SHOPhia akan mengemaskini aktiviti dan maklumat mengenai beli belah di Malaysia menerusi blog fesyen dan makanannya serta membawa watak cameo dalam video-video viral dan televisyen komersial.

Penampilan Miss SHOPhia akan berubah berdasarkan peranan dan personaliti yang ditampilkan mengikut komuniti Malaysia yang majmuk serta pasaran global yang berlainan. Sebagai contoh, dia akan mengenakan kebaya yang indah pada Hari Raya, cheongsam untuk Tahun Baharu Cina, sari untuk perayaan Deepavali dan kostum Santarina semasa Hari Krismas.

Personanya juga dicipta khas untuk menepati sasaranpasaran di luar negara seperti ASEAN, China, India, Oceania dan Timur Tengah. Kaedah pemasaran yang santai,spontan dan kreatif ini membawa kelainan kepada cara pengiklanan yang statik dan konvensional.

Miss SHOPhia akan menyuntik kesegaran dalam kempen beli-belah di Malaysia, selaras dengan suasana dan jangkaan pasaran yang sentiasa berubah-ubah di seluruh dunia.

PROFIL MISS SHOPhia

  • Wanita kosmopolitan Malaysia berusia 30-an. Berdarah kacukan.
  • Mendapat pendidikan di Malaysia dan di luar negara dalam jurusan Seni Kontemporari dan Reka Bentuk dengan minor dalam Pengajian Sosial.
  • Profesion sebagai seorang penulis, dan amat suka melancong.
  • Amat biasa dan mempunyai minat mendalam terhadap trend fesyen terkini dan perkembangan semasa global entang pelbagai gajet dan unsur-unsur reka bentuk.
  • Menggemari hidangan tempatan dan antarabangsa.
  • Suka menjaga kesihatan melalui senaman serta bersukan dan menggemari pelbagai sukan lasak termasuk selam skuba, berbasikal dan pemanduan off-road.
  • Gembira bertemankan keluarga dan rakan apabila keluar melancong, membeli-belahdan menjamu selera.
  • Mempunyai dua ekor kucing!
  • Facebook page : facebook.com/cikshophia
  • Instagram : @miss_shophia
  • Twitter: twitter.com/missshophia


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:-

Baizuri Binti Baharum
Ketua, Sekretariat Shopping Malaysia

Tel: +603-8891 8469
Emel:baizuri@tourism.gov.my

Untuk mendapatkan siaran media, media info dan artikel berkaitan industri pelancongan di Malaysia, sila lawati Pusat Media di laman web Tourism Malaysia di http://www.tourismmalaysia.gov.my/.

LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA ATAU TOURISM MALAYSIA ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Tourism Malaysia bertanggungjawab untuk mempromosikan Malaysia di semua peringkat. Sejak penubuhannya, Tourism Malaysia telah membangun dengan pesatnya dan telah muncul sebagai pemain utama dalam dunia pelancongan antarabangsa. Pada 2014, Malaysia telah mencatatkan kedatangan seramai 27.4 juta orang pelancong asing dengan pendapatan pelancong sebanyak RM72 bilion sekaligus menjadikan pelancongan sebagi penyumbang kedua terbesar negara menerusi tukaran mata wang asing.

Melalui NKEA, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan telah mempertingkatkan kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan dan sektor swasta untuk memantapkan kedudukan negara sebagai destinasi pelancong antarabangsa yang terkemuka dan seterusnya menjadi pemacu ke arah mencapai sasaran ketibaan seramai 36 juta pelancong dengan pendapatan pelancongan sebanyak RM168 bilion pada 2020.

Sasaran yang telah ditetapkan di bawah NKEA Pelancongan akan tercapai melalui pelaksanaan 12 Projek Permulaan (EPPs) yang merangkumi lima tema: Kembara Mewah Mampu Milik; Kembara Alam Semula Jadi; Keseronokan Seisi Keluarga; Acara, Hiburan, Spa dan Sukan; dan Pelancongan Perniagaan.

Hubungi

Unit Media dan Publisiti
Shukri Hanafiah, Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Komunikasi Korporat

Tel: +603-8891 8767

Emel: shukrihanafiah@tourism.gov.my

Unit Editorial:
Puan Anis Rozalina Ramli, Senior Editor, Bahagian Komunikasi Korporat

Tel: +603-8891 8759

Emel:
anisramli@tourism.gov.my

Copyright © 2024 Malaysia Tourism Promotion Board (MTPB). All Rights Reserved. View Our Terms of Use