Sep 9, 2013
MALAYSIA TOURISM HUNT 2013 PROMOSIKAN DESTINASI-DESTINASI PELANCONGAN DI SELATAN TANAH AIR
KUALA LUMPUR, 9 SEPT 2013: Seramai 108 orang peserta dalam dan luar negara bakal menyertai Malaysia Tourism Hunt 2013 yang akan dianjurkan buat kali kedua oleh Tourism Malaysia pada 22 hingga 28 September ini dari Putrajaya hingga ke Johor Bahru di Johor.
Malaysia Tourism Hunt adalah sebuah program promosi pelancongan berkonsepkan “Fly & Drive” yang menggabungkan pelbagai aktiviti eksplorasi pelancongan yang menyeronokkan seperti sukan rakyat, aktiviti lasak, pencarian harta karun dan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) berbentuk voluntourism.
Para peserta adalah terdiri daripada 80 wakil media tempatan, 10 wakil media asing dari pelbagai negara ASEAN , lima wakil penggiat industri pelancongan tempatan serta 13 wakil rakan penaja yang akan melalui pelbagai cabaran ketika merentasi destinasi-destinasi pelancongan terkenal di selatan tanah air bermula dari Putrajaya melalui Sepang, Port Dickson, Melaka, Muar, Kluang, Nusajaya dan berakhir di Johor Bahru.
Acara yang akan berlangsung selama enam hari dan lima malam ini merangkumi perjalanan sejauh lebih kurang 1000 km melalui lebuh raya, laluan pelancongan serta kawasan perkampungan bagi menikmati keindahan alam semulajadi, mengenali sejarah dan budaya tempatan serta bermesra dengan para penduduk setempat di destinasi-destinasi yang dilawati dan menikmati keseronokan di taman-taman tema yang merupakan tarikan pelancongan terbaru di Johor.
Antara cabaran dan rintangan yang perlu ditempuhi oleh para peserta termasuklah photo hunt, scavenger hunt, amazing race, fear factor dan banyak lagi.
Majlis pelepasan peserta Malaysia Tourism Hunt 2013 akan diadakan pada 24 September 2013 di Putrajaya.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Dato’ Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz dalam sidang akhbar pra-pelancaran Malaysia Tourism Hunt 2013 dan penerimaan tajaan dari rakan-rakan penaja yang diadakan di Bistro Hall, Matic, Jalan Ampang berkata bahawa acara Malaysia Tourism Hunt telah berjaya menambat hati bukan hanya para media asing tetapi juga media tempatan semasa pertama kali ia diadakan.
“Rata-rata para peserta memberi respons yang amat menggalakkan kerana acara tersebut memberi peluang kepada mereka untuk mengenali keistimewaan dan keunikan Malaysia dengan lebih dekat lagi selain dapat bertukar-tukar pandangan dan pengalaman mengenai Malaysia,” menurut beliau lagi.
Dato’ Seri Mohamed Nazri turut menyatakan bahawa program ini akan terus dianjurkan kerana ia
menggalakkan percutian secara pandu sendiri ke destinasi menarik di seluruh Malaysia kepada para pelancong tempatan dan asing yang merupakan antara trend pelancongan masa kini.
Satu jalinan kerjasama(smart partnership) dengan pihak media telah dibuat bersama Harian Metro selaku akhbar rasmi, majalah Gaya Travel selaku majalah pelancongan rasmi dan Gua.com sebagai portal rasmi program ini.
Tourism Malaysia juga telah menjalinkan perkongsian pintar dengan syarikat-syarikat swasta dan agensi kerajaan yang lain. Senarai rakan penaja adalah seperti lampiran berkepil.
Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Encik Muhammad Alif Asyraff, Penolong Pengarah , Bahagian Pemasaran Domestik, Tourism Malaysia di talian 03-8891 8405 atau emel muhammadaliff@tourism.gov.my.

TAMAT
Untuk mendapatkan siaran media, media info dan artikel berkaitan industri pelancongan di Malaysia, sila lawati Pusat Media di laman web Tourism Malaysia di http://www.tourismmalaysia.gov.my/.
LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA ATAU TOURISM MALAYSIA ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Tourism Malaysia bertanggungjawab untuk mempromosikan Malaysia di semua peringkat. Sejak penubuhannya, Tourism Malaysia telah membangun dengan pesatnya dan telah muncul sebagai pemain utama dalam dunia pelancongan antarabangsa. Pada 2012, Malaysia telah mencatatkan kedatangan seramai 25 juta orang pelancong asing dengan pendapatan pelancongan sebanyak RM60.6 bilion sekaligus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan ke-10 paling popular di dunia
Pada 2014, Malaysia akan menyambut Tahun Melawat Malaysia (TMM) buat kali keempat dengan tema “Celebrating 1Malaysia Truly Asia”. Kempen promosi TMM 2014 telahpun bermula pada tahun ini dan akan dipenuhi dengan pelbagai acara istimewa dan aktiviti-aktiviti menarik sepanjang tahun sehinggalah tibanya TMM 2014. Penganjuran kempen TMM 2014 dijangka akan dapat membantu kerajaan mencapai sasaran untuk menerima kedatangan pelancong seramai 36 juta orang dengan pendapatan sebanyak RM168 bilion menjelang 2020 seperti yang digariskan dalam Pelan Transformasi Pelancongan Malaysia 2020.
Hubungi:
Unit Perhubungan Media:
Encik Razaidi Abd Rahim, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Komunikasi dan Publisiti
Emel: razaidi@tourism.gov.my
Unit Editorial:
Puan Anis Rozalina Ramli, Senior Editor, Bahagian Komunikasi dan Publisiti
Emel: anisramli@tourism.gov.my