Nov 4, 2008

KEMPEN ZOOM! MALAYSIA DI MEDIA PRIMA

Petaling Jaya, 4 November 2008 -- YB Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said, Menteri Pelancongan Malaysia, telah melancarkan satu lagi kempen pengiklanan Zoom! Malaysia hari ini di Sri Pentas, Bandar Utama, untuk meningkatkan profil pelancongan domestik menjadi lebih dinamik, ceria dan aktif.  

Pengiklanan Zoom! Malaysia kini boleh disaksikan melalui saluran-saluran televisyen di bawah Media Prima iaitu TV3 dan 8TV. Pendekatan pengiklanan ini dijangka akan melipatgandakan publisiti kempen Zoom! Malaysia yang sedang giat dipromosikan di seluruh negara oleh Kementerian Pelancongan dan Tourism Malaysia.  

Kempen Zoom! Malaysia melalui TV3 dan 8TV dijalankan dari 4 November hingga Januari 2009 dan  merangkumi :

  • Live –reads” (10 saat) semasa Buletin Utama, berserta 
  • Teaser advertisement” (20 saat); dan
  • 2-Minute Capsule sebanyak 26 episod mengenai destinasi-destinasi menarik di Malaysia yang akan disiarkan sebelum bermulanya Buletin Utama dan Buletin 1.30 di TV3 serta sebelum berita Mandarin keudara di 8TV.

Kempen pengiklanan elektronik ini mengketengahkan destinasi-destinasi baru dan yang sedia ada serta Jualan Jimat Malaysia 2008 yang bakal berlangsung dari 29 November hingga 4 Januari 2009. 

Destinasi-destinasi pelancongan di seluruh negara termasuk Kuala Lumpur dan Putrajaya yang dipromosikan melalui kempen pengiklanan ini mempunyai tarikan keindahan semula jadi yang tersendiri dan ada di antaranya yang masih tidak begitu dikenali.  

Kempen Zoom! Malaysia merupakan salah satu usaha kerajaan untuk mengukuhkan pembangunan pelancongan domestik. Di samping menggalakkan integrasi nasional, ia juga merangsang rakyat Malaysia agar merancang percutian dan meneroka pelbagai tarikan pelancongan yang terdapat di negara sendiri. Usaha ini juga akan mengeratkan kerjasama di antara ahli-ahli sektor awam dan swasta dalam mempromosi pelbagai produk dan tarikan pelancongan. 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Bahagian Pengiklanan dan Sokongan Pemasaran, Tourism Malaysia. Baizuri Baharum, Penolong Pengarah Kanan, Tel: 03-26158411 / 03-26158188; Faks: 03-26924563 atau Emel: baizuri@tourism.gov.my

Atau;

Jabatan Komunikasi Korporat TV3 (Unit Perhubungan Media)Irma Mahamad Tahir / Yusnita Mad Jalani / Marlia Zul Amran di Tel: 03-7726 6333 ext. 5137/5148/ 5124, Emel: irmawati@tv3.com.my / yusnita@tv3.com.my / marlia@tv3.com.my

  

Dikeluarkan oleh: Bahagian Komunikasi dan Publisiti, Tourism Malaysia
Tarikh: 4 November 2008
Tourism Infoline: 1300-88-3030
Tel: 03-26158188 / 8448;
Fax: 03-26158299;
Emel:
sharonwong@tourism.gov.my
Laman Web: www.tourism.gov.my

Copyright © 2024 Malaysia Tourism Promotion Board (MTPB). All Rights Reserved. View Our Terms of Use