Oct 7, 2013
CORPORATE TRAVEL BAZAAR (CTB) 4/2013 KINI DI PULAU PINANG
PULAU PINANG, 3 OKT 2013: Edisi keempat Corporate Travel Bazaar (CTB) anjuran Tourism Malaysia bakal diadakan di luar Lembah Kelang buat julung kalinya dari 8 hingga 9 Oktober di Hotel Eastin, Pulau Pinang.
Corporate Travel Bazaar ini diadakan bertujuan untuk mempromosikan pakej MICE (mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran) kepada pasaran perniagaan domestik. Antara pakej-pakej yang ditawarkan kepada para pengunjung termasuklah pakej perjalanan insentif, program hari keluarga korporat, program pembinaan pasukan (team building), pakej pelancongan perniagaan dan sebagainya.
Seramai 73 orang pengusaha pelancongan (sellers) dari seluruh negara yang terdiri daripada para pengusaha agensi pelancongan, pengusaha hotel dan resort, penyedia pengangkutan, perunding latihan dan pengusaha produk pelancongan akan mengambil bahagian dalam program yang semakin diminati di kalangan penggiat Industri.
Program dua hari ini akan melibatkan pertemuan dua hala yang berkonsepkan perniagaan ke perniagaan (B2B) antara para pengusaha pelancongan (sellers) dan para pembeli (buyers) daripada sektor-sektor awam dan korporat di sekitar Kedah dan Pulau Pinang.
Menurut Timbalan Pengerusi Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, YB Senator Dato’ Maznah bt Mazlan, penganjuran program Corporate Travel Bazaar ini adalah sejajar dengan misi Tourism Malaysia untuk merangsang pertumbuhan pelancongan domestik dan memberi pendedahan mengenai kepentingan sektor MICE.
"Kami berharap agar program ini akan dapat meningkatkan minat komuniti perniagaan tempatan untuk menganjurkan acara-acara korporat mereka seperti mesyuarat, seminar, persidangan, program mencari ketenangan, perjalanan insentif dan sebagainya dalam negara sendiri," jelas beliau semasa sidang media Pra-Pelancaran Program Corporate Travel Bazaar siri ke-4/2013 di Hotel Eastin di sini, hari ini.
"Pakej-pakej MICE yang dibangunkan oleh para peserta menawarkan fasiliti yang lengkap serta canggih, perkhidmatan yang cemerlang dan berkualiti serta lokasi yang strategik," sambung Dato’ Maznah lagi.
Program Corporate Travel Bazaar 4/2013 ini merupakan kesinambungan kepada tiga program Corporate Travel Bazaar yang pernah diadakan sebelum ini iaitu di Hotel Grand Bluewave, Shah Alam pada 2012, di Hotel Empire, Subang pada 2011 dan Hotel Hilton, Petaling Jaya pada 2009.
Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Encik Mohd Badrul Amin Mohd Bisharuddin, Penolong Pengarah , Bahagian Pemasaran Domestik, Tourism Malaysia di talian 03-8891 8453.
Untuk mendapatkan siaran media, media info dan artikel berkaitan industri pelancongan di Malaysia, sila lawati Pusat Media di laman web Tourism Malaysia di http://www.tourismmalaysia.gov.my/.
LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA ATAU TOURISM MALAYSIA ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Tourism Malaysia bertanggungjawab untuk mempromosikan Malaysia di semua peringkat. Sejak penubuhannya, Tourism Malaysia telah membangun dengan pesatnya dan telah muncul sebagai pemain utama dalam dunia pelancongan antarabangsa. Pada 2012, Malaysia telah mencatatkan kedatangan seramai 25 juta orang pelancong asing dengan pendapatan pelancongan sebanyak RM60.6 bilion sekaligus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan ke-10 paling popular di dunia
Pada 2014, Malaysia akan menyambut Tahun Melawat Malaysia (TMM) buat kali keempat dengan tema “Celebrating 1Malaysia Truly Asia”. Kempen promosi TMM 2014 telahpun bermula pada tahun ini dan akan dipenuhi dengan pelbagai acara istimewa dan aktiviti-aktiviti menarik sepanjang tahun sehinggalah tibanya TMM 2014. Penganjuran kempen TMM 2014 dijangka akan dapat membantu kerajaan mencapai sasaran untuk menerima kedatangan pelancong seramai 36 juta orang dengan pendapatan sebanyak RM168 bilion menjelang 2020 seperti yang digariskan dalam Pelan Transformasi Pelancongan Malaysia 2020.
Hubungi:
Unit Perhubungan Media:
Encik Razaidi Abd Rahim, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Komunikasi dan Publisiti
Emel: razaidi@tourism.gov.my
Unit Editorial:
Puan Anis Rozalina Ramli, Senior Editor, Bahagian Komunikasi dan Publisiti
Emel: anisramli@tourism.gov.my

TAMAT