Jul 21, 2012

BAZAR RAMADAN 2012 DILANCAR HARI INI: KEMENTERIAN PELANCONGAN SUMBANG 100 PERIUK BUBUR LAMBUK AGONG TRADISI

KUALA LUMPUR, 21 JULAI 2012: Sebanyak 100 buah periuk Bubur Lambuk Agong disumbangkan oleh Kementerian Pelancongan di Masjid Jamek Kampung Bharu, di sini sempena Majlis Pelancaran Bazar Ramadan 2012. Majlis dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Dr Ng Yen Yen, Menteri Pelancongan Malaysia. Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Haji Idris Shaari bin Mat Ali selaku Pengerusi Masjid tersebut.

Majlis Pelancaran Bazar Ramadan ini menandakan bermulanya aktiviti Bazar Ramadan di seluruh negara yang dianjurkan oleh pelbagai pihak.

“Bazar Ramadan memiliki tarikan tersendiri, kerana selain memupuk sikap toleransi beragama, perpaduan dan persefahaman dalam kalangan rakyat Malaysia, memaparkan keunikan budaya sambutan Bulan Ramadan yang bukan sahaja melibatkan masyarakat Islam dan juga masyarakat lain di negara ini, malah Bazar Ramadan telah menjadi tarikan kepada para pelancong asing untuk merasai pengalaman yang berbeza ketika berkunjung ke Malaysia dalam bulan Ramadan ini”, ujar Dato’ Sri Dr Ng Yen Yen.

Sebanyak 23,000 bungkus Bubur Lambuk Agong diagihkan kepada orang ramai di sekitar kawasan Masjid Kampung Bharu, selain lima stesen edaran bermula iaitu:

1. Pusat Pelancongan Malaysia, MaTiC, Jalan Ampang (berhadapan pintu masuk Saloma Bistro & Restaurant)
2. Jalan Tuanku Abdul Rahman (berhadapan kedai tekstil Gulati’s Silk House).
3. Central Market (di Kasturi Walk).
4. Bukit Bintang (berhadapan Maybank Bukit Bintang)
5. Stesen LRT Masjid Jamek

Kementerian Pelancongan turut menyumbang sebanyak RM3,000 bagi setiap rumah kebajikan, iaitu Rumah Sinar Salam, Yayasan Chow Kit, serta Rumah Kebajikan Tara Bhavan.

Selain itu, Kementerian Pelancongan turut bekerjasama dengan Ahli Qariah Masjid Jamek Kampung Bharu, selain rakan-rakan strategik Kementerian iaitu Petronas Dagangan Berhad, Nestle Products (Malaysia) Sdn Bhd, Lembaga Pentadbiran Malay Agricultural Settlement  Kampong Bharu (M.A.S.), Maxis Communications Berhad,  Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), dan Zikay Group of Companies bagi menjayakan majlis perasmian Bazar Ramadan pada tahun ini.
INFO TAMBAHAN

Sumbangan Rakan-Rakan Strategik

1. Ahli Qariah Masjid Jamek Kampung Bharu
• Menyediakan petugas dan tukang masak dalam membantu penyediaan 100 buah periuk Bubur Lambuk Agong

2. Petronas Dagangan Berhad
• Menyumbang 100 silinder gas memasak dan 150 chef hat kepada petugas-petugas memasak bubur lambuk
• Menyumbang 250 pasang apron kepada petugas-petugas dan penggerai Bazar Ramadan Jalan Raja Alang

3. Nestle Products (Malaysia) Sdn Bhd
• Menyumbang 150 goodies bag kepada para penerima sumbangan dari rumah-rumah kebajikan
• Sebuah van minuman Air Nescafe bagi orang ramai berbuka puasa

4. Lembaga Pentadbiran Malay Agricultural Settlement (M.A.S.) Kampong Bharu, Kuala Lumpur
• Membantu menyelaraskan aktiviti di Bazar Ramadan Jalan Raja Alang 

5. Maxis Communications Berhad
• Menyumbang payung kepada penggerai di Bazar Ramadan Jalan Raja Alang

6. Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur
• Menyediakan keperluan logistik bagi acara ini
• Mendapatkan kebenaran bagi penyediaan stesen-stesen edaran bubur

7. Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS)
• Menyumbang pembekalan air bersih bagi keperluan memasak

8. Zikay Group of Companies
• Menyumbangkan baju kepada para petugas

Para Penerima Sumbangan
1. Rumah Sinar Salam
 40 orang kanak-kanak pelbagai bangsa

2. Yayasan Chow Kit
 30 orang kanak-kanak pelbagai bangsa

3. Rumah Kebajikan Tara Bhavan
 24 orang kanak-kanak berbangsa India

________________________________________________________________________
Disediakan oleh Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pelancongan Malaysia
Tel:  03-8891 7000   F:  03-8891 7181   E-mel: info@motour.gov.my

Copyright © 2024 Malaysia Tourism Promotion Board (MTPB). All Rights Reserved. View Our Terms of Use