Mar 29, 2023

[DO NOT DELETE] TOURISM MALAYSIA PROMOSI PAKEJ PELANCONGAN MINAT KHAS 50 TAHUN DI LAMAN MALAYSIA.TRAVEL

TOURISM MALAYSIA PROMOSI PAKEJ PELANCONGAN
MINAT KHAS 50 TAHUN DI LAMAN MALAYSIA.TRAVEL

KUALA LUMPUR, 29 Mac 2023 - Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-50,
Tourism Malaysia mengambil inisiatif untuk mempromosikan jualan 50 pakej
pelancongan berteraskan segmen pelancongan minat khas pada tawaran harga
istimewa di laman sesawang malaysia.travel .
Penawaran pakej ini mendapat kerjasama sepenuhnya daripada 21 agensi
pelancongan berdaftar dan empat pengusaha produk pelancongan seperti spa dan
inap desa di seluruh Malaysia.
Menariknya, kesemua pakej segmen ini ditawarkan dengan tema angka 50 seperti
diskaun 50 peratus, harga RM50, RM50.50 serta pelbagai penawaran lain.
Orang ramai boleh membuat tempahan pakej untuk aktiviti kembara, penerokaan gua,
merentas hutan, berkayak, berbasikal, berkhemah, karavan, selam skuba, golf,
agropelancongan, inap desa, pencerapan burung (birdwatching), white water rafting,
waterfall abseiling, jet ski excursion, rock climbing, nature walk, night safari, river cruise
dan animal sighting.
Selain itu, pakej yang ditawarkan turut merangkumi aktiviti jejak warisan, bergembira
di taman tema, lawatan ke muzium serta rawatan spa. Tawaran pakej sah sehingga
10 Ogos 2023 untuk perjalanan bermula dari 20 Februari 2023 sehingga 31 Mac
2024.
Dato’ Hj. Zainuddin Abdul Wahab, Ketua Pengarah Tourism Malaysia berkata,
penawaran pakej pelancongan minat khas ini adalah seiring dengan trend
pelancongan terkini oleh para pelancong yang lebih cenderung memilih produk
berasaskan pelancongan pengalaman.
www.tourism.gov.my UNTUK SIARAN SEGERA Bil. 21/2023

“Secara keseluruhannya, tawaran promosi ini melibatkan 32 pakej kembara dan alam
semula jadi, tujuh pakej di bawah gaya hidup, enam pakej budaya dan warisan serta
lima pakej aktiviti marin dan sukan pelancongan,” katanya.
Pautan muat turun E-Brosur Pakej Pelancongan Minat Khas: https://bit.ly/40m4R1q
TAMAT


Tourism Malaysia
Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia atau Tourism Malaysia ialah sebuah
agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Malaysia. Tourism
Malaysia giat memfokuskan kepada tugas khusus untuk mempromosikan Malaysia
sebagai destinasi pelancongan pilihan. Sejak penubuhannya, Tourism Malaysia telah
muncul sebagai pemain utama dalam industri pelancongan antarabangsa. Untuk
maklumat lanjut, layari akaun media sosial Tourism Malaysia di Facebook, Instagram,
Twitter, YouTube, and TikTok.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:


Rubiah Tul'Adwiyah Binti Haji Md Yusof
Timbalan Pengarah
Bahagian Pembangunan Pakej
intanrubi@tourism.gov.my
Tel: +603 8891 8537
Muadz Samat
Penolong Pengarah
Bahagian Komunikasi Korporat
muadz@tourism.gov.my
Tel: +603 8891 8755

Copyright © 2024 Malaysia Tourism Promotion Board (MTPB). All Rights Reserved. View Our Terms of Use