Jul 10, 2025

“Picnic in the Park” Suria KLCC yang Memenangi Anugerah Kini Sebuah Festival Penuh Gaya

Picnic in the Park” Suria KLCC yang Memenangi Anugerah Kini Sebuah Festival Penuh Gaya

Kuala Lumpur, 8 Julai 2025 – Suria KLCC baru-baru ini menutup tirai acara “Picnic in the Park” yang amat dinantikan; kini kembali dengan format baharu yang lebih meriah sebagai sebuah festival berskala penuh berlatarbelakangkan taman ikonik KLCC Park dan Esplanade KLCC.

Berlangsung dari 4 hingga 6 Julai, acara luar selama tiga hari ini menggabungkan keindahan menjamu selera secara al-fresco dan pengalaman gaya hidup tersendiri dalam suasana yang penuh warna dan interaktif. Memasuki tahun ketiga penganjurannya, kempen tanda aras ini mencapai tahap baharu dengan dekorasi moden rustik, “Glam Bar” untuk sentuhan gaya festival, serta van retro combi yang berfungsi sebagai stesen snek dan lokasi bergambar Instagram-worthy.

Akses ke festival ini dikhaskan kepada pembeli Suria KLCC yang berbelanja RM3,000 dan ke atas dalam dua resit bertarikh antara 13 hingga 29 Jun. Setiap pembeli layak menerima penyertaan picnic eksklusif untuk empat orang, bersama baucar e-F&B bernilai RM80 untuk dinikmati semasa festival.

Dari jam 4 petang hingga 9 malam setiap hari, seramai 75 kumpulan diraikan dengan pengalaman unik yang sukar didapati di tempat lain, berlatarbelakangkan Menara Berkembar Petronas dan pancuran Lake Symphony, dari waktu senja hingga malam. Esplanade KLCC diubah suai menjadi lokasi festival terbuka yang mempesona, dihiasi kanopi lut sinar dan kehijauan semula jadi. Semasa pendaftaran, para tetamu menerima bakul picnic yang dikurasi khas dan kad panduan perjalanan. Pengalaman bermula di stesen Glam Bar dengan aktiviti solekan dan aksesori manik buatan tangan, diikuti dengan bar DIY minuman, sudut rasa kopi, photobooth cetakan tanpa had, dan pelbagai lagi.

Sementara itu, di KLCC Park, tetamu bersantai dalam suasana santai bertemakan bumi di bawah khemah tipi, sambil menyertai bengkel interaktif seperti peribadikan beg tote dan permainan belon gergasi. Hidangan enak disajikan oleh Imperial Chakri Palace, TGI Fridays, Sakana, All About Chew, Eight Ounce Coffee Co, dan Gong Cha. Tetamu juga menerima pelbagai ‘goodies’ daripada Toys “R” Us, Remax, Kiehl’s, MAC, dan HOKA.

Kemuncak festival adalah struktur macramé setinggi 10 kaki dan pentas persembahan di KLCC Park Hill, yang menampilkan persembahan secara langsung oleh Orkestra Filharmonik Malaysia, pemuzik dan kumpulan ‘buskers’. Setiap malam diakhiri dengan pemandangan menakjubkan Persembahan Air Pancut Lake Symphony sebagai penutup sempurna kepada pengalaman penuh magis.

Pelbagai lokasi bergambar seperti van combi vintaj, kerusi buaian rotan, dan struktur macramé yang menawan memastikan setiap tetamu pulang dengan kenangan bergambar yang penuh gaya dan sesuai untuk dikongsi di media sosial.

“Di Suria KLCC, kami percaya dalam mencipta pengalaman yang melangkaui aktiviti membeli-belah. ‘Picnic in the Park’ merupakan cara kami menghargai para pembeli dengan menawarkan sesuatu yang benar-benar istimewa: satu pengalaman yang dikurasi rapi di tengah-tengah kota,” kata Francis Tan, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini, sila layari www.suriaklcc.com.my dan www.facebook.com/SuriaKLCCMall.

-TAMAT-

Mengenai Suria KLCC

Suria KLCC, destinasi membeli-belah pengalaman ikonik Kuala Lumpur, merangkumi intipati kecemerlangan runcit. Dengan slogan ‘Always Something New’, Suria KLCC menjemput pengunjung di kompleksnya seluas 1 juta kaki persegi, menempatkan lebih 300 kedai terpilih yang menampilkan jenama eksklusif dan trend terkini.

Di sebalik tawaran runcitnya yang pelbagai, Suria KLCC menawarkan pemandangan kulinari yang meriah, menjemput tetamu untuk menerokai pelbagai pilihan tempat makan berlatar belakangkan taman yang tenang dan air pancut simfoni. Daripada kafe bergaya kepada pelbagai restoran dan medan selera yang menawarkan pelbagai masakan, destinasi ini memastikan pengalaman kulinari yang menarik untuk semua.

Suria KLCC mewujudkan suasana kecanggihan dan ketenangan, menggabungkan beli belah, makan dan bersantai dengan lancar. Ia berfungsi sebagai bukti pengalaman indah, di mana setiap lawatan menjanjikan detik-detik yang tidak dapat dilupakan.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Sherina Khairi
Pengurus, Komunikasi dan Perhubungan Awam
Suria KLCC Sdn Bhd
Tel: +603-2382 3434 / +6018-222 4194
Emel: sherina.khairi@suriaklcc.com.my
Related Photos

© 2025 Malaysia Tourism Promotion Board (MTPB). All rights reserved.
Privacy Policy | Sitemap | Last updated: 16 July 2025