Nov 12, 2020

MESRA MALL TAWAR GANJARAN LUMAYAN UNTUK PEMBELI SAMBIL MEMPROMOSIKAN GAYA HIDUP AKTIF

Kerteh, Terengganu, 12 November 2020 Buat julung kali, Mesra Mall menawarkan ganjaran berlainan yang menarik, tidak terhad dengan cambutan bertuah.

Mesra Mall bakal menawarkan kejutan yang selari dengan keadaan di sekitar Kerteh dan Kemaman.

Kempen “Spend & Be Lucky” yang bertempoh selama 28 hari sedang di lancarkan sehingga 28 November 2020.

Pelbagai ganjaran kempen yang menarik boleh ditebus oleh para pembeli yang berbelanja dengan nilai minima RM250 dan keatas melalui dua resit atau lebih, boleh menebus baucar Mesra Mall yang bernilai RM30 sementara stok masih ada dan tertakluk kepada terma dan syarat. Pembelian hendaklah di lakukan di sebarang kedai-kedai khas termsuklah TMC, TGV, U-Bowl & U Sport.

Para pembeli yang melakukan pembelian lebih dari RM500 dalam dua resit atau lebih juga layak untuk turut serta dalam cabutan bertuah yang menawarkan empat buah basikal khas sebagai hadiah utama.

“Natijah akan hadiah basikal khas untuk menaiki gunung adalah kerana aktiviti berbasikal kini menjadi budaya di kalangan masyarakat sekitar. Gaya aktiviti sihat ini tercetus dalam kalangan penduduk sekitar yang tidak mengira pangkat usia.” jelas Andrew Brien, Ketua Pegawai Esekutif Suria KLCC Sdn Bhd.

Pemerhatian di kawasan sekitar kejiranan menunjukkan bahawa bilangan penunggang basikal yang beriadah semakin meningkat setiap hari dan peningkatan budaya sihat ini menyokong keputusan Mesra Mall yang menawarkan basikal sebagai hadiah utama.

“Dengan menawarkan basikal khas premium sebagai ganjaran utama, kami berharap usaha ini dapat menarik minat lebih ramai warga penduduk untuk terus kekal sihat dengan berbasikal yang kini tular dan menerima sambutan yang amat menggalakkan seperti yang dilihat melalui pelbagai pertandingan berbasikal” tambah Brien.

Cabutan bagi hadiah utama akan di adakan pada jam 1:00 petang, 30 November 2020 di Mesra Mall. Empat pemenang akan di jemput untuk tampil menghadirkan diri pada Majlis Penyampaian Hadiah yang bakal dilengkapi dengan kawalan SOP yang ketat akan di adakan pada Jam 2:00 petang, 5 Disember 2020.

Langkah pencegahan yang jitu akan di pertingkatkan sebelum proses cabutan. Sepanjang keberlangsungan tempoh kempen, hadiah utama basikal khas akan di pamerkan di sudut yang akan sentiasa di sanitasi dan juga di setiap sudut tinggi yang boleh disentuh.

Proses cabutan dan Majlis Penyampaian Hadiah akan disiarkan secara langsung melalu laman media sosial Facebook dan nama-nama para pemenang akan di war-warkan di dalam kesemua laman media sosial. Bagi keterangan lanjut, sila layari www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall

-Tamat-

Tentang Mesra Mall

Mesra Mall yang terletak di Kemasik, Terengganu, merupakan destinasi membeli-belah moden yang mesti dilawati di Pantai Timur Malaysia. Berkeluasan lebih 310,000 kaki persegi, ia menawarkan pelbagai produk jenama tempatan dan antarabangsa yang menjadikannya pusat sehenti membeli-belah, perbankan, tempat makan, riadah dan hiburan yang utama di Kertih serta daerah-daerah sekitarnya iaitu Paka, Dungun dan Kemaman.

Mesra Mall turut menawarkan kemudahan aktiviti untuk keluarga seperti pusat bowling 24 lorong, gelanggang skuasy, sebuah pusat futsal, gelanggang badminton dan sebuah dewan serbaguna yang berkeluasan 16,000 kaki persegi dan mampu memuatkan lebih 800 orang tetamu .

Untuk sebarang pertanyaan media, hubungi:

Sherina Khairi
Manager, PR & Communications
Suria KLCC Sdn Bhd
Tel: +603 2382 3434
Mobile: +6012 204 1286
Emel: sherina.khairi@suriaklcc.com.my

Related Photos

Copyright © 2024 Malaysia Tourism Promotion Board (MTPB). All Rights Reserved. View Our Terms of Use