Dec 4, 2020

MENJIWAI PERAYAAN KRISMAS DI KUMPULAN SYARIKAT SURIA KLCC

Kuala Lumpur, 4 Disember 2020 Kemeriahan Krismas mula dirasai di Kumpulan Syarikat Suria KLCC tatkala mereka meraikan kehadirannya dengan ganjaran kepada pengunjung bermula 1 Disember hingga akhir tahun.

“Unlocking A Christmas Surprise”
Untuk merangsang pengalaman membeli-belah dimusim perayaan ini, mana-mana pembeli yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM150 dalam satu resit bermula 1 hingga 25 Disember 2020, layak menerima 'kunci' yang membolehkan mereka membuka peti Krismas dan berpeluang memenangi baucar membeli belah Suria KLCC bernilai RM5,000.

Sehingga 10,000 kunci akan diberikan di bawah "Unlock A Christmas Surprise", dan pada bulan Disember ini, 50 pembeli yang bertuah pasti pulang tersenyum sekiranya berjaya memperoleh baucar tersebut.

Hadiah Krismas menarik
Selain "Unlock A Christmas Surprise", terdapat juga Suria KLCC "Christmas Beauty Box" eksklusif dengan produk kecantikan dari The History of WHOO, Sisley Paris, L'Occitane, Sephora dan Sulwhasoo, di mana, 2,000 hadiah dari "Christmas Beauty Box" akan diberikan kepada mereka yang membelanjakan RM1,000 ke atas dalam dua resit di mana-mana kedai khas di Suria KLCC. Penebusan ini berlangsung setiap hari, selagi stok masih ada dan hanya satu penebusan setiap pembeli.

Terdapat juga Peraduan Digital Krismas iaitu "Snapping Into Christmas" yang akan berlangsung bermula 6 hingga 17 Disember 2020 untuk memastikan penglibatan golongan muda dan yang lebih dewasa di pusat membeli-belah ini meskipun tanpa sebarang pembelian. 50 pemenang berpeluang memenangi baucar membeli-belah bernilai RM200 dari kedai-kedai yang mengambil bahagian.

Untuk mengambil bahagian, sila layari www.suriaklcc.com.my atau www.facebook.com/SuriaKLCCMall.

"Walaupun pada tahun ini kehidupan sedikit berbeza, Kumpulan Suria KLCC tetap akan menyemarakkan suasana perayaan di semua rangkaian pusat membeli-belah kami. Ganjaran telah pun diberi secara aktif kepada pembeli sejak beberapa bulan kebelakangan ini, terutamanya ketika kami melancarkan kempen “The Golden Ticket" pada bulan Jun, Julai dan Ogos yang lalu. Kami percaya dengan semua kempen yang telah dijalankan setakat ini, kami mampu memberi kelainan kepada pembeli sebagai tanda penghargaan kepada mereka,” kata Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.

Suasana yang sempurna untuk membeli-belah dan menjamu selera
Pengunjung di Suria KLCC akan disambut dengan suasana ceria bersesuaian dengan bulan perayaan ketika negara teruja menantikan ketibaan tahun baru. Sempena musim perayaan ini juga, bermula 1 Disember 2020 hingga 1 Januari 2021, seluruh pusat membeli-belah akan dipenuhi hiasan Hari Krismas yang menakjubkan. Ruang Legar Utama (Centre Court) berubah kepada ruang pameran yang indah dengan hiasan pokok krismas serta aksesori-aksesori bergemerlapan termasuklah peti Krismas utama, sesuai sebagai latarbelakang foto yang sempurna untuk semua. Terdapat juga figura-figura ‘Nutcrackers’ sebagai dekorasi bagi melengkapkan suasana perayaan ini.

Pencahayaan di Medan Selera Signatures di Aras 2 juga akan diselaras dengan warna merah dan hijau pada Hari Krismas bagi menyemarakkan semangat perayaan dan mengembalikan keceriaan pada waktu yang penuh mencabar ini.

Pada hari Sabtu, Ahad dan ketika Hari Krismas, pengunjung akan dihiburkan oleh Santa & Mrs Claus, yang akan berlegar di dalam pusat membeli-belah menyambut dan bertemu pengunjung serta sesi bergambar. Kanak-kanak yang bertuah pula akan menerima cokelat serta gula gula daripada Santa. Setiap hari pada hujung minggu sehingga menjelangnya Hari Krismas, ‘Secret Santa’ Suria KLCC akan membuat kejutan kepada 12 pengunjung bertuah dengan hadiah untuk membangkitkan perasaan ceria Hari Krismas.

Kemeriahan Krismas di Alamanda dan Mesra Mall

Di Alamanda Putrajaya (Alamanda), sambutan Hari Krismas diserikan dengan hiasan yang bukan sahaja menyinari suasana Hari Krismas, tetapi juga sesuai untuk dimuatnaik ke Instagram. Para pengunjung boleh menikmati suasana Hari Krismas yang mempersonakan sambil membeli-belah atau beriadah di Alamanda. Bermula 28 November hingga 27 Disember 2020, pengunjung yang membelanjakan RM500 dan ke atas (tidak melebihi dua resit) di mana-mana kedai khas akan berpeluang memilih bebola hiasan dari Pokok Krismas yang mengandungi baucar hadiah bernilai sehingga RM200 samada dari Pandora, Giordano, Uniqlo, Carlo Rino, Body Shop, Sembonia, Lovely Lace atau banyak lagi, di samping menerima hadiah tambahan bernilai RM193 dari AsterSpring dengan setiap penebusan. Pengunjung juga akan menerima hadiah tambahan sekiranya mereka berbelanja pada hari Isnin hingga Khamis, tidak termasuk cuti umum.

Bermula 1 hingga 25 Disember 2020, Mesra Mall di Terengganu juga turut serta dalam menyambut ketibaan Hari Krismas dengan hiasan Krismas serba sederhana tetapi tidak kurang hebatnya. Di samping itu, bengunjung di Mesra Mall yang membelanjakan RM250 ke atas dalam tidak lebih daripada dua resit di mana-mana kedai khas berhak untuk menebus baucar F&B Mesra Mall bernilai RM20 dari pelbagai kedai yang mengambil bahagian termasuk Secret Recipe, The Chicken Rice Shop, Empire Sushi, Big Apple Donuts dan Rotiboy. ‘Santa Walkabout’ di Mesra Mall akan berlangsung pada Hari Krismas itu sendiri, di mana Santa akan berlegar-legar di sekitar pusat membeli-belah ini sambil mengedarkan gula-gula pada jam 3 petang dan 5 petang. Sesi Secret Santa pula akan berlangsung pada pukul 2 petang pada hari yang sama.

Keselamatan dan kebersihan paling utama
Ketiga-tiga pusat membeli-belah ini telah mempraktikkan keperluan penjarakan fizikal untuk kakitangan dan pengunjung serta memastikan kawasan laluan utama dan permukaan yang kerap disentuh sentiasa dijalankan aktiviti disinfeksi sejak wabak Covid-19 bermula. Dalam semua perkara melibatkan operasi dan pengurusan, Kumpulan Suria KLCC sentiasa memastikan amalan terbaik untuk membendung penularan Covid-19.

Brien menambah, “Sukacita saya memaklumkan bahawa pusat membeli-belah yang dikendalikan oleh kumpulan syarikat ini tidak pernah menjadi punca penularan Covid-19. Ini membuktikan segala langkah pencegahan yang diambil berkesan. Secara umumnya, semua pusat membeli-belah, terutamanya yang dikendalikan oleh Kumpulan Suria KLCC, tidak hanya selamat, tetapi juga menarik untuk dikunjungi, terutama ketika musim cuti dan perayaan sebegini. Sehubungan itu, saya mengalu-alukan semua untuk mengunjungi pusat membeli-belah kami bersama keluarga dan rakan-rakan, untuk merasai sendiri suasana perayaan disamping sentiasa mematuhi SOP. Bersama kita menikmati sambutan perayaan Hari Krimas yang sukar dilupakan."

Untuk maklumat lanjut, layari:

-Tamat-


Mengenai Suria KLCC Sdn Bhd
Suria KLCC Sdn Bhd adalah sebuah syarikat usaha sama yang dimiliki oleh KLCC Property Holdings Berhad (60%) dan CBRE Global Investors (40%). Ia merupakan kumpulan pengurusan aset runcit bertaraf dunia yang memfokuskan kepada pembangunan dan operasi pusat membeli belah di Malaysia. Portfolio terkininya merangkumi tiga pusat membeli belah iaitu Suria KLCC (Kuala Lumpur), Alamanda (Putrajaya) dan Mesra Mall (Kertih). Dengan lebih 550 aneka kedai dan lebih 2 juta kaki persegi ruang runcit keseluruhannya, syarikat ini memberi peluang kepada peruncit tempatan dan antarabangsa untuk mendekati golongan pembeli berkemampuan tinggi di Malaysia.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Sherina Khairi
Pengurus, Komunikasi dan Perhubungan Awam
Suria KLCC Sdn Bhd
Tel: 03-2382 3434 / 012-204 1286
Emel: sherina.khairi@suriaklcc.com.my

Related Photos

Copyright © 2024 Malaysia Tourism Promotion Board (MTPB). All Rights Reserved. View Our Terms of Use