Sep 29, 2015

Kl Pass™ Mengalakkan Pelancong Melanjutkan Lawatan Di Kuala Lumpur

Kuala Lumpur, 28hb September 2015 – Datuk Bandar Kuala Lumpur, YBhg. Datuk Hj. Mhd Amin Nordin Bin Abd Aziz, telah melancarkan produk pelancongan terbaru bagi Kuala Lumpur yang dikenali sebagai KL PASS™. Ia merupakan pas pelancongan bersepadu yang menawarkan akses tampa sebarang pembayaran ke pelbagai tempat tarikan pelancongan. Ia juga memberi pelancong pelbagai faedah dan kemudahan seperti diskaun ketika membeli-belah dan mengkunjungi restoran dan kafe.

KL PASS™ adalah selaras dengan inistiatif yang terhasil di dalam “Kuala Lumpur Tourism Master Plan 2015-2025” di bawah inisiatif 10.4 – Developing an Integrated Pass. Dalam ucapan beliau, YBhg. Datuk Mohd Amin Nordin Bin Abd Aziz berkata, “KL PASS™ akan menjadi medium yang penting dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai apa yang Kuala Lumpur boleh menawarkan kepada para pelancong. Ia juga mampu menggalakkan pelancong untuk tinggal lebih lama di Kuala Lumpur. Walaupun satu malam penginapan tambahan di Kuala Lumpur akan membawa peningkatan hasil yang lumayan dalam pendapatan pelancongan untuk pelbagai sektor yang secara langsung dan tidak langsung yang berkaitan dengan pelancongan di Kuala Lumpur ".
KL PASS™ adalah satu kad pelancongan bersepadu yang merangkumi tempat tarikan pelancongan, tempat membeli-belah, F&B dan tidak lama lagi akan juga menrangkumi perkhidmatan pengangkutan awam. KL PASS™ mempunyai sistem pengurusan IT backend yang mampu menguruskan pas berjalan dengan lancar, cekap dan sistematik, mengikut standard yang digariskan dalam “Kuala Lumpur Tourism Master Plan 2015-2025”.

"Saya dengan bangganya mengumumkan bahawa KL PASS™ akan menjadi pas pelancong yang pertama diperkenalkan di Malaysia, direka oleh syarikat tempatan dengan merangkumi ciri-ciri standard antarabangsa yang setanding dengan pas pelancong antarabangsa seperti Paris PASS, London PASS dan New York PASS", kata Datuk Bandar.

KL PASS™ dihasilkan, diurus dan dipasarkan oleh Meridian Tourist Access Sdn. Bhd., dengan pengendorsan and sokongan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Tourism Malaysia. Pelancong yang membeli KL PASS™ akan menerima satu kad KL PASS™ dan juga senaskah Buku Panduan KL PASS™ yang percuma. Buku Panduan KL PASS™ terdapat dalam dua varian; Edisi Asia yang disembahkan dalam bahasa Inggeris dengan penterjemahan dalam Bahasa Cina dan Arab, dan Edisi Eropah yang disembahkan dalam bahasa Inggeris, dengan penterjemahan dalam Perancis dan Jerman. Buku Panduan KL PASS™ adalah berguna untuk semua pelawat di Kuala Lumpur. Ia dipenuhi dengan maklumat bagi penggunaan KL PASS™ serta pelbagai maklumat tambahan dan tips semasa melawat Kuala Lumpur.

Dengan KL PASS™, pelancong berhak untuk masuk tanpa bayaran lanjut ke tempat-tempat pelancongan yang mengambil bahagian dalam program KL PASS™. Pelancong hanya perlu mengemukakan kad KL PASS™ mereka di pintu masuk untuk pengesahan dan selagi kad yang dikemukakan dapat disahkan, mereka akan diberikan kebenaran masuk ke tempat pelancong itu. Kad KL PASS™ juga boleh digunakan untuk mendapatkan diskaun dan tawaran lain apabila membeli-belah dan juga di restoran, kafe, bistro dan tempat hiburan di Kuala Lumpur.

Tempat tarikan pelancong pada masa ini yang menyertai program KL PASS™ termasuk Menara KL, Aquaria KLCC, KL Butterfly Park, Berjaya Times Square Indoor Theme Park, Batik Workshop di Kompleks Kraf, Kraf Museum, Discoveria @ Avenue K, Escape Room @ Berjaya Times Square, Laser Battle @ Berjaya Times Square, MUD The Musical, KL City Gallery, KL Hop-On-Hop-Off, KL Tram, Sunway Lagoon Theme Park, Telekom Museum, Foundry Workshop @ Royal Selangor dan Zouk KL.

Bagi pihak stakeholder dalam KL PASS ™, program ini akan membawa manfaat termasuk sumber pengunjung baru, meningkatkan hasil pendapatan, pemasaran secara tidak langsung dan menyediakan maklumat data pengesanan tingkah laku pengunjung. Data tersebut akan digunakan untuk perancangan strategik masa depan dan pembangunan industri pelancongan Kuala Lumpur.

KL PASS ™ datang dalam enam variasi; 1-Hari, 3-Hari dan 6-Hari untuk dewasa dan kanak-kanak. 1-Hari pas dewasa dijual pada harga RM165.00 manakala 3-Hari dan 6-Hari pas berharga RM395.00 dan RM675.00 masing-masing. 1-Hari pas kanak-kanak dijual pada harga RM125.00 manakala 3-Hari dan 6-Hari pas berharga RM325.00 dan RM515.00 masing-masing.

Pengarah Urusan Meridian Tourist Access Sdn. Bhd., Farouk Nurish berkata, KL PASS™ kini dalam fasa pertama pembangunannya. Fasa 2 akan termasuk lebih pertubuhan dan perkhidmatan pengangkutan awam serta memperkenalkan pas yang memenuhi keperluan pelancong domestik dan juga pas KL Dining Pass dan KL Wellness Pass. "Sistem berasaskan cip pintar yang digunakan mempunyai kapasiti untuk mengendalikan wang digital. Pada masa yang akan datang kami berharap untuk memperkenalkan KL PASS Purse di mana pelancong dengan secara mudah dan selamat boleh menerokai bandar tanpa perlu membawa banyak wang tunai dengan mereka serta boleh membeli-belah menggunakan KL PASS™ mereka, "kata Farouk Nurish.

Dijangka 20,000 kad KL PASS™ akan dijual dalam tahun pertama operasinya. Laman web KL PASS™ telahpun menarik lebih 2,000 pelawat unik dalam masa kurang daripada dua minggu sejak laman itu dilancarkan. Apa yang lebih menggalakkan adalah hits yang diterima ini, datangnya dari seluruh dunia, termasuk Britain, Perancis, Jerman, Sepanyol, China, India, Amerika Syarikat, Jepun, Australia, New Zealand, Singapura dan Timur Tengah.

KL PASS™ boleh dibeli secara online menerusi laman web KL PASS™ dan juga di beberapa pusat jualan KL PASS™ di bandar dan di KLIA. Pelancong asing boleh membeli pas di negara asal melalui laman web. Mereka boleh memilih sama ada menerima kad mereka melalui pos atau mengutip KL PASS™ mereka secara sendiri apabila tiba di Kuala Lumpur. Antara tempat-tempat yang boleh mendapatkan KL PASS™ adalah di KL City Gallery, KL Concierge Kiosk dan di kaunter tiket KL Hop-On- Hop-Off. Dalam masa terdekat, beberapa tempat tarikan pelancong juga akan menjadi pusat jualan KL PASS™.

Tamat.

Copyright © 2024 Malaysia Tourism Promotion Board (MTPB). All Rights Reserved. View Our Terms of Use