Aug 28, 2020

ANJURAN JAMUAN TENGAHARI DARI KUMPULAN SURIA KLCC TANDA PENGHARGAAN KEPADA PETUGAS BARISAN HADAPAN COVID-19

Kuala Lumpur, 28 Ogos 2020 Di dalam usaha memerangi wabak Covid-19, Kumpulan Suria KLCC memastikan pengiktirafan sokongan kakitangan dihargai terutamanya buat mereka yang bertugas di barisan hadapan.

Kumpulan Suria KLCC adalah sebuah organisasi yang mentadbir pentadbiran am Pusat Beli-Belah Suria KLCC, Alamanda dan juga Mesra Mall melaksanakan program khusus untuk memberi penghargaan tertinggi buat wargakerja barisan hadapan yang terdiri daripada 200 orang kakitangan dari jabatan penyelenggaraan, janitasi dan pembersihan serta keselamatan. Barisan kakitangan ini telah bertungkus-lumus dan berkorban keringat sejak enam bulan lepas hingga kini bagi memastikan keselamatan para pelanggan terjamin selaras dengan usaha mencegah wabak Covid-19.

Jamuan penghargaan ini diadakan di tempat yang berbeza mengikut lokasi yang mana para petugas yang bertugas iaitu; Suria KLCC di raikan di Serai; petugas bagi Pusat Beli-Belah Alamanda di raikan di Secret Recipe manakala para petugas di Mesra Mall diraikan di Nandos. Bagi memastikan waktu bekerja setiap petugas tidak terganggu, jamuan penghargaan di adakan secara berkala seperti jamuan pengharagaan di Suria KLCC di adakan selama tiga hari berturut (26 Ogos – 28 Ogos) manakala jamuan keraian di Mesra Mall di adakan selama dua hari berturut dari (25 Ogos – 26 Ogos). Manakala di Pusat Beli-Belah Alamanda, sesi jamuan di bahagikan kepada tiga sesi di dalam satu hari bagi memastikan setiap dari 91 petugas akan diraikan.

Siapakah Petugas Barisan Hadapan?

“Kami mengambil inisitatif dalam menzahirkan rasa terima kasih kepada petugas barisan hadapan. Kami memilih untuk menghargai titik peluh mereka yang tidak kurang pentingnya di dalam usaha memerangi wabak ini dan mereka adalah para pegawai keselamatan, pegawai kebersihan dan sanitasi serta anggota pengemasan, pegawai penyelenggaraan dan juga para penyambut tetamu yang tidak pernah lekang untuk menitik berat dan mengawasi setiap pergerakkan yang berlaku di dalam kesemua Pusat Beli-Belah Kumpulan Suria KLCC di samping sentiasa memastikan persekitaran yang bersih dan selamat untuk semua” kata Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien.

Tambah Brien, “Mereka adalah wira kami yang tidak kenal jemu di dalam memastikan setiap keperluan para pelanggan di penuhi sejak dari hari pertama wabak Covid-19 melanda di negara Malaysia dan juga tatkala musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)”.

Jamuan Terima Kasih ini bukanlah hanya sekadar jamuan makan tengahari, tetapi setiap petugas diberikan ruang untuk mereka saling bertukar coretan pengalaman. Mohammad Norhafizi Nasruddin dari Jabatan Keselamatan Suria KCC berkongsi bahawa beliau kini lebih berkeyakinan akan tahap pengalaman yang di peroleh sejak diberi mandat untuk memastikan kawalan sekuriti optima pusat membeli belah selama tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Ia pastinya satu tempoh yang mencabar untuk saya dan rakan sejawat kerana kami tidak pernah mengahadapi situasi ini sebelum ini. Selain daripada itu, Covid-19 merupakan penyakit wabak yang baru dan pada permulaanya setiap dari kami runsing memikirkan akan tahap kerumitan bagi memastikan tahap keselamatan dan sekuriti mengikut SOP Kerajaan Malaysia” kata Norhafizi.

Beliau menambah, “Dengan bantuan teknologi terkini seperti Alat Pengukur Suhu Thermal dan juga kerjasama jitu dari pihak pentadbiran dan keseluruhan kumpulan, kami seiring dapat memastikan kawalan kerja berada di tahap yang keselamatan yang tinggi tanpa menggangu kesejahteraan para pembeli”. Simbolik dengan bulan Kemerdekaan, kami berharap agar rakyat Malaysia dapat menikmati kebebasan dan kemakmuran dari wabak Covid-19. Sambil menanti untuk detik bersejarah itu tiba, kami akan terus menabur bakti dan terus akan berjuang.”

Calvin Tan dari Jabatan Operasi Alamanda berkata,”Rakan sejawat saya terus memastikan kebersihan Pusat Beli-Belah dengan mempertingkatkan frekuensi pembersihan, proses sanitasi di lakukan di setiap tempat mencuci tangan, tombol pintu tandas, di setiap butang lif dan juga tempat pemegang tangan eskalator. Kami berusaha memastikan setiap proses pembersihan dilakukan mengikut SOP yang telah ditetapkan bagi menjamin keselamatan semua pihak.”

Siti Aminah serta rakan sekerja dari Mesra Mall amat terharu akan ikhtiar murni ini meski pun ianya hanyalah jamuan makan tengahari. Siti Aminah berkongsi “Saya berasa amat dihargai oleh pihak pengurusan yang berusaha mencari ruang dan masa untuk mengadakan sesi jamuan ini. Ini membuktikan bahawa Kumpulan Suria KLCC prihatin akan petugas barisan hadapan mereka.”

Beliau menambah, “Jika titik peluh kami dari jabatan pembersihan dapat memperbaiki keadaan semasa serangan wabak ini, pengorbanan kami sememangnya tidak sia-sia”

-Tamat-


Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Mengenai Suria KLCC Sdn Bhd
Suria KLCC Sdn Bhd adalah sebuah syarikat usaha sama yang dimiliki oleh KLCC Property Holdings Berhad (60%) dan CBRE Global Investors (40%). Ia merupakan kumpulan pengurusan aset runcit bertaraf dunia yang memfokuskan kepada pembangunan dan operasi pusat membeli belah di Malaysia. Portfolio terkininya merangkumi tiga pusat membeli belah iaitu Suria KLCC (Kuala Lumpur), Alamanda (Putrajaya) dan Mesra Mall (Kertih). Dengan lebih 550 aneka kedai dan lebih 2 juta kaki persegi ruang runcit keseluruhannya, syarikat ini memberi peluang kepada peruncit tempatan dan antarabangsa untuk mendekati golongan pembeli berkemampuan tinggi di Malaysia

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Sherina Khairi
Pengurus, Komunikasi dan Perhubungan Awam
Suria KLCC Sdn Bhd
Tel: 03-2382 3434 / 012-204 1286
Emel: sherina.khairi@suriaklcc.com.my

Copyright © 2024 Malaysia Tourism Promotion Board (MTPB). All Rights Reserved. View Our Terms of Use