Sep 28, 2020

ALAMANDA SUMBANG BEKALAN MAKANAN BERNILAI RM10,000 KEPADA HOSPITAL PUTRAJAYA

PUTRAJAYA, 25 SEPTEMBER 2020 Pusat Beli-belah Alamanda (Alamanda) menyumbang bekalan makanan bernilai RM10,000 kepada Hospital Putrajaya yang terdiri daripada makanan ringan seperti kopi, teh dan paket Milo serta aneka biskut.

Bantuan RM10,000 tersebut disalurkan hasil daripada kutipan "Tribute Fund" semasa perayaan Hari Merdeka Alamanda baru-baru ini, di mana setiap kali pembeli menebus T-shirt Merdeka edisi terhad dan mengundi untuk pertandingan seni VIKids, Alamanda menyumbang RM10 kepada "Tribute Fund" untuk kepentingan barisan hadapan medik dan kakitangan di Hospital Putrajaya.

Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd berkata, “Diharap sumbangan bekalan makanan ini dapat serba sedikit membantu para kakitangan Hospital Putrajaya. Ini adalah masa untuk memberi pengharagaan kepada para petugas barisan hadapan akan jasa dan pengorbanan mereka yang luar biasa disamping dedikasi yang tinggi serta komited dalam menjalankan tanggungawab mereka dalam tempoh yang getir ini.

Ameer Thajudeen, Pengurus Besar Pusat Beli-belah Alamanda menyampaikan sumbangan bekalan makanan “Tribute Fund” tersebut kepada YBhg. Datuk Dr. Nora'i Mohd Said, Pengarah Hospital Putrajaya.

Dr Nora'i Mohd Said mengulas, "Sumbangan dari Alamanda ini sangat bermakna buat kami. Bagi pihak komuniti Hospital Putrajaya, kami amat berterima kasih di atas inisiatif dan sokongan pihak Alamanda."

-Tamat-


Mengenai Pusat Membeli Belah Alamanda

Alamanda Putrajaya dimiliki Putrajaya Holdings Sdn Bhd dan diuruskan oleh Suria KLCC Sdn. Bhd. dengan keluasan yang merangkumi kawasan membeli-belah sebanyak 653,235 kaki persegi. Bagi keselesaan kira-kira 12 juta orang yang datang untuk membeli-belah setiap tahun, pusat membeli-belah ini dilengkapi dengan dua bangunan tempat letak kereta yang terdiri daripada 3,000 tempat meletak kereta, kemudahan bagi golongan kurang upaya, dua bilik salinan bayi serta bilik sembahyang. Konsep di sebalik Alamanda adalah ‘syurga pengunjung membeli-belah’, yang terletak di pusat Putrajaya.

Ruang tengah Alamanda dihiasi cahaya menawan yang mengindahkan lagi suasana pusat membeli-belah ini dan menarik baik pengunjung mahupun rakan niaga dan penyewa kedai, lebih-lebih lagi apabila pelbagai acara dijalankan setiap tahun.

Pusat membeli-belah ini terdiri daripada pelbagai jenis kedai, restoran, pusat boling, medan selera dan pawagam. Alamanda juga mempunyai ‘travelator’ yang menghubungkan kedai-kedai serta laluan terus ke tempat letak kereta. Selain itu, reka bentuk istimewa bangunan dua tingkat ini membolehkan para pengunjung menikmati pengalaman membeli-belah yang mudah.

Untuk info lanjut, layari:
www.alamanda.com.my and www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Sherina Khairi
Pengurus, Komunikasi dan Perhubungan Awam
Suria KLCC Sdn Bhd
Tel: 03-2382 3434 / 012-204 1286
Emel: sherina.khairi@suriaklcc.com.my

Related Photos

Copyright © 2024 Malaysia Tourism Promotion Board (MTPB). All Rights Reserved. View Our Terms of Use