May 25, 2015

AirAsia umum laluan ke-4 ke Taiwan dengan pelancaran penerbangan terus 3x seminggu dari Kuala Lumpur ke Kaohsiung

Tambang promosi termasuk semua serendah RM88 sehala di laman airasia.com dari 20 hingga 27 Mei 2015

SEPANG, 20 Mei 2015 – Syarikat penerbangan Kumpulan AirAsia mengumumkan laluan keempat ke Taiwan hari ini dengan pelancaran laluan terbaru antara Kuala Lumpur - Kaohsiung, Taiwan dengan penerbangan terus 3x seminggu yang dijadualkan memulakan operasi pada 16 Julai; AirAsia adalah satu-satunya syarikat penerbangan yang mengoperasi laluan unik ini.

Kumpulan syarikat penerbangan tersebut buat masa ini menghubungkan Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Bali ke Bandar Taipei melalui AirAsia X (kod penerbangan D7), AirAsia Berhad (kod penerbangan AK) dan Indonesia AirAsia X (kod penerbangan XT).

Laluan baru ini akan dioperasi oleh AirAsia Berhad dengan kod penerbangan AK, dan menggunakan pesawat jenis Airbus A320 berkapasiti 180 penumpang.

Bagi meraikan pengumuman laluan baru ini, AirAsia menawarkan tambang promosi pengenalan termasuk semua bermula dari RM 88 sehala. Tambang promosi ini boleh ditempah di www.airasia.com dari 20 – 27 Mei 2015. Tempoh perjalanan bagi tambang promosi ini bermula dari 16 Julai 2015 hingga 31 Mei 2016. Selain dari laman web, laluan baru ini juga boleh ditempah menerusi aplikasi AirAsia bagi iPhone dan peranti Android dan juga laman mobil mobile.airasia.com.

Spencer Lee, Ketua Komersial AirAsia Berhad berkata, “Kelebihan jaringan meluas Kumpulan AirAsia adalah, kami dapat menghubungkan dari pelbagai hab di sekitar rantau ini dan menawarkan hubungan yang tidak dapat ditandingi kepada para tetamu kami. Kami melihat pemintaan yang tinggi bagi hubungan perjalanan antara Malaysia dan Taiwan dan laluan terus ke Kaohsiung ini juga akan memudahkan komuniti di Selatan Taiwan ini untuk berhubung ke Kuala Lumpur dan lebih jauh lagi."

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Biro Pelancongan Kaohsiung dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kaohsiung dalam menyokong dan membantu kami melancarkan laluan ini. Pintu masuk kedua Taiwan ini menawarkan peluang bagi para tetamu kami menjadi lebih kreatif dalam merancang perjalanan mereka. Mereka boleh masuk melalui Taipei, menerokai utara dan selatan Taiwan dan kembali ke KL dari Kaohsiung atau sebaliknya. Kami harap laluan terbaru ini akan merancakkan pasaran dan kami akan terus berkerjasama dengan badan pelancongan bagi mempromosi kedua bandar di Taiwan ini," Tambah Spencer.

Kaohsiung terdapat banyak tempat menarik bagi para pengunjung dengan aktiviti mencabar di Taman Negara Yushan yang menawarkan pemandangan lanskap meliputi hutan tebal, lembah yang dalam, tebing tinggi, dan puncak bukit yang berbatu. Puncak tertinggi di taman ini yang dipanggil Yushan adalah pada ketinggian 3952 dan merupakan gunung tertinggi di Timur Laut Asia.

Bagi mereka yang meminati pantai, Pantai Kenting menawarkan kawasan paling cantik dan eksotik untuk berenang, beristirehat di persisiran pantai, selam skuba dan snorkel. Kawasan Kenting adalah rumah bagi 60% spesis koral yang boleh ditemui diseluruh dunia, dan merupakan tempat yang mesti dilawati oleh penyelam skuba, dan kini lebih mudah jika terbang terus ke Kaohsiung.

Peminat Seni moden juga akan mendapati Kaohsiung adalah destinasi yang perlu dikunjungi dengan Pusat Seni Pier-2; yang merupakan gudang terbiar sebelum ini yang dibina pada tahun 1973. Kini menjadi pusat seni yang memaparkan pameran terkemuka dunia sepanjang tahun.

Para peminat aktiviti membeli-belah juga boleh menemui pelbagai tawaran berbaloi di pusat membeli-belah terbesar di Kaohsiung - Dream Mall; begitu juga di pasar malam Liouhe di mana anda dapat merasai makanan tempatan Taiwan dan makanan laut segar. Terus mengikuti perkembangan promosi terkini AirAsia dan aktiviti lain melalui Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

***TAMAT***

Jadual Penerbangan Kuala Lumpur (KUL) – Kaohsiung (KHH):
Laluan          No Penerbangan       Berlepas           Ketibaan           Kekerapan
KUL – KHH         AK170                 0830                 1300           Selasa, Khamis, Sabtu
KHH – KUL         AK171                 1330                 1750           Selasa, Khamis, Sabtu

Mengenai Kumpulan AirAsia

AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah utama dan terbesar di Asia, menyediakan perkhidmatan rangkaian penerbangan terluas dengan 90 destinasi. Semenjak 13 tahun beroperasi, AirAsia telah menerbangkan 250 juta tetamu dan memperkembangkan barisan pesawatnya daripada dua ke lebih daripada 180. Ia kini bangga menjadi syarikat penerbangan Asean (Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara) yang sejati, dengan operasi yang berpusat di Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan India, menyediakan perkhidmatan ke jaringan penerbangan yang merangkumi semua negara Asean dan juga China, India dan Australia. AirAsia telah dinamakan sebagai Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia melalui kajiselidik tahunan Syarikat Penerbangan Dunia oleh Skytrax bagi enam tahun berturut-turut dari 2009 – 2014. AirAsia menjadi syarikat pernerbangan global pertama yang bekerjasama dengan INTERPOL untuk melaksanakan penggunaan sistem I-Checkit, bagi menyaring pasport para penumpang melalui perbandingan maklumat yang terkandung dalam pangkalan data Kecurian dan Kehilangan Dokumen Perjalanan (Stolen and Lost Travel Documents: SLTD) badan polis dunia itu.

For media enquiries, please contact:
Cheong Ka Mei
Communications
Mobile: +6016 440 2446
Email: maa_corpcomm@airasia.com

Copyright © 2024 Malaysia Tourism Promotion Board (MTPB). All Rights Reserved. View Our Terms of Use