Sep 23, 2016

TOURISM MALAYSIA SERTAI MATTA FAIR PENANG 2016

GEORGE TOWN, 22 September 2016 – Tourism Malaysia Pulau Pinang telah menyasarkan jualan pakej bernilai RM100,000 melalui penawaran pelbagai produk dan pakej pelancongan domestik pada pameran pelancongan “MATTA Fair Penang 2016” yang akan berlangsung dari 23 hingga 25 September di Strait Quay Convention Centre, George Town.

Seramai lima peserta yang terdiri daripada pengusaha produk pelancongan, agensi pelancongan, pengusaha hotel/resort dan pengusaha inap desa dari Pulau Pinang dan Kedah akan mengambil bahagian dalam pameran pelancongan ini di bawah payung Tourism Malaysia Pulau Pinang.

Penganjuran semula “MATTA Fair Penang” ini diharapkan dapat merangsang minat para penduduk dan ekspatriat di utara tanah air untuk melancong dalam negara sendiri selepas kali terakhir menganjurkannya hampir tiga tahun yang lalu. “MATTA Fair Penang” sebelum ini dianjurkan di Penang International Sport Arena (PISA) atau kini dikenali sebagai SPICE Arena di Bayan Lepas.

Seramai 114 pempamer yang terdiri daripada pelbagai agensi pelancongan, hotel dan resort serta pengusaha produk pelancongan dari seluruh negara akan menyertai pameran selama 3 hari yang dianjurkan oleh MATTA Penang Chapter ini.

Bagi “MATTA Fair Penang 2016” ini, Tourism Malaysia Pulau Pinang telah menyasarkan peningkatan sebanyak 30% jumlah pengunjung daripada tahun-tahun sebelumnya.

zurinasaud@tourism.gov.my

-TAMAT-

Untuk mendapatkan siaran media, media info dan artikel berkaitan industri pelancongan di Malaysia, sila lawati Pusat Media di laman web Tourism Malaysia di http://www.tourismmalaysia.gov.my/.

LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA ATAU TOURISM MALAYSIA ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Tourism Malaysia bertanggungjawab untuk mempromosikan Malaysia di semua peringkat. Sejak penubuhannya, Tourism Malaysia telah membangun dengan pesatnya dan telah

muncul sebagai pemain utama dalam dunia pelancongan antarabangsa. Pada 2015, Malaysia telah mencatatkan kedatangan seramai 25.7 juta orang pelancong asing dengan pendapatan pelancong sebanyak RM69.1 bilion.

Melalui NKEA, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan telah mempertingkatkan kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan dan sektor swasta untuk memantapkan kedudukan negara sebagai destinasi pelancong antarabangsa yang terkemuka.

Sasaran yang telah ditetapkan di bawah NKEA Pelancongan akan tercapai melalui pelaksanaan 12 Projek Permulaan (EPPs) yang merangkumi lima tema: Kembara Mewah Mampu Milik; Kembara Alam Semula Jadi; Keseronokan Seisi Keluarga; Acara, Hiburan, Spa dan Sukan; dan Pelancongan Perniagaan.

Hubungi:

Unit Perhubungan Media:
Mohd Libra Lee Haniff, Timbalan Pengarah, Bahagian Komunikasi Korporat
Tel: +603-8891 8752
Emel:
mohdlibra@tourism.gov.my

Unit Editorial:
Puan Anis Rozalina Ramli, Senior Editor, Bahagian Komunikasi Korporat
Tel: +603-8891 8759
Emel: anisramli@tourism.gov.my

Copyright © 2024 Malaysia Tourism Promotion Board (MTPB). All Rights Reserved. View Our Terms of Use