Feb 10, 2011
TOURISM MALAYSIA SERTAI KARNIVAL WOW! PUTRAJAYA 2011
Tourism Malaysia akan menyertai Karnival WOW! Putrajaya 2011 pada 11–13 Februari bertempat di Tapak Pasar Tani, Presint 2 di Putrajaya.
Acara ini akan dirasmikan oleh YB Dato’ Raja Nong Chik Bin Dato’ Raja Zainal Abidin, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar pada 12 Februari 2011 pukul 8.30 malam.
Dalam usaha untuk meningkatkan promosi destinasi-destinasi percutian tempatan, astaka pameran Tourism Malaysia yang berkonsepkan ‘Borneo Paradise’ akan mengenengahkan sebanyak 20 pengusaha produk pelancongan tempatan termasuk empat belas dari Sabah dan Sarawak.
Mereka akan menawarkan pelbagai pakej percutian domestik yang menarik pada harga yang berpatutan. Setiap pengunjung yang membeli pakej-pakej yang ditawarkan akan menerima satu Redemption Coupon dan hadiah khas daripada Tourism Malaysia. Persembahan kebudayaan dan tarian oleh kumpulan kebudayaan dari Sabah dan Sarawak akan turut diadakan di pentas yang disediakan berhampiran astaka pameran Tourism Malaysia.
Karnival Wow! Putrajaya 2011 bakal dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik sepanjang karnival itu berlangsung. Antara aktiviti-aktiviti tersebut ialah persembahan tattoo Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pertunjukan layang-layang King, belon udara panas dan F1 power boat serta pertandingan futsal, karaoke, fotografi, menghias kek, permainan binaan lego dan sebagainya.
Karnival ini turut menyasarkan kunjungan golongan belia dengan menyediakan acara seperti Harley Davidson Bikers Club, Auto Saloon show dan pameran kereta Ferrari. Terdapat juga aktiviti untuk kanak-kanak seperti pertunjukan silap mata, aktiviti menunggang kuda dan inflatable games.
Karnival WOW! Putrajaya 2011 dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya buat kali ke dua. Ia bertujuan untuk meraikan ulang tahun sedekad Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan dan akan dimuatkan dalam kalendar acara tahunan Putrajaya. Dengan mempromosikan Putrajaya sebagai Bandaraya Bersemangat dan Bertenaga, karnival ini bakal menarik lebih ramai pengunjung berbanding tahun sebelumnya.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Nurushama Abdul Hanan di Pejabat Negeri Tourism Malaysia Selangor dan Putrajaya di 03-5510 9100 atau emel nurushama@tourism.gov.my, atau Puan Razimah Mohd Radzi atau emel razimah@tourism.gov.my .
Sila layari laman web PPj: www.ppj.gov.my bagi maklumat mengenai Karnival ”Wow! Putrajaya”.