Mar 29, 2023

TOURISM MALAYSIA PROMOSI PAKEJ PELANCONGAN MINAT KHAS 50 TAHUN DI LAMAN MALAYSIA.TRAVEL

KUALA LUMPUR, 29 Mac 2023 - Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-50,Tourism Malaysia mengambil inisiatif untuk mempromosikan jualan 50 pakej pelancongan berteraskan segmen pelancongan minat khas pada tawaran harga istimewa di laman sesawang malaysia.travel .

Penawaran pakej ini mendapat kerjasama sepenuhnya daripada 21 agensi pelancongan berdaftar dan empat pengusaha produk pelancongan seperti spa dan inap desa di seluruh Malaysia.

Menariknya, kesemua pakej segmen ini ditawarkan dengan tema angka 50 seperti diskaun 50 peratus, harga RM50, RM50.50 serta pelbagai penawaran lain.

Orang ramai boleh membuat tempahan pakej untuk aktiviti kembara, penerokaan gua, merentas hutan, berkayak, berbasikal, berkhemah, karavan, selam skuba, golf, agropelancongan, inap desa, pencerapan burung (birdwatching), white water rafting, waterfall abseiling, jet ski excursion, rock climbing, nature walk, night safari, river cruise dan animal sighting.

Selain itu, pakej yang ditawarkan turut merangkumi aktiviti jejak warisan, bergembira di taman tema, lawatan ke muzium serta rawatan spa. Tawaran pakej sah sehingga 10 Ogos 2023 untuk perjalanan bermula dari 20 Februari 2023 sehingga 31 Mac 2024.

Dato’ Hj. Zainuddin Abdul Wahab, Ketua Pengarah Tourism Malaysia berkata, penawaran pakej pelancongan minat khas ini adalah seiring dengan trend pelancongan terkini oleh para pelancong yang lebih cenderung memilih produk berasaskan pelancongan pengalaman.

“Secara keseluruhannya, tawaran promosi ini melibatkan 32 pakej kembara dan alam semula jadi, tujuh pakej di bawah gaya hidup, enam pakej budaya dan warisan serta lima pakej aktiviti marin dan sukan pelancongan,” katanya.

Pautan muat turun E-Brosur Pakej Pelancongan Minat Khas: https://bit.ly/40m4R1q

TAMAT


Title of the document

E-Brosur Pakej Pelancongan Minat Khas 50 Tahun


Tourism Malaysia

Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia atau Tourism Malaysia ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Malaysia. Tourism Malaysia giat memfokuskan kepada tugas khusus untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan. Sejak penubuhannya, Tourism Malaysia telah muncul sebagai pemain utama dalam industri pelancongan antarabangsa. Untuk maklumat lanjut, layari akaun media sosial Tourism Malaysia di Facebook, Instagram, Twitter, YouTube, dan TikTok.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Rubiah Tul'Adwiyah Haji Md Yusof
Timbalan Pengarah
Bahagian Pembangunan Pakej
intanrubi@tourism.gov.my
Tel: +603 8891 8537

Muadz Samat
Penolong Pengarah
Bahagian Komunikasi Korporat
muadz@tourism.gov.my
Tel: +603 8891 8755

Copyright © 2024 Malaysia Tourism Promotion Board (MTPB). All Rights Reserved. View Our Terms of Use