Sep 6, 2013
TOURISM MALAYSIA PERKENAL DUA PAKEJ PELANCONGAN TERBARU DI PAMERAN PELANCONGAN MATTA FAIR 2013
KUALA LUMPUR, 6 SEPT 2013: Tourism Malaysia telah memperkenalkan dua pakej pelancongan terbaru untuk menarik minat penggemar sukan MOTO GP dan sukarelawan pelancong (voluntourist) sempena penyertaannya di pameran pelancongan MATTA Fair 2013 di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC) dari 6-8 September.
Pakej yang dimaksudkan ialah pakej pelancongan MOTO GP 2013 dan pakej “Voluntourism” yang telah dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, YBhg Datuk Dr. Ong Hong Peng di Astaka Tourism Malaysia, Hall 3 di sini hari ini.
Pakej Pelancongan MOTO GP 2013 (“MOTO GP Tour Package 2013”)
Pembangunan pakej pelancongan MOTO GP 2013 ini merupakan hasil perkongsian pintar antara Tourism Malaysia dengan Sepang International Circuit (SIC) untuk meningkatkan minat para pelancong domestik dan antarabangsa terhadap sukan MOTO GP selain memberi peluang peniagaan kepada pengusaha pelancongan tempatan di bawah naungan SIC seperti Peterson Travel dan Ivy Holiday Sdn. Bhd. untuk menawarkan pakej-pakej MOTO GP kepada pasaran domestik dan juga antarabangsa.
Pakej pelancongan MOTO GP 2013 yang turut dijual oleh SIC ini menawarkan pakej 4 hari 3 malam berharga dari RM463 hingga RM1,163 seorang dan pakej 5 hari 4 malam bermula dari RM550 hingga RM1,483 seorang untuk menonton MOTO GP berserta lawatan di sekitar Kuala Lumpur. Kedua-dua pakej tersebut turut merangkumi penginapan, sarapan, tiket Main Grandstand berserta beg & topi serta makan dan minum untuk dua hari acara berlangsung.
Pakej “Voluntourism (Volunteer Tourism)
Sebanyak 20 pakej Voluntourism telah dibangunkan oleh tujuh agensi pelancongan tempatan yang menawarkan aktiviti-aktiviti sukarelawan seperti konservasi penyu, pemuliharaan Orang Utan, pembangunan komuniti, pertukaran budaya dan lain-lain lagi.
Selain itu, Tourism Malaysia juga telah mengeluarkan sebanyak 10 ribu keping risalah “voluntourism” untuk diedarkan kepada orang ramai dan 4 ribu keping lagi untuk para pengusaha pelancongan bagi tujuan promosi dan pemasaran.
Antara pakej-pakej pelancongan yang terdapat dalam risalah tersebut termasuklah:-
• 4 Hari/3 Malam “Sea Turtle Adoption Programme, Sarawak”
(Harga bermula dari RM1,200 seorang)
• 6 Hari/5 Malam - “Kiulu Valley Community Development Programme”
(Harga bermula dari RM1,800 seorang dan minimum 12 orang)
• 7 Hari/6 Malam – “Borneo Sun Bear Conservation Centre, Sepilok Environmental/Wildlife Conservation Centre Building Project”
(Harga bermula dari RM1,200 seorang dan minimum 10-15 orang)
• 28 Hari/27 Malam – “Borneo Native Programmes, Penampang, Sabah”
(Harga bermula dari RM2,980 seorang dan minimum 2 orang)
Latar Belakang “Voluntourism”
“Volunteer Tourism (Voluntourism)” bermaksud percutian yang disertai dengan penglibatan aktiviti-aktiviti sukarelawan.
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui “voluntourism” yang merupakan inisiatif ketujuh di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).
Antara objektifnya ialah untuk membangunkan kehidupan masyarakat luar bandar dengan menggunakan strategi lautan biru yang meliputi keseluruhan gabungan industri pelancongan dengan kegiatan sukarela.
Tourism Malaysia telah dipertanggungjawabkan untuk membangun dan mempromosikan pakej- pakej “Voluntourism”.
Untuk maklumat lanjut mengenai pakej-pakej tersebut, sila hubungi Puan Raja Teena Rosdin bt Raja Rosdin, Penolong Pengarah, Bahagian Pemasaran Domestik, Tourism Malaysia di 03-8891 8406 atau emel rajatena@tourism.gov.my.
Untuk mendapatkan siaran media, media info dan artikel berkaitan industri pelancongan di Malaysia, sila lawati Pusat Media di laman web Tourism Malaysia di http://www.tourismmalaysia.gov.my/.
LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA ATAU TOURISM MALAYSIA ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Tourism Malaysia bertanggungjawab untuk mempromosikan Malaysia di semua peringkat. Sejak penubuhannya, Tourism Malaysia telah membangun dengan pesatnya dan telah muncul sebagai pemain utama dalam dunia pelancongan antarabangsa. Pada 2012, Malaysia telah mencatatkan kedatangan seramai 25 juta orang pelancong asing dengan pendapatan pelancongan sebanyak RM60.6 bilion sekaligus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan ke-10 paling popular di dunia
Pada 2014, Malaysia akan menyambut Tahun Melawat Malaysia (TMM) buat kali keempat dengan tema “Celebrating 1Malaysia Truly Asia”. Kempen promosi TMM 2014 telahpun bermula pada tahun ini dan akan dipenuhi dengan pelbagai acara istimewa dan aktiviti-aktiviti menarik sepanjang tahun sehinggalah tibanya TMM 2014. Penganjuran kempen TMM 2014 dijangka akan dapat membantu kerajaan mencapai sasaran untuk menerima kedatangan pelancong seramai 36 juta orang dengan pendapatan sebanyak RM168 bilion menjelang 2020 seperti yang digariskan dalam Pelan Transformasi Pelancongan Malaysia 2020.
Hubungi:
Unit Perhubungan Media:
Encik Razaidi Abd Rahim, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Komunikasi dan Publisiti
Emel: razaidi@tourism.gov.my
Unit Editorial:
Puan Anis Rozalina Ramli, Senior Editor, Bahagian Komunikasi dan Publisiti
Emel: anisramli@tourism.gov.my

TAMAT