Aug 26, 2019

TOURISM MALAYSIA MEMANFAATKAN KEMUDAHAN MEDIA SOSIAL UNTUK PROMOSI VM2020


KUALA LUMPUR, 26 OGOS 2019: Seramai 25 pengguna media sosial dan individu mempengaruhi media sosial (Key Opinion Leaders) dari sembilan negara ASEAN akan mengambil bahagian dalam Program Malaysia-ASEAN Tourism Influencers Key Opinion Leaders (MAIKOL) dari 26 Ogos hingga 1 September 2019. Inisiatif ini adalah usaha Tourism Malaysia untuk mendekati pengguna media sosial yang berpengaruh di rantau ini sebagai langkah untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan melalui rangkaian peminat mereka, sekaligus merancakkan lagi kempen Visit Malaysia 2020.

Dianjurkan untuk kali pertama, program ini adalah gabungan aktiviti bersiar-siar, aktiviti “hands-on” dan penjelajahan sendiri oleh peserta untuk mengetengahkan produk-produk pelancongan Malaysia yang kurang dikenali. Sejajar dengan tema acara ini, “Unforgettable Experience in Malaysia,” pengalaman unik Malaysia, produk berkualiti dan yang mempunyai nilai tambah akan ditonjolkan untuk memberikan pelbagai idea dan aktiviti percutian yang menarik di Malaysia.

Ybrs. Encik Zulkifly Md Said, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia berkata, "Kami sangat gembira untuk melihat dan mengikuti pengembaraan dan pengalaman para peserta sepanjang program ini di platform media sosial mereka. Dari perkongsian dan penyiaran post media sosial mereka, kami menjangka dapat mencapai antara 2 juta dan 4 juta jangkauan pengikut hasil dari program MAIKOL ini."

Peserta akan diasingkan kepada beberapa kumpulan untuk meneroka kesemua 13 negeri di Malaysia. Mereka juga akan berpeluang untuk menyaksikan perayaan Hari Kemerdekaan Malaysia di Putrajaya pada 31 Ogos.

Sebanyak 30 hingga 40 post dijangka disiarkan oleh para peserta sepanjang program merangkumi artikel, siaran secara langsung, serta stories di Facebook, Instagram, YouTube, Twitter dan blog.

Beberapa tanda pagar (hashtag) akan digunakan sepanjang program seperti #MalaysiaTrulyAsia, #VM2020 dan #MAIKOL2019 untuk merancakkan lagi publisiti untuk program ini.

Kunci kejayaan program ini ialah perkongsian antara Tourism Malaysia dengan sektor swasta. AirAsia dan Sunway Group, masing-masing sebagai penaja penerbangan dan penaja lokasi untuk program ini, telah tampil untuk memberikan sokongan mereka.

Ketua Komersil Serantau AirAsia, Amanda Woo, berkata, "AirAsia sebagai syarikat penerbangan Asean berbesar hati untuk menyertai program ini. Dengan rangkaian penerbangan kami di 10 negara Asean dan di seluruh pelosok dunia, kini semua orang boleh melawat Malaysia. Rangkaian penerbangan domestik yang kukuh juga membolehkan pelawat membuat perjalanan dari satu negeri ke negeri lain dengan mudah. Sempena kempen Visit Malaysia 2020, kami berharap dapat terus bekerjasama dengan Tourism Malaysia dan pihak berkepentingan lain untuk memacu pertumbuhan pelancongan Malaysia dan menghubungkan Malaysia dengan dunia. "

Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls and Theme Parks, H.C. Chan berkata, "Kami dengan sukacitanya menyokong usaha Tourism Malaysia dalam mempromosikan Malaysia sempena kempen Visit Malaysia 2020. Kami berharap kempen ini akan meningkatkan jumlah ketibaan pelancong asing ke Malaysia, justeru merangsang industri pelancongan negara kita. Pada asasnya, ini juga akan memberi manfaat kepada pengusaha tarikan pelancongan di Malaysia seperti Sunway City Kuala Lumpur, yang merupakan taman tema pertama negara, Sunway Lagoon, salah satu pusat membeli-belah terbesar di Malaysia, Sunway Pyramid, Sunway Resort Hotel & Spa yang bertaraf 5 bintang dan banyak lagi."

Sementara itu, pihak berkepentingan pelancongan di peringkat negeri, pengusaha hotel dan pemilik produk pelancongan juga telah bekerjasama dengan Tourism Malaysia untuk menjayakan program ini. (Sila lihat lampiran untuk senarai penuh penaja).

TAMAT

Untuk mendapatkan siaran akhbar, media info dan artikel berkaitan industri pelancongan di Malaysia, sila lawati Pusat Media di laman web Tourism Malaysia di http://www.tourism.gov.my/

LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA ATAU TOURISM MALAYSIA ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. Tourism Malaysia menumpukan kepada tugas khusus iaitu mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan. Sejak penubuhannya, Tourism Malaysia telah muncul sebagai pemain utama dalam dunia pelancongan antarabangsa. Pada 2018, Malaysia telah mencatatkan kedatangan seramai 25.8 juta orang pelancong asing dan pendapatan pelancong berjumlah sebanyak RM84.1 bilion sekali gus meletakkan negara ini dalam kalangan destinasi pelancongan utama dunia.

Hubungi:

Unit Media

Encik Muadz Samat,
Penolong Pengarah,
Bahagian Komunikasi Korporat
Tel: +603-8891 8755
Emel: muadz@tourism.gov.my

About AirAsia

AirAsia, the world’s leading low-cost carrier, services an extensive network of over 150 destinations across Asia Pacific. Since starting operations in 2001, AirAsia has carried more than 500 million guests and grown its fleet from just two aircraft to over 200. The airline is proud to be a truly Asean (Association of Southeast Asian Nations) airline with established operations based in Malaysia, Indonesia, Thailand and the Philippines as well as India and Japan, servicing a network stretching across Asia, Australia, the Middle East and the US. AirAsia has been named the World’s Best Low-Cost Airline at the annual Skytrax World Airline Awards 11 times in a row from 2009 to 2019. AirAsia was also awarded World's Leading Low-Cost Airline for the sixth consecutive year at the 2018 World Travel Awards, where it also won the World's Leading Low-Cost Airline Cabin Crew award for a second straight year. Follow AirAsia on Facebook (AirAsia), Twitter (@AirAsia), Instagram (@airasia), YouTube (AirAsia), Weibo (@????) and WeChat (????).

About Sunway City Kuala Lumpur

Sunway City Kuala Lumpur is a premier lifestyle destination with a vast array of entertainment, leisure and lifestyle attractions seamlessly integrated across 800 acres offering all-inclusive convenience. It hosts events and festivities galore throughout the year, and in conjunction with the National Day, Sunway seeks to further promote unity among Malaysians with a common favourite factor, food. The campaign has started with the launch of Sunway's first Augmented Reality mobile game "Jom Makan ‘Em All" (available on Facebook Filter) and will end with an activation event at the Artbox Malaysia at Sunway City Kuala Lumpur on September 13, 2019.

Copyright © 2024 Malaysia Tourism Promotion Board (MTPB). All Rights Reserved. View Our Terms of Use