Jan 1, 2021

TOURISM MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN DISKAUN HEBAT CUTI-CUTI MALAYSIA “SANTAI DI ZOO”

PUTRAJAYA, 1 JANUARI 2021 Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) menerusi agensinya Tourism Malaysia pada hari ini melancarkan Kempen Stimulus Cuti-Cuti Malaysia “Santai di Zoo” bagi menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengunjungi zoo-zoo di Malaysia di bawah Pelan Pemulihan Pelancongan melalui Pakej Ransangan Ekonomi (PRE). Kempen ini merupakan program kerjasama dengan Zoo Negara, Zoo Melaka dan Zoo Taiping & Night Safari yang menawarkan potongan harga istimewa untuk tiket masuk. Bermula pada hari ini sehingga 31 Mac 2021, Program Stimulus Cuti-Cuti Malaysia “Santai di Zoo” ini merupakan inisiatif Kerajaan untuk merancakkan semula ekonomi negara melalui penglibatan penggiat-penggiat industri pelancongan.

Zoo Negara - #Chill @ Zoo Negara

Sebanyak 40% diskaun diberikan bagi harga tiket masuk dewasa dan kanak-kanak ke Zoo Negara. Lebih 16,000 tiket ditawarkan bermula 1 Januari 2021 dengan pembelian secara atas talian melalui platform e-dagang Shopee. Antara program lain yang ditawarkan oleh Zoo Negara termasuk Zoo Walk 2021, program sukarelawan zoo KeeperKu, pakej Cikgu Kancil untuk lawatan sekolah yang merangkumi 13 program pendidikan, program santai sambil bermalam di zoo iaitu Zoo Camp, program menguji minda dan mencari harta karun iaitu Zoo Hunt, Hari Bumi, Hari Kesedaran Orangutan, Karnival Hari Kanak-Kanak Sedunia, aktiviti memancing, pakej hari keluarga, pakej hari lahir dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut, layari www.zoonegaramalaysia.my atau laman media sosial rasmi Zoo Negara iaitu @zoonegara_malaysia (Instagram) dan @znegaramalaysia (Facebook).

Zoo Melaka – Jom-Jom Zoo Melaka

Diskaun 30% ditawarkan bagi tiket masuk dewasa dan kanak-kanak kepada lebih 20,000 pengunjung pertama yang melawat Zoo Melaka bermula 1 Januari 2021 dengan pembelian secara online di laman web Zoo Melaka www.zoomelaka.gov.my. Tarikan baru di sini termasuk Dinosaur Encounter & Animal Interaction dan Flying Monkey (zipline pertama di zoo). Zoo Melaka juga turut menawarkan pelbagai program berbentuk pendidikan seperti Zoolunteer, Zoo Troopers dan Zoomanji.

Zoo Taiping & Night Safari – Night Safari, Taiping Weekday Special

Lebih 30,000 pengunjung pertama yang melawat Night Safari, Taiping akan menikmati diskaun 30% bagi harga tiket masuk dewasa & kanak-kanak bermula 1 Januari 2021. Pembelian boleh dibuat melalui kaunter jualan tiket masuk di Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS) dan sah untuk penggunaan pada hari Isnin hingga Jumaat sahaja. Para pengunjung ke ZTNS juga berpeluang untuk membeli pakej-pakej lain yang ditawarkan seperti Pakej Edu-Fun & Learn 1 dan Pakej Khidmat Masyarakat Khas, Special Zoo Ranger Tours. Antar haiwan baharu yang boleh dilihat di Zoo Taiping termasuk Burung Merak Hijau, Nyala, Burung Punai Gading, Burung Punai Tanah, Egyptian Goose dan banyak lagi. ZTNS juga bakal mempamerkan haiwan-haiwan seperti Hyena, Eland, Impala, dan Yellow-Headed Water Monitor Lizard.

Tawaran Esklusif

Tawaran istimewa ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat ‘first come first serve basis’. Melalui kempen ini, jumlah keseluruhan tiket yang ditawarkan adalah lebih 70,000 tiket. Tourism Malaysia memanggil semua rakyat Malaysia untuk merebut peluang ini dan menggalakkan rakyat Malaysia meluangkan masa bersama keluarga dengan menikmati keunikan khazanah hidupan liar serta meneroka keindahan zoo-zoo di Malaysia. Kempen ini juga diharap akan dapat memupuk minat, kesedaran serta rasa kecintaan orang ramai kepada keindahan alam semula jadi di dalam negara.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang Tourism Malaysia www.malaysia.travel.

TAMAT

Untuk maklumat lanjut mengenai siaran media mahupun maklumat mengenai industri pelancongan Malaysia, boleh melayari laman sesawang Pusat Media Tourism Malaysia di http://www.tourism.gov.my/.

LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA atau TOURISM MALAYSIA ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Malaysia. Tourism Malaysia memfokuskan kepada tugas khusus untuk mempromosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan. Sejak penubuhannya, Tourism Malaysia telah muncul sebagai pemain utama dalam dunia pelanongan antarabangsa. Pada tahun 2019, Malaysia telah menerima 26.1 juta pelancong dan mencatatkan RM86.14 bilion perbelanjaan pelancong, sekaligus meletakkan Malaysia sebagai salah satu destinasi pelancongan terunggul di dunia.

Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Unit Media
Encik Muadz Samat
Penolong Pengarah, Bahagian Komunikasi Korporat
muadz@tourism.gov.my
Tel: +603-8891 8755

Jabatan Perhubungan Awam dan Pemasaran Zoo Negara
Talian hotline: 018-2331 200 atau 018-2133 200

Cik Sherine Aileen, Jabatan Zoo Melaka
Talian: 019-5788 783

Cik Azyani Aripin, Zoo Taiping & Night Safari
Talian: 05-8086 577

Copyright © 2024 Malaysia Tourism Promotion Board (MTPB). All Rights Reserved. View Our Terms of Use