Feb 16, 2023

TOURISM MALAYSIA JAYAKAN PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT & GASTRONOMI DI LANGKAWI


LANGKAWI, 15 Februari - Tourism Malaysia dengan kerjasama Koperasi Komuniti Kepulauan Tuba Dan Selat Berhad (KOPTUBAS) telah menganjurkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) menerusi aktiviti penanaman anak pokok bakau semalam.

Program yang turut dijayakan oleh penduduk tempatan itu antara lain bertujuan menyemarakkan semangat kesukarelawanan dalam kalangan komuniti setempat sekali gus menyantuni pemain industri pelancongan di Langkawi sewaktu pascapandemik bagi membantu mempromosikan kempen Cuti-Cuti Malaysia.

Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat Tourism Malaysia, Encik Zakaria Mohd Nani berkata, serentak dengan penganjuran program tersebut, pihaknya juga mengadakan demonstrasi masakan tradisional menerusi penampilan istimewa Duta Pelancongan, Seni dan Budaya bagi segmen gastronomi, Dato’ Chef Ismail Ahmad di Berjaya Langkawi Resort.

“Antara menu istimewa yang didemonstrasikan oleh Dato’ Chef Ismail pada kali ini ialah resepi tradisional iaitu ayam kalio Negeri Sembilan dan cucur bawang. Demontrasi masakan yang diketengahkan ini bertujuan menarik minat para pelancong serta memperkenalkan sajian istimewa ini khususnya kepada mereka yang menginap di resort mewah berkenaan,”katanya.

Berjaya Langkawi Resort dipilih kerana ia menjadi lokasi pilihan pelancongan antarabangsa yang berinspirasikan keunikan alam semula jadi serta telah merangkul beberapa anugerah bertaraf antarabangsa.

Selain itu, Tourism Malaysia dengan kerjasama Persatuan Pemandu Pelancong Langkawi juga telah menjayakan program seminar dan International Tourist Guide Day Eco Walk di Zero Km Kuah.


TAMAT

Tourism Malaysia

Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia atau Tourism Malaysia ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Malaysia. Tourism Malaysia giat memfokuskan kepada tugas khusus untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan. Sejak penubuhannya, Tourism Malaysia telah muncul sebagai pemain utama dalam industri pelancongan antarabangsa. Untuk maklumat lanjut, layari akaun media sosial Tourism Malaysia di Facebook, Instagram, Twitter, YouTube, and TikTok.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Nur Natasha Berhanuddin
Pegawai Pelancongan Kanan
Bahagian Komunikasi Korporat
nurnatasha@tourism.gov.my
Tel: +603 8891 8781

Muadz Samat
Penolong Pengarah
Bahagian Komunikasi Korporat
muadz@tourism.gov.my
Tel: +603 8891 8755

Related Photos

Copyright © 2025 Malaysia Tourism Promotion Board (MTPB). All Rights Reserved. View Our Terms of Use