May 7, 2014
PROMOSI VMY 2014 BERSAMA KL HOP-ON HOP-OFF (HOHO)
PUTRAJAYA, 6 MEI – Para pengunjung Pesta Air Langkawi 2014 yang akan berlangsung pada 9 dan 10 Mei di Pantai Chenang berpeluang untuk menaiki bas dua tingkat KL Hop-On Hop-Off (HOHO) yang dibawa khas buat julung kalinya oleh Tourism Malaysia dengan kerjasama Syarikat Elang Wah Sdn Bhd ke Langkawi sempena pesta air di pulau tersebut.
Kehadiran bas percuma KLHOHO ini diharapkan akan dapat menambahkan kemeriahan pesta air tersebut di samping memberi peluang kepada para pengunjung untuk melihat keindahan Pulau Langkawi dengan lebih jelas lagi menggunakan bas bertingkat itu.
Laluan terpilih bas KLHOHO di Pulau Langkawi akan menghubungkan pelbagai destinasi pelancongan melibatkan enam perhentian. Bas KLHOHO akan mengambil dan menurunkan penumpang di lokasi-lokasi berikut :
1. Bermula di Pusat Penerangan Pelancongan Langkawi (Pekan Rabu)
2. Pekan Kuah (Jalan Pandak Mayah 3)
3. Kompleks HIG (Haji Ismail Group)
4. Langkawi Parade
5. Dewan Pameran Antarabangsa Mahsuri
6. Laman Padi
Waktu operasi Bas HOHO adalah seperti berikut:
9 Mei 2014 (Jumaat) - 9.00 pagi hingga 8.00 malam
10 Mei 2014 (Sabtu) - 9.00 pagi hingga 8.00 malam
Pesta Air Malaysia Langkawi menawarkan pameran dan bazar jualan, “1Malaysia Green 1Malaysia Clean (Bersih Pantai), pertandingan futsal pantai, bola tampar pantai, pertandingan Homestay Masterchef, pertandingan karaoke, sukaneka pantai, konsert dan pelbagai aktiviti air dan pantai lain.
PROMOSI PESTA AIR LANGKAWI DAN TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2014
Sementara itu, Tourism Malaysia juga akan bekerjasama dengan KLHOHO bagi mempromosikan Pesta Air Langkawi mulai 6 hingga 7 Mei 2014 ini dalam satu jelajah promosi di lokasi-lokasi berikut:
1. Hentian RNR Tapah (arah utara)
2. Ipoh (Stesen Keretapi dan Terminal Bas Aman Jaya Meru)
3. Pulau Pinang (Padang Kota Lama)
4. Alor Setar
Jelajah promosi ini bukan sekadar mempromosikan Pesta Air Langkawi sahaja, malah ia turut mempromosikan acara-acara Tahun Melawat Malaysia 2014 di lokasi-lokasi berkenaan. Di setiap hentian, akan diadakan kuiz-kuiz pelancongan bagi memeriahkan program promosi ini. Wakil-wakil media tempatan turut diberi peluang merasai keunikan bas KLHOHO ini di setiap hentian.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai promosi bersama KLHOHO, sila hubungi:
En. Amirul, Tourism Malaysia - 0123057540
En. Ruzaini, Tourism Malaysia - 0132368832
En. Yunus, KL HOHO - 0192530119
Untuk mendapatkan siaran media, media info dan artikel berkaitan industri pelancongan di Malaysia, sila lawati Pusat Media di laman web Tourism Malaysia di http://www.tourismmalaysia.gov.my/.
LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA ATAU TOURISM MALAYSIA ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Tourism Malaysia bertanggungjawab untuk mempromosikan Malaysia di semua peringkat. Sejak penubuhannya, Tourism Malaysia telah membangun dengan pesatnya dan telah muncul sebagai pemain utama dalam dunia pelancongan antarabangsa. Pada 2013, Malaysia telah mencatatkan kedatangan seramai 25.7 juta orang pelancong asing dengan pendapatan pelancongan sebanyak RM65.4 bilion sekaligus menjadikan pelancongan sebagi penyumbang kedua terbesar negara menerusi tukaran mata wang asing dan penyumbang keenam terbesar kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK).
Pada 2014, Malaysia akan menyambut Tahun Melawat Malaysia (TMM) buat kali keempat dengan tema Celebrating 1Malaysia Truly Asia”. Kempen promosi TMM 2014 telahpun bermula pada tahun 2013 dan akan dipenuhi dengan pelbagai acara istimewa dan aktiviti-aktiviti menarik sepanjang tahun sehinggalah tibanya TMM 2014. Penganjuran kempen TMM 2014 dijangka akan dapat membantu kerajaan mencapai sasaran untuk menerima kedatangan pelancong seramai 36 juta orang dengan pendapatan sebanyak RM168 bilion menjelang 2020 seperti yang digariskan dalam Pelan Transformasi Pelancongan Malaysia 2020.
Hubungi:
Unit Perhubungan Media:
Encik Razaidi Abd Rahim, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Komunikasi dan Publisiti
Emel: razaidi@tourism.gov.my
Unit Editorial:
Puan Anis Rozalina Ramli, Senior Editor, Bahagian Komunikasi dan Publisiti
Emel: anisramli@tourism.gov.my

-TAMAT-