PROGRAM ‘MEMANCING LAUT DALAM TOURISM MALAYSIA BERSAMA MEDIA DAN PENGGIAT INDUSTRI PULAU PINANG 2016’
BALIK PULAU, 9 September 2016 –Tourism Malaysia Pulau Pinang buat julung-julung kalinya, akan membawa seramai 19 wakil media dan ejen pelancongan Pulau Pinang menyertai program memancing laut dalam selama 2 hari 1 malam di sekitar perairan Pulau Pinang bermula dari 9 hingga 10 September 2016.
Program ini bertujuan mempromosi Pulau Pinang sebagai salah satu destinasi terbaik untuk aktiviti memancing laut dalam. Sebagai sebuah produk pelancongan minat khas, aktiviti ini dijangka mampu menarik minat kaki pancing dari seluruh dunia.
Sebanyak dua buah bot yang dilengkapi dengan kemudahan penginapan, dapur dan tandas serta dikendalikan oleh pengemudi bot berpengalaman telah disediakan untuk para peserta. Mereka akan dibawa melawat ke lubuk-lubuk ikan dan tukun seperti di Teluk Bahang, Gertak Sanggul dan Batu Maung untuk merasai sendiri pengalaman memancing di sekitar perairan dan kepulauan kecil Pulau Pinang.
Terdapat sembilan lokasi kapal karam, dan tujuh kepulauan kecil di sekitar perairan Pulau Pinang termasuklah lubuk-lubuk memancing yang hanya diketahui oleh para nelayan tempatan dan pemancing tegar.
Program ini diharapkan akan dapat memberi pendedahan yang meluas kepada wakil-wakil media mengenai aktiviti memancing di pulau tersebut selain dapat mencetuskan idea baru dalam kalangan ejen pelancongan untuk membangunkan pakej-pakej memancing laut dalam yang lebih kreatif agar dapat memikat para peminat pancing antarabangsa.
Kadar penginapan hotel di Pulau Pinang pada tahun 2015 ialah seramai 6.35 juta orang dan seramai 3.47 juta orang daripada jumlah keseluruhan tersebut ialah pelancong domestik manakala seramai 2.88 juta orang lagi ialah pelancong antarabangsa.
noramanina@tourism.gov.my.
-TAMAT-
Untuk mendapatkan siaran media, media info dan artikel berkaitan industri pelancongan di Malaysia, sila lawati Pusat Media di laman web Tourism Malaysia di http://www.tourismmalaysia.gov.my/.
LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA ATAU TOURISM MALAYSIA ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Tourism Malaysia bertanggungjawab untuk mempromosikan Malaysia di semua peringkat. Sejak penubuhannya, Tourism Malaysia telah membangun dengan pesatnya dan telah muncul sebagai pemain utama dalam dunia pelancongan antarabangsa. Pada 2015, Malaysia telah mencatatkan kedatangan seramai 25.7 juta orang pelancong asing dengan pendapatan pelancong sebanyak RM69.1 bilion.
Melalui NKEA, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan telah mempertingkatkan kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan dan sektor swasta untuk memantapkan kedudukan negara sebagai destinasi pelancong antarabangsa yang terkemuka.
Sasaran yang telah ditetapkan di bawah NKEA Pelancongan akan tercapai melalui pelaksanaan 12 Projek Permulaan (EPPs) yang merangkumi lima tema: Kembara Mewah Mampu Milik; Kembara Alam Semula Jadi; Keseronokan Seisi Keluarga; Acara, Hiburan, Spa dan Sukan; dan Pelancongan Perniagaan.
Hubungi
Unit Media dan Publisiti
Shukri Hanafiah, Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Komunikasi Korporat
Tel: +603-8891 8767
Emel: shukrihanafiah@tourism.gov.my
Unit Editorial:
Puan Anis Rozalina Ramli, Senior Editor, Bahagian Komunikasi Korporat
Tel: +603-8891 8759
Emel: anisramli@tourism.gov.my