Mar 11, 2014
PERADUAN "GO MORE TO MALAYSIA & DRIVE A PROTON HOME" TAWAR PROTON PREVE KEPADA PELANCONG INDONESIA YANG BERTUAH
JAKARTA, 11 Mac 2014 – Para pelancong Indonesia yang membeli pakej percutian ke Malaysia berpeluang memenangi sebuah kereta Proton Preve! Sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014, Tourism Malaysia telah menganjurkan peraduan yang menawarkan sebuah kereta dan pelbagai hadiah lain untuk menarik lebih ramai pelancong Indonesia ke Malaysia.
Ketua Pengarah Tourism Malaysia Dato’ Mirza Mohammad Taiyab telah melancarkan peraduan “Go More to Malaysia & Drive a Proton Home” di Hotel Kempinski, Jakarta, Indonesia, hari ini.
“Penganjuran peraduan ini diharapkan dapat mendorong lebih ramai warga Indonesia untuk berkunjung ke Malaysia sempena sambutan Tahun Melawat Malaysia 2014,” kata Dato’ Mirza.
Beliau berkata bahawa peraduan tersebut juga akan dapat membantu agen-agen pelancongan di negara ini menarik lebih ramai pelanggan untuk membeli pakej-pakej pelancongan ke Malaysia selain meningkatkan kesedaran warga Indonesia terhadap TMM 2014.
“Melalui peraduan ini, warga Indonesia berpeluang untuk memenangi hadiah utama iaitu sebuah kereta Proton Preve yang merupakan julung-julung kalinya diberikan oleh sebuah badan pelancongan,” sambung beliau lagi.
Dalam ucapannya, Dato’ Mirza turut merakamkan penghargaan kepada para penggiat industri pelancongan dan media Indonesia atas kerjasama dan sokongan padu yang diberikan oleh mereka dalam usaha mempromosikan Malaysia di Indonesia.
Peraduan “Go More to Malaysia & Drive a Proton Home” ini terbuka kepada semua warga Indonesia yang berkunjung ke Malaysia sempena TMM 2014 bermula dari 1 Januari hingga 31 Disember 2014.
Selain hadiah utama iaitu sebuah kereta Proton Preve, sepuluh buah basikal United Bike, lima buah telefon pintar Galaxy Note 3, 40 tiket penerbangan Malaysia Airlines (MAS) serta 59 baucer hotel-hotel di Malaysia turut ditawarkan kepada para pemenang peraduan.
Tourism Malaysia turut menyediakan lima pakej percutian ke Malaysia sebagai insentif kepada agen-agen pelancongan Indonesia untuk meningkatkan penjualan pakej pelancongan ke Malaysia.
Bagi menjayakan peraduan ini, Tourism Malaysia telah menjalinkan perkongsian strategik dengan penaja-penaja yang terdiri daripada PT Proton Edar Indonesia, Malaysia Airlines, United Bike, Indonesia (PT Terang dunis Internusa) dan 15 hotel dari Malaysia.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai peraduan ini, sila layari laman facebook Tourism Malaysia Jakarta di www.facebook.com/malaysiatourismpromotionboardjakarta.
Malaysia telah merekodkan kedatangan seramai 2.54 juta (2,548,021) pelancong Indonesia pada 2013, menyaksikan peningkatan sebanyak 6.9 peratus berbanding 2.38 juta (2,382,606) pelancong pada tahun 2012.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Encik Nor Aznan Sulaiman, Pengarah, Pejabat Tourism Malaysia Jakarta, di (021) 522 0765 atau emel noraznan@tourism.gov.my.
Untuk mendapatkan siaran media, media info dan artikel berkaitan industri pelancongan di Malaysia, sila lawati Pusat Media di laman web Tourism Malaysia di http://www.tourismmalaysia.gov.my/.
LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA ATAU TOURISM MALAYSIA ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Tourism Malaysia bertanggungjawab untuk mempromosikan Malaysia di semua peringkat. Sejak penubuhannya, Tourism Malaysia telah membangun dengan pesatnya dan telah muncul sebagai pemain utama dalam dunia pelancongan antarabangsa. Pada 2012, Malaysia telah mencatatkan kedatangan seramai 25 juta orang pelancong asing dengan pendapatan pelancongan sebanyak RM60.6 bilion sekaligus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan ke-10 paling popular di dunia
Pada 2014, Malaysia akan menyambut Tahun Melawat Malaysia (TMM) buat kali keempat dengan tema Celebrating 1Malaysia Truly Asia”. Kempen promosi TMM 2014 telahpun bermula pada tahun ini dan akan dipenuhi dengan pelbagai acara istimewa dan aktiviti-aktiviti menarik sepanjang tahun sehinggalah tibanya TMM 2014. Penganjuran kempen TMM 2014 dijangka akan dapat membantu kerajaan mencapai sasaran untuk menerima kedatangan pelancong seramai 36 juta orang dengan pendapatan sebanyak RM168 bilion menjelang 2020 seperti yang digariskan dalam Pelan Transformasi Pelancongan Malaysia 2020.
Hubungi:
Unit Perhubungan Media:
Encik Razaidi Abd Rahim, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Komunikasi dan Publisiti
Emel: razaidi@tourism.gov.my
Unit Editorial:
Puan Anis Rozalina Ramli, Senior Editor, Bahagian Komunikasi dan Publisiti
Emel: anisramli@tourism.gov.my

-TAMAT-