May 16, 2011

PENUTUPAN JALAN SEMPENA CITRAWARNA 1MALAYSIA 2011

KUALA LUMPUR, 16 Mei 2011 - Bersempena dengan acara Citrawarna 1Malaysia 2011, beberapa jalan yang terbabit dengan perarakan sekitar Dataran Merdeka akan ditutup kepada lalulintas secara berperingkat bermula dari 18 Mei hingga 21 Mei 2011.

Jalan-jalan berkenaan adalah Jalan Raja, Jalan Raja Laut, Jalan Isfahan, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Tun Perak dan Jalan Parlimen. Butiran lanjut penutupan jalan-jalan ini adalah seperti berikut :


TARIKH          MASA              PERKARA          TUJUAN

18/5/11       8.00 mlm -    malam Penutupan jalan  Sesi latihan
19/5/11     12.00 tengah      secara berperingkat      (dry run)  
                    mlm               berperingkat sekitar
                                         Dataran Merdeka                       

20/5/11        8.00 mlm -   Penutupan jalan secara           Raptai Penuh
                12.00 tengah   berperingkat sekitar  
21/5/11         mlm            kawasan perarakan iaitu :-    Majlis Pelancaran
                                    Jalan Raja (Dataran Merdeka,       Citrawarna
                                    Jalan Raja Laut, Jalan Isfahan,     1 Malaysia   
                          belakang Bangunan Sultan Abdul Samad,
                                    Jalan Tuanku Abdul Rahman, 
                                Jalan Tun Perak dan Jalan Parlimen

Orang ramai yang berhasrat untuk hadir menyaksikan acara ini adalah digalak menggunakan pengangkutan awam seperti Keretapi Aliran Ringan (LRT), komuter dan bas RapidKL yang akan melanjutkan perkhidmatan mereka sehingga jam 1.00 pagi pada 21 Mei 2011.

Citrawarna 2011 adalah acara tahunan anjuran Kementerian Pelancongan yang bertujuan untuk memperkenal dan mempromosi produk pelancongan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang terkenal dengan menonjolkan aspek kesenian dan kebudayaan masyarakat majmuk Malaysia ke arah konsep 1Malaysia seiring dengan tema pelancongan "Malaysia Truly Asia".

Berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya, acara pada tahun ini dipersembah berdasarkan 6 segmen produk-produk pelancongan serta acara-acara anjuran Kementerian Pelancongan iaitu :

i. Taman-taman Awam
ii. Pelancongan Sukan
iii. Seni Kontemporari
iv. Makanan, Buah-buahan dan Beli Belah
v. Eko-pelancongan
vi. 1Malaysia Green 1Malaysia Clean

Manakala sebanyak 5 kumpulan yang mewakili masyarakat tempatan akan menyertai perarakan dengan persembahan seperti berikut :

Masyarakat            Persembahan
Melayu                      Samrah
Orang Kita                 Sewang
Cina                   Tarian Singa dan Tanglung
India                         Patung
Siam                        Ram Vong

Acara akan bermula seawal jam 5.00 petang pada 21 mei 2011 dan dianggarkan hampir 5,000 orang peserta akan mengambil Bahagian dalam perarakan pada kali ini.

Perarakan persembahan akan diadakan sepanjang 1.5 kilometer yang bermula dari Jalan Raja, menuju ke Jalan Raja Laut, terus ke Jalan Isfahan, kemudian ke Jalan Tuanku Abdul Rahman dan akhir sekali masuk semula ke Jalan Raja di Dataran Merdeka.

Pelancaran rasmi akan disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga dijangka hadir pada malam tersebut.

Antara artis-artis yang terlibat dalam persembahan pada malam acara ini ialah Azmir, Marsha Londoh, Adeeb, Zizie, Naseer Wahab, Jazlyn, Nani, Magin (artis India), Shohbna Naor (artis India) serta Rapper (artis Cina).

Citrawarna 1Malaysia 2011 akan diakhiri dengan Persembahan Joget 1Malaysia oleh semua peserta-peserta yang terlibat dalam persembahan dan perarakan ini serta orang ramai yang datang menyaksikan acara ini.

Sebanyak 45 buah gerai turut disediakan untuk pengunjung dan gerai-gerai ini menawarkan pakej-pakej pelancongan ke destinasi domestik serta pelbagai produk pelancongan seperti homestay, produk tempatan daripada FAMA serta makanan dan minuman tempatan.

-oooOooo-

MAKLUMAT TAMBAHAN

1) PUSAT MEDIA (MEDIA CENTRE)
Lokasi : di belakang tempat duduk utama (royal box) di Dataran
Merdeka

Waktu operasi: 20 Mei 2011: 6.00 petang hingga 10.00 malam
21 Mei 2011 : 2.00 petang hingga acara tamat

2) PAS MEDIA

2.1 Borang pendaftaran media boleh dimuat turun daripada laman web Kementerian Pelancongan Malaysia : www.motour.gov.my,

2.2 Wakil-wakil media perlulah menyertakan cop rasmi media yang diwakilinya di ruangan yang disediakan. Ketiadaan cop rasmi ini boleh menyebabkan wakil tersebut tidak diberi kebenaran untuk membuat liputan acara ini.

2.3 Borang pendaftaran media ini perlulah dihantar sebelum jam 4.00 petang 18 Mei 2011 (Rabu) melalui faks di nombor 03.4043.0581.

2.4 Tag-tag media boleh diambil oleh wakil media yang telah disahkan di :

• Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pelancongan Malaysia, Tingkat 20, Putra Place, The Mall, Kuala Lumpur
• Pusat Media Citrawarna 1Malaysia 2011, Dataran Merdeka

__________________________________________________________________
Disediakan oleh Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pelancongan Malaysia
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi T: +603 - 4043 0462 atau emel: info@motour.gov.my

Copyright © 2025 Malaysia Tourism Promotion Board (MTPB). All Rights Reserved. View Our Terms of Use