Sep 12, 2017

PENCALONAN UNTUK ANUGERAH PELANCONGAN MALAYSIA 2016/2017 KINI DIBUKA

PUTRAJAYA, 7 September 2017 Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz telah mengumumkan mengenai pencalonan Anugerah Pelancongan Malaysia 2016/2017 di pejabatnya, di sini, hari ini.

Dato’ Seri Mohamed Nazri berkata, “Sokongan dan komitmen yang diberikan oleh para penggiat industri di Malaysia dan rakan-rakan kongsi kami di luar negara telah memainkan peranan penting dalam meningkatkan profil pelancongan Malaysia. Anugerah Pelancongan Malaysia 2016/2017 ini merupakan tanda penghargaan kami kepada mereka.”

“Saya mengambil kesempatan ini untuk mempelawa semua orang untuk menghantar pencalonan bagi individu dan organisasi yang layak menerimanya mengikut kategori masing-masing. Saya berharap agar anugerah ini akan menerima sambutan yang baik daripada masyarakat umum kerana ia merupakan satu tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada mereka yang telah bekerja keras untuk mendukung standard pelancongan di dalam negara ini,” sambung beliau.

Dianjurkan setiap dua tahun sekali, Anugerah Pelancongan Malaysia yang berprestij ini merupakan edisi yang ke-20.

Anugerah ini merupakan penghargaan dan pengiktirafan yang diberikan kepada para penggiat industri pelancongan tempatan dan antarabangsa atas kecemerlangan mereka dalam membangunkan produk dan perkhidmatan yang inovatif. Ia juga bertindak sebagai insentif bagi para peserta untuk berusaha dengan lebih keras lagi untuk mencapai tahap profesional dan kualiti yang tertinggi dalam pembangunan produk dan perkhidmatan.

Ahli-ahli perdagangan pelancongan Malaysia dan antarabangsa serta media dipelawa untuk menghantar pencalonan bagi mana-mana 14 kategori seperti yang tersenarai di bawah:

1) Pengusaha Pelancongan Tempatan Terbaik

  • Pengusaha Pelancongan ke Dalam Negeri
  • Pengusaha Pelancongan Domestik

2) Pengusaha Pelancongan Antarabangsa Terbaik

  • Pasaran Asia Tenggara
  • Pasaran Asia Selatan dan Asia Barat
  • Pasaran Asia Timur dan Asia Utara
  • Pasaran Amerika, Eropah dan Oceania
  • Pasaran Asia Timur dan Asia Barat
  • Pasaran Amerika, Eropah dan Oceania

3) Rencana Pelancongan Terbaik

a) Penerbitan Bercetak

  • Penerbitan Tempatan
  • Penerbitan Antarabangsa

b) Dalam Talian

  • Tempatan
  • Antarabangsa

4) Dokumentari Pelancongan dan Iklan Televisyen Terbaik Mengenai Malaysia

  • Dokumentari
  • Iklan TV

5) Tarikan Pelancongan Terbaik

  • Tarikan Semulajadi/Eko Pelancongan/Agro Pelancongan
  • Tarikan Buatan Manusia - Taman Tema
  • Tarikan Buatan Manusia - Tarikan Seni & Budaya

6) Pakej Pelancongan Paling Berinovatif

  • Unik (Di Luar Kebiasaan)
  • Minat Khas

7) Perkhidmatan Hotel Terbaik

  • 5 bintang (Bandar)
  • 5 bintang (Tempat Peranginan)
  • 4 bintang (Bandar)
  • 4 bintang (Tempat Peranginan)
  • 3 bintang (Bandar)
  • 3 Bintang (Tempat Peranginan)
  • NBOS Penginapan Lestari Hijau
  • Hotel Butik

8) Pemandu Pelancong Terbaik

  • Pemandu Pelancong Bandar
  • Pemandu Pelancong Alam Semula Jadi

9) Pusat Beli-belah Terbaik

  • Pusat Beli-Belah Integrasi
  • Pusat Beli-Belah Persendirian

10) Inap Desa Terbaik

11) Spa Terbaik

  • Spa Terbaik (Hotel/Resort)
  • Spa Terbaik (Premis Individu)

12) Restoran Berinovasi

  • Restoran Melayu
  • Restoran Cina
  • Restoran India
  • Restoran Etnik
  • Restoran Antarabangsa

13) Pusat Hiburan Terbaik

14) Syarikat Penerbangan Terbaik

  • Domestik
  • Antarabangsa
  • Sewa Khas

Sebanyak dua kategori baru telah diperkenalkan untuk edisi ke-20 Anugerah Pelancongan Malaysia ini iaitu “Pusat Hiburan Terbaik” dan “Syarikat Penerbangan Terbaik.” Anugerah-anugerah ini ialah sebagai pengiktirafan kepada usaha sektor swasta atas pencapaian objektif bagi NKEA Pelancongan untuk mewujudkan “Zon Hiburan Khas” dan mempertingkatkan kesalinghubungan bagi pasaran-pasaran jarak sederhana demi memanfaatkan pasaran yang menghasilkan pendapatan yang tinggi.

Kategori “Dokumentari Pelancongan Terbaik Mengenai Malaysia” telah diberi nafas baharu dan kini dinamakan sebagai “Dokumentari Pelancongan dan Iklan Televisyen Terbaik Mengenai Malaysia”, manakala “Rencana Pelancongan Terbaik” akan menumpukan kepada rencana-rencana mengenai Malaysia yang dihasilkan oleh penulis tempatan dan antarabangsa di dalam media cetak dan juga dalam talian.

Borang rasmi Anugerah Pelancongan Malaysia boleh didapati dari pejabat-pejabat Tourism Malaysia dan 17 Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) di seluruh negara. Borang tersebut juga boleh dimuat turun dari laman web rasmi kami di www.tourism.gov.my and www.motac.gov.my.

Pencalonan boleh dibuat berdasarkan pencalonan untuk diri sendiri, dicalonkan oleh para penggiat industri pelancongan, atau orang awam. Borang pencalonan hendaklah disertakan dengan profil individu/syarikat/agensi serta dokumen-dokumen yang boleh menyokong penyertaan.

Semua penyertaan hendaklah dihantar kepada:

Jawatankuasa Penghakiman,
Sekretariat Anugerah Pelancongan Malaysia 2016/2017,
Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia,
Tingkat 4, No. 2, Menara 1,
Jalan P5/6,
Presint 5, 62200 Putrajaya, Malaysia.

Borang penyertaan yang telah lengkap dan sebarang pertanyaan boleh diemelkan kepada apm2017@tourism.gov.my.

Majlis anugerah ini dijangka akan diadakan pada sekitar bulan Januari 2018 di Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Sekretariat Anugerah Pelancongan Malaysia 2014/2015
Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia
Tingkat 4, No. 2, Menara 1
Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya
Malaysia
Emel: apm2017@tourism.gov.my

Hubungi:

Jawatankuasa Penghakiman
Pn. Rahayu Ahmad (rahayu@tourism.gov.my)

Sekretariat Induk
Pn. Amirah Nadiah Mazlan (amirahnadiah@tourism.gov.my)
+603-8891 8421

TAMAT

Untuk mendapatkan siaran media, media info dan artikel berkaitan industri pelancongan di Malaysia, sila lawati Pusat Media di laman web Tourism Malaysia di http://www.tourism.gov.my

LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA ATAU TOURISM MALAYSIA ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Tourism Malaysia menumpukan kepada tugas khusus iaitu mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan. Sejak penubuhannya, Tourism Malaysia telah muncul sebagai pemain utama dalam dunia pelancongan antarabangsa. Pada 2016, Malaysia telah mencatatkan kedatangan seramai 26.8 juta orang pelancong asing dengan pendapatan pelancong sebanyak RM82.1 bilion.

Hubungi:

Unit Perhubungan Media:

Edzuar Zar Ayob Azari, Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Komunikasi Korporat

Tel: +603-8891 8767

Emel: edzuar@tourism.gov.my

Unit Editorial:

Anis Rozalina Ramli (Ms), Editor Kanan, Bahagian Komunikasi Korporat

Tel: +603-8891 8759

Emel: anisramli@tourism.gov.my

Related Photos

Copyright © 2024 Malaysia Tourism Promotion Board (MTPB). All Rights Reserved. View Our Terms of Use