Dec 4, 2020

PENANGGUHAN KEMPEN KHAS MY30 BERSAMA PRASARANA

Kempen khas My30 hasil usaha sama antara Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) dan Prasarana yang dijadualkan bermula pada 7 Disember 2020, telah ditunda ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian setelah mengambil kira situasi semasa penularan wabak Covid-19 di sekitar Lembah Klang.

Kerjasama di bawah pelan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) 1.0 ini bertujuan untuk menyemarakkan pelancongan domestik dengan menggunakan pengangkutan awam melalui rangkaian tren dan bas RapidKL. Nantikan tawaran-tawaran menarik dan berita lanjut berkenaan kempen khas My30 ini dalam masa terdekat.

TAMAT

Untuk maklumat lanjut mengenai siaran media mahupun maklumat mengenai industri pelancongan Malaysia, boleh melayari laman sesawang Pusat Media Tourism Malaysia di http://www.tourism.gov.my/

LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA atau TOURISM MALAYSIA ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Malaysia. Tourism Malaysia memfokuskan kepada tugas khusus untuk mempromosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan. Sejak penubuhannya, Tourism Malaysia telah muncul sebagai pemain utama dalam dunia pelancongan antarabangsa. Pada tahun 2019, Malaysia menerima 26.1 juta pelancong dan mencatatkan RM86.14 bilion perbelanjaan pelancong, sekaligus meletakkan Malaysia sebagai salah satu destinasi pelancongan terunggul di dunia.

Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Unit Media

En. Muadz Samat,
Penolong Pengarah, Bahagian Komunikasi Korporat
Emel: muadz@tourism.gov.my Tel: +603 8891 8755

Copyright © 2024 Malaysia Tourism Promotion Board (MTPB). All Rights Reserved. View Our Terms of Use