Aug 23, 2019

PELANCONGAN JANA RM41.69 BILION KEPADA EKONOMI MALAYSIA DENGAN 13.35 JUTA PELANCONG BAGI SETENGAH TAHUN PERTAMA 2019


PUTRAJAYA, 23 OGOS 2019: Malaysia menerima 13.35 juta pelancong antarabangsa dan merekodkan pertumbuhan sebanyak 6.8% dalam pendapatan pelancongan yang memberi pulangan sebanyak RM41.69 bilion kepada negara, sepanjang enam bulan pertama tahun ini.

Prestasi pelancongan juga menyaksikan pertumbuhan dari segi perbelanjaan per kapita yang meningkat sebanyak 1.9% kepada RM3,121.6, manakala Purata Tempoh Tinggal (ALOS) pula meningkat sebanyak 0.4 malam kepada 6.2 malam.

Tahun


Jan - Jun 2018
Jan - Jun 2019
Prestasi
Ketibaan Pelancong12,730,36813,354,575+4.9%
Pendapatan PelanconganRM39.0 bilionRM41.69 bilion+6.8%
Perbelanjaan Per KapitaRM3,064.7RM3,121.6+1.9%
ALOS5.8 malam6.2 malam+0.4 malam


Sepuluh negara utama yang menjana ketibaan pelancong untuk setengah tahun pertama 2019 ialah Singapura (5,381,566), Indonesia (1,857,864), China (1,558,782), Thailand (990,565), Brunei (627,112), India (354,486), Korea Selatan (323,952), Filipina (210,974), Vietnam (200,314) dan Jepun (196,561).

Negara ASEAN masih mendominasi agihan pelancong antarabangsa dengan 70%, manakala bagi pasaran jarak sederhana dan jarak jauh pula masing-masing menyumbang sebanyak 20.8% dan 9.2%.

Secara keseluruhannya, prestasi ketiga-tiga pasaran jarak dekat (+4.7%), sederhana (+7.1%) dan jauh (+1.8%) menunjukkan pertumbuhan positif berbanding tempoh yang sama pada tahun 2018.

Lima negara teratas yang menjadi penyumbang terbesar kepada pendapatan pelancongan ialah Singapura (RM11.56 bilion), China (RM7.09 bilion), Indonesia (RM5.71 bilion), Thailand (RM1.70 bilion) dan Brunei (RM1.52 bilion).

Lima negara teratas dengan perbelanjaan per kapita tertinggi ialah Arab Saudi (RM11,376.9), United Kingdom (RM5,241.5), Kanada (RM4,593.1), China (RM4,546) dan Amerika Syarikat (RM4,537.9).

Lima negara teratas dengan purata tempoh tinggal tertinggi ialah Arab Saudi (10.5 malam), Perancis (8.7 malam), Jerman (8.3 malam), Belanda (8.1 malam) dan Kanada (7.7 malam).

TAMAT

Untuk mendapatkan siaran akhbar, media info dan artikel berkaitan industri pelancongan di Malaysia, sila lawati Pusat Media di laman web Tourism Malaysia di http://www.tourism.gov.my/

LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA ATAU TOURISM MALAYSIA ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. Tourism Malaysia menumpukan kepada tugas khusus iaitu mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan. Sejak penubuhannya, Tourism Malaysia telah muncul sebagai pemain utama dalam dunia pelancongan antarabangsa. Pada 2018, Malaysia telah mencatatkan kedatangan seramai 25.8 juta orang pelancong asing dan pendapatan pelancong berjumlah sebanyak RM84.1 bilion sekali gus meletakkan negara ini dalam kalangan destinasi pelancongan utama dunia.

Info Statistik:

En. Abdul Haris Hadi
Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Perancangan Strategik
abdulharis@tourism.gov.my
Tel: +603 8891 8165

Pn. Nuwal Fadhilah Ku Azmi
Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perancangan Strategik
nuwal@tourism.gov.my
Tel: +603 8891 8159

Info Media:

En. Muadz Samat
Penolong Pengarah, Bahagian Komunikasi Korporat
muadz@tourism.gov.my
Tel: +603 8891 8755

Related Photos

Copyright © 2024 Malaysia Tourism Promotion Board (MTPB). All Rights Reserved. View Our Terms of Use