Oct 10, 2016

TOURISM MALAYSIA BAWA SELEBRITI & MEDIA ASEAN SERTAI EDISI KE-4 ASEAN CELEBRITY EXPLORE QUEST MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 6 Oktober 2016 – Seramai 84 selebriti dan media dari 10 negara ASEAN akan menyertai edisi keempat ASEAN Celebrity Explore Quest Malaysia, yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia. Dengan tema “ASEAN in My Heart”, acara ini merupakan gabungan pelbagai aktiviti seperti explorasi, pertandingan foto dan instagram, sukaneka, lawatan suai kenal produk dan persembahan kumpulan.

Satu sidang akhbar telah diadakan pada hari ini di Hotel Shangri-La oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang turut meraikan para peserta program tersebut dalam satu majlis makan malam.

Program Explore Quest ini akan bermula esok di Taman Tema Sunway Lagoonselepas majlis pelepasan rasmi peserta program oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengiklanan & Digital) Tourism Malaysia Dato’ Sri Abdul Khani Daud pada pukul 9.30 pagi. Ia dijadualkan berakhir di Kota Kinabalu, Sabah pada 13 Oktober.

Pelbagai aktiviti dan cabaran yang melibatkan budaya, masyarakat setempat, alam semula jadi dan makanan tempatan, menanti para peserta yang pada tahun ini akan dibawa menjelajah Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Sabah. Ia adalah cara yang menyeronokkan untuk memperkenal dan mempromosikan destinasi-destinasi dan produk-produk pelancongan negara iaitu melalui selebriti dan media yang mempunyai ramai pengikut di negara asal masing-masing yang sentiasa mengikuti perkembangan mereka.

Para peserta akan didedahkan kepada beberapa produk pelancongan terbaik dalam negara bagi membolehkan mereka membantu mempromosi dan menjual Malaysia dengan lebih baik. Wakil-wakil media boleh menghasilkan artikel yang menyalurkan maklumat berharga kepada para pembaca mereka manakala para selebriti pula boleh berkongsi pengalaman dan foto yang mereka ambil melalui media sosial untuk menarik minat para pengikut dan peminat mereka untuk berkunjung ke Malaysia. Selain daripada merangsang promosi mengenai destinasi-destinasi pelancongan negara, penyertaan para selebriti dan media dari negara ASEAN dalam program ini akan dapat membantu meningkatkan kesedaran mengenai kempen pelancongan ‘Visit ASEAN@50’.

ASEAN Celebrity Explore Quest pada tahun ini ialah pelakon, pengacara, dan model Juliana Evans dan penyanyi Kaka Azraff (Malaysia); pelakon Nina Iskandar (Brunei); pelakon Kris Bernal (Filipina); penyanyi Erlina Maulood (Singapura); pelakon dan juga pemenang anugerah Rising Star Actress Award 2014 Frung (Thailand); Miss Vietnam 2008 dan model Thùy DungMiss Myanmar International 2015 Emerald Nyein (Myanmar); penyanyi dan pelakon Yonggi Miladian (Indonesia); dan pelakon, penyanyi dan model Nakhon (Cambodia).

ASEAN Celebrity Explore Quest Malaysia 2016 manakala Gaya Travel merupakan rakan medianya. Acara ini juga disokong oleh Lembaga Pelancongan Sabah, Sunway Lagoon, Shangri-La Hotel Kuala Lumpur, D’Saji Titiwangsa dan Sutera Harbour Resort Sabah.

Pasaran ASEAN kekal sebagai penyumbang terbesar ketibaan pelancong ke Malaysia. Pada tahun 2015, pasaran ini telah menyumbang seramai 19.1 juta pelancong dengan pendapatan pelancong sebanyak RM44 bilion yang telah membentuk sebanyak 74% syer daripada jumlah keseluruhan 25.7 juta ketibaan pelancong dan 63.7% syer daripada jumlah keseluruhan pendapatan pelancong sebanyak RM69 bilion. Bagi tempoh Januari hingga Jun 2016, ketibaan pelancong dari pasaran ASEAN telah mencatatkan peningkatan sebanyak 5% berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.

Untuk maklumat lanjut mengenai ASEAN Celebrity Explore Quest Malaysia 2016, sila hubungi:
Mohd Izal Mohd Nor (En.)
Timbalan Pengarah Promosi Antarabangsa (Asia Tenggara), Tourism Malaysia
Tel: 603-8891 8252
Emel:
mohdizal@tourism.gov.my.

-TAMAT-

Untuk mendapatkan siaran media, media info dan artikel berkaitan industri pelancongan di Malaysia, sila lawati Pusat Media di laman web Tourism Malaysia di http://www.tourismmalaysia.gov.my/.

LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA ATAU TOURISM MALAYSIA ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Tourism Malaysia bertanggungjawab untuk mempromosikan Malaysia di semua peringkat. Sejak penubuhannya, Tourism Malaysia telah membangun dengan pesatnya dan telah muncul sebagai pemain utama dalam dunia pelancongan antarabangsa. Pada 2015, Malaysia telah mencatatkan kedatangan seramai 25.7 juta orang pelancong asing dengan pendapatan pelancong sebanyak RM69.1 bilion.

Melalui NKEA, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan telah mempertingkatkan kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan dan sektor swasta untuk memantapkan kedudukan negara sebagai destinasi pelancong antarabangsa yang terkemuka.

Sasaran yang telah ditetapkan di bawah NKEA Pelancongan akan tercapai melalui pelaksanaan 12 Projek Permulaan (EPPs) yang merangkumi lima tema: Kembara Mewah Mampu Milik; Kembara Alam Semula Jadi; Keseronokan Seisi Keluarga; Acara, Hiburan, Spa dan Sukan; dan Pelancongan Perniagaan.

Hubungi

Unit Perhubungan Media:

Mohd Libra Lee Haniff, Timbalan Pengarah, Bahagian Komunikasi Korporat
Tel: +603-8891 8752
Emel: mohdlibra@tourism.gov.my

Unit Editorial:

Puan Anis Rozalina Ramli, Senior Editor, Bahagian Komunikasi Korporat
Tel: +603-8891 8759
Emel: anisramli@tourism.gov.my

    
				

Copyright © 2024 Malaysia Tourism Promotion Board (MTPB). All Rights Reserved. View Our Terms of Use