Dec 3, 2015
MITA TOURISM FAIR 2016 #GODOMESTIC GALAK PERCUTIAN DALAM NEGARA
KUALA LUMPUR, 25 November 2015 -
MITA Tourism Fair 2016 adalah acara julung-julung kalinya diadakan
bermula dari 29 - 31 Januari 2016 yang akan menyaksikan penyertaan
besar-besaran daripada lebih 140 penggiat industri yang akan mempamerkan
keunikan Malaysia kepada 20,000 pengunjung yang dijangka melawat Pusat
Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Meliputi
ruang Dewan 6 sebesar 2,700 kaki persegi, KLCC akan membuka pintu
utamanya kepada orang awam secara percuma seawal 9 pagi sehingga 9 malam
setiap hari.
Dengan
pelancaran kempen #GoDomestic oleh MITA, pengunjung dari luar dan dalam
negara bukan sahaja dapat menikmati percutian hebat di
destinasi-destinasi tempatan kegemaran mereka malah dapat mengenali
negara ini dengan lebih dekat lagi melalui aktiviti-aktiviti yang
disediakan di sepanjang tahun 2016.
Pameran
MITA 2016 kali ini akan menjadi sebuah platform bagi 400 ahli-ahli MITA
untuk menjual tiket penerbangan dan pakej percutian tempatan pada harga
yang amat berpatutan di musim lengang (off-peak).
Selain
itu, mereka akan berpeluang memperkenalkan produk-produk yang baru
serta perkhidmatan yang ingin mereka ketengahkan. Pada masa yang sama,
ejen-ejen pelancongan yang turut terlibat akan dijanjikan insentif pada
kadar yang bersesuaian.
Sebelum
ini, sudah ada beberapa kempen pelancongan domestik seperti Kenali
Malaysia, Cuti-cuti Malaysia, Zoom Malaysia dan yang terkini “CC1M Dekat
Je!”. Semua kempen-kempen ini diperkenalkan dengan satu objektif iaitu
memastikan industri pelancongan tempatan negara terus berkembang pesat
bukan sahaja dengan kemasukkan pengunjung dari luar tetapi juga
menggalakkan penduduk tempatan untuk bercuti di negara sendiri.
"Dengan
sokongan berterusan dari rakan seindustri, pihak media serta orang
ramai, pada tahun 2014, Malaysia telah mencatatkan jumlah pelancong
domestik sebanyak 60.7 juta iaitu peningkatan sebanyak 11.6% berbanding
54.4 juta pada tahun 2013.Pada tahun ini kita mensasarkan peningkatan
sebanyak 5% iaitu 63.7 juta orang,” jelas Ketua Pengarah Tourism
Malaysia, Dato’ Mirza Mohammad Taiyab.
Ini
jelas membuktikan bahawa Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
Malaysia sentiasa mempelopori serta memperjuangkan pertumbuhan sektor
pelancongan dengan kejayaannya sebagai penjana pertukaran matawang asing
kedua terbesar dan komponen ekonomi keenam terbesar di Malaysia bagi
tahun 2013.
Demi
menyahut seruan serta memastikan matlamat Kementerian Pelancongan dan
Kebudayaan Malaysia tercapai, MITA terus menggembleng tenaga dalam
mewujudkan kesedaran dan menggalakkan kerjasama antara penggiat industri
supaya aktiviti pelancongan dalam negara sentiasa terpelihara dan
terangsang.
“Pihak
kami akan sentiasa bersama-sama membantu Kerajaan melakarkan pelan
pembangunan pelancongan negara dengan mewujudkan kerjasama serta
mengekalkan hubungan dengan pelbagai negara dan badan-badan pelancongan
antarabangsa," kata Timbalan Pengerusi MITA, Uzaidi Udanis.
"Destinasi
tempatan adalah satu produk negara yang mempunyai kisahnya yang unik
dan tersendiri. Ia perlu dikongsikan bersama dengan semua justeru
membawanya ke satu tahap yang boleh dibanggakan," tambah Uzaidi.
Pameran
MITA yang juga merupakan sebuah perhimpunan tahunan yang dihoskan oleh
para penggiat industri, wakil dari badan-badan pelancongan asing dan
ejen-ejen pelancongan, akan menjanjikan kemeriahan tiga hari yang
dipenuhi dengan aktiviti hiburan, sesi cabutan bertuah serta peluang
untuk memenangi bermacam-macam hadiah yang menarik.
(Nota: MITA atau Malaysia Inbound Tourism Association ditubuhkan pada tahun 2005 sebagai sebuah badan bukan berasaskan keuntungan. Dengan sokongan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, MITA berusaha untuk bersama-sama menjayakan kempen berasaskan pelancangon domestik yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia bagi tahun 2016. Untuk maklumat lanjut tentang MITA Tourism Fair, e-mel mitatourismfair@gmail.com atau telefon 015-4872 1320 serta layari laman web rasmi MITA iaitu www.mitalamalaysia.com. Untuk mendapatkan berita serta gambar terkini yang akan dimuat-naik setiap hari bermula hari ini, #GoDomestic.