Aug 31, 2013

MERAIKAN LIMPAHAN SENI DAN BUDAYA TRADISI

Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri Raya Merdeka 2013 meriah

MELAKA, 30 OGOS 2013 – Warisan seni dan budaya tradisi rakyat Malaysia mewarnai sambutan Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Aidilfitri Raya Merdeka 2013 yang berlangsung di Stadium Hang Tuah, Melaka pada malam ini.

Acara yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dengan kerjasama kerajaan Negeri Melaka ini bukan semata-mata menjadi acara jamuan untuk rakyat, bahkan juga menjadi landasan untuk menonjolkan kekayaan budaya dan warisan seni Melayu, terutama dalam sambutan Hari Raya Aidilfitri, kepada pelancong asing di samping menerapkan semangat kenegaraan dan sifat perpaduan di kalangan rakyat melalui sambutan Ambang Kemerdekaan.

Majlis ini turut dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Utama Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak dan isteri, YABhg Datin Seri Utama Rosmah Mansor, Yang di-Pertua Negeri Melaka, TYT Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Yaakob dan isteri, YABhg Toh Puan Datuk Zurina Kassim, Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Wira Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron, dan isteri, YABhg Datin Wira Hjh. Fadilah Abdullah, dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz.
Seramai 180 orang peserta MegaFam dari 14 buah negara turut menyaksikan acara ini iaitu Amerika Syarikat, Australia, Mexico, Itali, Jerman, Turki, UAE, Hong Kong, China, Bangladesh, Singapura, Brunei, Indonesia dan Thailand.
Selain makanan tradisi yang dihidangkan di lebih 20 gerai secara percuma, orang ramai juga berpeluang untuk menyaksikan demonstrasi membuat dodol, rendang tok, anyaman ketupat serta pameran dan jualan kuih raya tradisional. Orang ramai juga dihiburkan dengan pelbagai tarian kebudayaan tradisional yang meliputi semua kaum, terutama di Melaka, termasuklah persembahan marhaban, paluan rebana keras, buluh centung dan jamung elektrik.

Antara artis yang turut membuat persembahan ialah Ning Baizura, Jamal Abdillah, David Arumugam, Azlan and the Typewriter, Datuk Jalaluddin Hasan, Mia Sara dan juga Anuar Zain.

Majlis ini turut disiarkan secara langsung menerusi RTM1 mulai jam 9.15 malam.

Penganjuran majlis ini juga adalah selari dengan visi untuk menarik sasaran seramai 28 juta pelancong asing ke Malaysia pada tahun hadapan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014, yang telah diisytihar sebagai Misi Nasional oleh YAB Perdana Menteri.

 

ENDS


For more media releases, media info and media features on Malaysia’s tourism industry, kindly visit the Media Centre of Tourism Malaysia’s website at http://www.tourismmalaysia.gov.my/

MALAYSIA TOURISM PROMOTION BOARD OR TOURISM MALAYSIA is an agency under the Ministry of Tourism & Culture, Malaysia. Tourism Malaysia focuses on the specific task of promoting Malaysia at all levels. Since its inception, Tourism Malaysia has grown by leaps and bounds and it has emerged as a major player in the international tourism scene. In 2012, Malaysia registered 25 million tourist arrivals and RM60.6 billion in tourist receipts, placing the country firmly as the 10th most popular tourism destination in the world.

In 2014, Malaysia will celebrate its fourth VISIT MALAYSIA YEAR (VMY) with the theme “Celebrating 1Malaysia Truly Asia”. The VMY 2014 promotional campaign has started this year with a series of year-long special events and activities leading to VMY 2014. It will contribute to the Government’s target to receive 36 million tourist arrivals and RM168 billion in receipts by 2020, as outlined in the Malaysia Tourism Transformation Plan (MTTP) 2020.    

Press contact:
Media Relations Unit:

Mr. Razaidi Abd Rahim, Senior Asst. Director, Communications & Publicity Division
Email: razaidi@tourism.gov.my

Editorial Unit:
Ms. Anis Rozalina Ramli, Senior Editor, Communications & Publicity Division
Email: anisramli@tourism.gov.my

Copyright © 2025 Malaysia Tourism Promotion Board (MTPB). All Rights Reserved. View Our Terms of Use