Apr 2, 2009

MAJLIS PELANCARAN ANUGERAH PELANCONGAN NEGARA DAN KONVENSYEN PELANCONGAN

YB Dato Sri Sulaiman Abd. Rahman Abd. Taib secara rasminya melancarkan Anugerah Pelancongan Negara dan Konvensyen Pelancongan pada 30 Mac 2009, jam 2.30 petang di Saloma Teater, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Jalan Ampang.

Anugerah Pelancongan Negara

Anugerah Pelancongan Negara (APN), dahulunya dikenali sebagai ‘Malaysia Tourism Award' telah diperkenalkan pada tahun 1987 sebagai satu platform bagi menghargai sumbangan dan peranan agensi serta individu yang menyumbang secara langsung terhadap pembangunan industri pelancongan Negara. Disamping itu, penganjuran acara sebegini turut membuka peluang kepada Kementerian Pelancongan dan Tourism Malaysia untuk mengukuhkan hubungan dan kerjasama dengan pihak industri ke arah memajukan industri tersebut.

Anugerah Pelancongan Negara kali ini dijangka akan diadakan pada bulan Disember 2009. Sebanyak 44 anugerah dalam 12 kategori bakal dipertandingkan yang mengambil kira jenis produk, mutu perkhidmatan dan juga sumbangan terhadap industri pelancongan Negara. Para pemenang akan menerima sijil penghargaan, trofi serta lain-lain insentif daripada Kementerian Pelancongan.

Antara kategori dan anugerah Anugerah Pelancongan Negara 2009 adalah seperti berikut:

1. Pengusaha Pelancongan Antarabangsa Terbaik: America, Europe, Middle East/Africa, South East, Far East, Oceania dan ASEAN.
2. Pengusaha Pelancongan Terbaik: Inbound, Domestik dan Inovatif
3. Penulisan Pelancongan Terbaik Mengenai Malaysia: Penerbitan Media Malaysia Terbaik, Penulisan Malaysia Terbaik (Bahasa Malaysia), Penulisan Malaysia Terbaik (Bahasa Inggeris) dan Penulisan Asing Terbaik.
4. Kecemerlangan Dalam Perkhidmatan Hotel: 5 Star (City Hotel), 5 Star (Resort), 4 Star (City Hotel), 4 Star (Resort), 3 Star, 2 Star dan 1 Star.
5. Tarikan Pelancongan Terbaik: Tarikan Semulajadi, Tarikan Buatan Manusia dan Tarikan Berteraskan Seni Budaya Negara-Warisan.
6. Homestay Terbaik: Homestay Terbaik
7. Program Pelancongan Terbaik: MICE, Adventure & Nature, Luxury Tourism, Education Tourism dan Special Interest.
8. Pemandu Pelancong Terbaik: Nature Guide dan City Guide
9. Restoran Terbaik: Restoran Melayu, Restoran Cina, Restoran India, Restoran Barat, Restoran Timur dan Kafe.
10. Sokongan Terbaik Pusat Beli-Belah: Departmental Store, Specialty Store dan Shopping Complex.
11. MICE Terbaik: MICE Terbaik
12. Anugerah Khas Menteri (pilihan oleh YB Menteri Pelancongan): Individu dan Organisasi

Kementerian Pelancongan berharap pengiktirafan melalui Anugerah Pelancongan Negara ini dapat menjadi pemangkin kepada pihak industri untuk berusaha dengan lebih gigih lagi dalam membangunkan produk pelancongan dan perkhidmatan masing-masing dan seterusnya membantu memajukan industri pelancongan Negara.

Konvensyen Pelancongan Kebangsaan 2009

Konvensyen Pelancongan Kebangsaan 2009 yang bertemakan Tourism Trends and Demand - Shaping The Future bakal diadakan pada bulan April ini bagi membincangkan tentang impak krisis ekonomi global kepada industri pelancongan secara keseluruhan serta kaedah untuk menanganinya.

Antara objektif utama penganjuran konvensyen tersebut: facilitating exchange of ideas between industry players in the field of tourism, discussing orientations in tourism that promote the attainment of lasting economic and social development in the tourism industry, proposing suitable solutions to ensure resilience and sustainability in the tourism industry and to explore new product development.

Penggiat industri pelancongan yang dijangka menyertai konvensyen ini adalah Matta, Kementerian Pengangkutan, Persatuan Hotel-Hotel Malaysia (MAH), Kementerian Kesihatan, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Perhilitan, Jabatan Marin, MAS dan lain-lain lagi.

Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pelancongan Malaysia
Tel: 03-4043 0462/F: 03-4043 0581
E-mel: info@motour.gov.my
Laman web: www.motour.gov.my
30 Mac 2009

Bah perkhidmatan pelancongan
Norzaimi: 2696 3114

 

Copyright © 2024 Malaysia Tourism Promotion Board (MTPB). All Rights Reserved. View Our Terms of Use