Sep 5, 2023

JOM “CUTI-CUTI MALAYSIA BERSAMA GUARDIAN” KERJASAMA PINTAR GUARDIAN & TOURISM MALAYSIA UNTUK TINGKATKAN PELANCONGAN DOMESTIK DAN EKONOMI SETEMPAT


Kuala Lumpur, 5 September 2023: Guardian hari ini melancarkan “Cuti-Cuti Malaysia Bersama Guardian”, sebuah kerjasama pintar unik bersama Tourism Malaysia bagi mempromosikan pelancongan domestik dan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang destinasi pelancongan tempatan.

Bermula 4 September hingga 1 Oktober 2023, kempen selama sebulan oleh Guardian dan Tourism Malaysia ini juga menawarkan hadiah bernilai sehingga RM200,000 untuk dimenangi melalui peraduan yang akan diadakan sempena kempen ini.

Anna Hull, Pengarah Komersial Malaysia & Brunei, Pengarah Jenama Sendiri Asia Tenggara Guardian berkata: “Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Tourism Malaysia untuk membantu memantapkan pelancongan domestik di Malaysia. Saya sendiri sebagai seorang ekspatriat yang telah beberapa tahun menetap di Malaysia, boleh memberi jaminan bahawa Malaysia sememangnya mempunyai beberapa destinasi percutian terbaik di dunia. Pasti ada sesuatu untuk semua orang di sini.

“Dan kami ingin rakyat Malaysia tahu bahawa dimana sahaja anda berada di Malaysia, Guardian sentiasa bersedia untuk menyediakan segala keperluan kesihatan dan kecantikan yang anda perlukan untuk percutian anda.

“Kami memiliki lebih 600 stor di seluruh Malaysia, yang menyediakan pelbagai jenis produk farmaseutikal, kesihatan dan kecantikan, jadi stor kami pastinya boleh ditemui dimana sahaja lokasi yang anda lawati di negara ini. Jika anda memerlukan pelindung matahari untuk percutian pantai, snek sihat untuk anak-anak atau sebarang ubat-ubatan untuk luka dan lebam, kami mempunyai produk yang anda perlukan di stor kami.”

Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Dato’ Dr Ammar Abd Ghapar, yang hadir di majlis pelancaran tersebut menambah:“Kempen promosi bersama Guardian yang tepat pada masanya ini bertujuan untuk menonjolkan keunikan budaya serta keindahan semula jadi yang terdapat di Malaysia dan seterusnya, membantu memperkasakan ekonomi setempat yang dimakmurkan dengan adanya pelancongan domestik. Dan memandangkan orang ramai perlu kekal sihat dan cergas semasa melancong, tiada cara yang lebih baik daripada bekerjasama dengan Guardian Malaysia yang memiliki stor di setiap destinasi pelancongan di seluruh negara.

Kami sangat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Guardian yang menyediakan pelbagai produk kesihatan dan kecantikan untuk semua jenis perjalanan, contohnya seperti percutian pantai peranginan, percutian keluarga, percutian tanah tinggi dan percutian penggemar makanan.”

Anna berkata bahawa waktu kempen ini diadakan iaitu pada bulan September juga sangat bermakna kerana ia adalah bulan sambutan Hari Malaysia.

“Ia sememangnya waktu yang baik untuk menyambut Hari Malaysia dan menunjukkan semangat cintakan tanah air dengan berkunjung ke lokasi-lokasi menarik yang terdapat di Malaysia pada musim cuti. Di samping menikmati juadah dan kudapan yang lazat, pada masa yang sama kita membantu menaikkan ekonomi tempatan. Lebih ramai orang melancong di dalam negara, lebih banyak mereka akan berbelanja dan membantu penduduk setempat,” jelas Anna.

Sehubungan dengan itu, Anna turut berkongsi bahawa Guardian akan bekerjasama dengan beberapa pempengaruh media sosial yang akan turut terlibat dalam penghasilan kandungan untuk mempromosikan kempen pelancongan domestik ini.

Bersempena dengan kempen “Cuti-Cuti Malaysia Bersama Guardian”, Guardian juga akan mengadakan peraduan seluruh negara, dimana pelanggan Guardian yang berbelanja sebanyak RM20 dan ke atas dalam satu resit akan berpeluang memenangi pelbagai hadiah percutian, kesihatan dan kecantikan bernilai sehingga RM200,000. Antaranya ialah hadiah utama sebuah Basikal Brompton C-Line, Basikal Lipat Keluli Klasik, baucar pelancongan domestik bernilai RM12,000, Sunway Camp Out 2Hari1Malam dan pas masuk Sunway Lagoon, bagasi Samsonite dan banyak lagi hadiah menarik yang lain. Sila klik https://campaign2023.guardian.com.my/ untuk mengetahui lebih lanjut dan untuk menyertai peraduan.

“Jadi, jom “Cuti -Cuti Malaysia Bersama Guardian” dan jangan lupa untuk membuat persediaan rapi untuk semua keperluan penjagaan kecantikan, penjagaan dan kebersihan diri anda dengan Guardian untuk menikmati percutian yang lebih menyenangkan,” jelas Anna mengakhiri.

TAMAT


#cuticutiMYbersamaguardian
Facebook: @Guardianmy
Instagram: @Guardianmy
YouTube: @Guardian MY
Telegram: @GuardianMY
#GuardianMYApp
#guardianMy
#malaysiatrulyasia
____________________________________________________________________

Tentang Guardian Malaysia

Guardian Malaysia bermula sebagai sebuah kedai runcit farmaseutikal berkeluasan 200 kaki persegi, yang menyajikan perkhidmatan kepada komuniti ekspatriat 55 tahun lalu. Hari ini, ia merupakan peneraju rangkaian kesihatan, kecantikan dan farmasi runcit di negara ini, dengan lebih 600 buah stor di seluruh negara, menyediakan pelbagai produk kesihatan, kecantikan dan farmaseutikal yang tiada tandingannya. Setiap tahun, stor-stor kami menyediakan perkhidmatan kepada lebih 30 juta pelanggan di seluruh negara.

____________________________________________________________________

Tentang Tourism Malaysia

Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, juga dikenali sebagai Tourism Malaysia ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. Ia memfokuskan kepada tugas khusus untuk mempromosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan. Sejak penubuhannya, Tourism Malaysia telah muncul sebagai pemain utama dalam arena pelancongan antarabangsa. Untuk maklumat lanjut, layari akaun media sosial Tourism Malaysia di Facebook, Instagram, Twitter, YouTube, dan TikTok.

____________________________________________________________________

Dikeluarkan pada : 5 September 2023
Oleh : Guardian Health and Beauty Sdn Bhd
Menerusi : Mae Public Relations Sdn Bhd


Perhubungan Media:

Jennifer Wong
Senior Manager, Corporate Affairs and Events
Guardian Health and Beauty Sdn Bhd
Tel: 03 5544 8780 / +6012 268 0280

Farahani Failul Rahman
Asst. Manager, PR & Government Relations
Guardian Health and Beauty Sdn Bhd
Tel: 03 5544 8502 / 019 365 9084

Muhammad Fadhil Choong Abdullah
PR Consultant
Mae Public Relations Sdn Bhd
Mobile: +6012 388 7748

Related Photos

Copyright © 2024 Malaysia Tourism Promotion Board (MTPB). All Rights Reserved. View Our Terms of Use