Dec 31, 2020

JIMAT DUIT DENGAN “JOM NGINAP” MENGGUNAKAN TOUCH ‘N GO eWALLET

PUTRAJAYA, 31 DISEMBER 2020 Tourism Malaysia dengan kerjasama Persatuan Hotel Budget Malaysia (MyBHA) telah menganjurkan kempen “Jom Nginap” bermula hari ini sehingga 31 Mac 2021 sebagai tanda sokongan bagi menggalakkan pelancongan domestik yang diumumkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia baru-baru ini.

Kempen “Jom Nginap” ini adalah antara inisiatif yang diumumkan oleh Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri pada 23 November 2020 yang lalu di bawah Pelan Pemulihan Pelancongan menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) bertujuan untuk merancakkan lagi pelancongan domestik Cuti-Cuti Malaysia di samping mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Dengan kerjasama Gkash, kempen ini diwujudkan khas menerusi aplikasi Touch ‘n Go eWallet, di mana para pengguna hanya perlu menempah bilik hotel minima RM50 menerusi aplikasi ini dan mendapat cashback sebanyak RM20 dalam tempoh masa tiga (3) hari bekerja. Menerusi promosi baharu di aplikasi Touch ‘n Go eWallet ini, rakyat Malaysia juga dapat menikmati pelbagai tawaran pakej penginapan menarik yang dibawakan khas oleh ahli-ahli Persatuan Hotel Budget Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.tngdigital.com.my/mybhajomnginap.

TAMAT

Tentang Tourism Malaysia

Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia atau Tourism Malaysia ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Malaysia. Tourism Malaysia memfokuskan kepada tugas khusus untuk mempromosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan. Sejak penubuhannya, Tourism Malaysia telah muncul sebagai pemain utama dalam dunia pelancongan antarabangsa. Pada tahun 2019, Malaysia menerima 26.1 juta pelancong dan mencatatkan RM86.14 bilion perbelanjaan pelancong, sekaligus meletakkan Malaysia sebagai salah satu destinasi pelancongan terunggul di dunia.

Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Unit Media
Muadz Samat
Penolong Pengarah, Bahagian Komunikasi Korporat
muadz@tourism.gov.my
Tel: +603 8891 8755

Tentang Persatuan Hotel Budget Malaysia (MyBHA)

Persatuan Hotel Budget Malaysia adalah sebuah persatuan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Pertubuhan Malaysia dibawah Akta Pertubuhan 1966 (Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984) yang dipertanggungjawabkan untuk mewakili dan membantu hotel-hotel bisnes dan bajet yang berlesen dan berdaftar di Malaysia dalam membawa dan/atau mengangkat segala masalah-masalah yang dihadapi oleh lebih kurang 2,300 ahli-ahli kepada pihak yang bertanggungjawab dan yang berkaitan bagi meningkatkan imej industri perhotelan bisnes dan bajet dibawah tiga bintang secara khasnya dan industri pelancongan negara secara amnya.

Untuk pertanyaan, sila hubungi:
mybhahq@gmail.com
Tel: 03-80221330

Related Photos

Copyright © 2024 Malaysia Tourism Promotion Board (MTPB). All Rights Reserved. View Our Terms of Use