Aug 19, 2019

JELAJAH DUNIA VM2020 RETRO HAVOC ?


PUTRAJAYA, 19 OGOS 2019 – YB Tuan Muhammad Bakhtiar Wan Chik, Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Warisan Malaysia, hari ini melancarkan Jelajah Dunia VM2020 Retro Havoc, dalam acara penuh warna-warni di Putrajaya, hari ini. Tuan Muhammad Bakhtiar kemudian melekatkan logo VM2020 pada badan kereta rasmi semasa acara pelancaran tersebut.

Jelajah Dunia VM2020 ini, yang dianjurkan oleh Retro Havoc Sdn Bhd, akan menyaksikan Tengku Hedri Engku Hassan memandu kereta lagenda Toyota AE86 sejauh 25,000 kilometer melepasi 25 buah negara. Jelajah ini akan merangkumi negara seperti China, Mongolia, Latvia, Rusia, Jerman dan berakhir di Perancis.

Persiapan telah dilakukan sejak setahun lalu, yang memerlukanTengku Hedri dan dua pembantu memandu secara intensif sambil turut mempromosi kempen VM2020 di sepanjang laluan. PejabatTourism Malaysia luar negara juga akan turut sama membantu dalam program ini serta menggiatkan publisiti.

Jelajah ini adalah sebahagian daripada aktiviti berterusan kempen VM2020 yang sedang berjalan sebelum tahun ini berakhir. Tourism Malaysia juga giat mempromosikan semua acara bertaraf antarabangsa yang sedang dijalankan di Malaysia sebagai satu strategi menarik pelancong asing serta menambahkan pendapatan pelancongan.

Tourism Malaysia menjangkakan kehadiran pelancong akan kekal meningkat, menjelang beberapa acara nasional seperti Jualan Akhir Tahun (YES), Moto GP dan juga perlumbaan baru iaitu FIM EWC and FIA WTCRbermula Okober hingga ke Disember tahun ini.

Untuk rekod, kehadiran pelancong sehingga Mei tahun ini meningkat sebanyak 4.8% kepada 10.9 juta pelancong, berbanding sebanyak 10.5 juta sahaja pada tahun 2018. VM2020 mensasarkan 30 juta pelancong dengan pendapatan pelancongan sebanyak RM100 bilion.

TAMAT

Untuk mendapatkan siaran akhbar, media info dan artikelberkaitan industri pelancongan di Malaysia, sila lawati PusatMedia di laman web Tourism Malaysia di http://www.tourism.gov.my/

LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA ATAU TOURISM MALAYSIA ialah sebuah agensi di bawahKementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. Tourism Malaysia menumpukan kepada tugas khusus iaitumempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan. Sejak penubuhannya, Tourism Malaysia telah muncul sebagaipemain utama dalam dunia pelancongan antarabangsa. Pada2018, Malaysia telah mencatatkan kedatangan seramai 25.8 jutaorang pelancong asing dan pendapatan pelancong berjumlahsebanyak RM84.1 bilion sekali gus meletakkan negara ini dalamkalangan destinasi pelancongan utama dunia.

Hubungi:

Unit Media
Encik Muadz Samat
Penolong Pengarah, BahagianKomunikasi Korporat
Tel: +603-8891 8755
Emel: muadz@tourism.gov.my

Related Photos

Copyright © 2024 Malaysia Tourism Promotion Board (MTPB). All Rights Reserved. View Our Terms of Use