Nov 26, 2019

INDUSTRI PELANCONGAN MALAYSIA CATAT PENINGKATAN POSITIF BAGI TEMPOH JAN-SEP 2019

PUTRAJAYA, 26 NOVEMBER 2019: Secara keseluruhannya, prestasi industri pelancongan Malaysia dari bulan Januari hingga September 2019 telah menunjukkan perkembangan yang positif.

Ketibaan pelancong antarabangsa ke Malaysia telah meningkat sebanyak +3.7% kepada 20,109,203 pelancong bagi tempoh Januari hingga September 2019 berbanding 19,386,115 pelancong bagi tempoh yang sama pada tahun 2018. Penyumbang ketibaan pelancong tertinggi dalam tempoh tersebut adalah Singapura (7,868,755 orang pelancong), Indonesia (2,792,776), China (2,413,956), Thailand (1,442,224), Brunei (929,789), India (539,167), Korea Selatan (508,080), Vietnam (323,393), Jepun (321,283) dan Filipina (317,294).

Sementara itu, perbelanjaan pelancong bagi tempoh tersebut adalah sebanyak RM66.14 bilion berbanding dengan RM61.85 bilion bagi tempoh yang sama pada tahun 2018, iaitu peningkatan sebanyak +6.9%. Penyumbang utama perbelanjaan pelancong adalah dari pasaran Singapura (RM16.3 bilion), China (RM12.8 bilion), Indonesia (RM8.8 bilion), Thailand (RM2.8 bilion) dan India (RM2.5 bilion).

Perbelanjaan per kapita bagi tempoh Januari-September 2019 juga telah meningkat sebanyak 3.1% iaitu dari RM3,190.5 kepada RM3,289.3.

Purata Tempoh Tinggal (Average Length of Stay) pula meningkat sebanyak 0.1 malam iaitu dari 7.3 malam kepada 7.4 malam.

Pasaran jarak dekat iaitu ASEAN masih mengekalkan kedudukan sebagai penyumbang terbesar ketibaan pelancong antarabangsa ke Malaysia dengan syer sebanyak 68.7%.

Jumlah syer bagi pasaran jarak sederhana pula ialah sebanyak 21.6% manakala syer pasaran jarak jauh pula adalah sebanyak 9.7%.

Data ketibaan pelancong asing ke Malaysia untuk 45 pasaran utama bagi tempoh Januari-September 2019 boleh dimuat turun di: http://mytourismdata.tourism.gov.my/

TAMAT

Untuk mendapatkan siaran akhbar, media info dan artikel berkaitan industri pelancongan di Malaysia, sila lawati Pusat Media di laman web Tourism Malaysia di http://www.tourism.gov.my/

LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA ATAU TOURISM MALAYSIA ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Tourism Malaysia menumpukan kepada tugas khusus iaitu mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan. Sejak penubuhannya, Tourism Malaysia telah muncul sebagai pemain utama dalam dunia pelancongan antarabangsa. Pada 2018, Malaysia telah mencatatkan kedatangan seramai 25.8 juta orang pelancong asing dan pendapatan pelancong berjumlah sebanyak RM84.1 bilion sekali gus meletakkan negara ini dalam kalangan destinasi pelancongan utama dunia.

Hubungi:

Unit Media
Encik Muadz Samat,
Penolong Pengarah,
Bahagian Komunikasi Korporat
Tel: +603-8891 8755
Emel: muadz@tourism.gov.my

Related Photos

Copyright © 2024 Malaysia Tourism Promotion Board (MTPB). All Rights Reserved. View Our Terms of Use