Jul 11, 2019

“EKSPRESI MEDIA – LEMBAH BUJANG 2019” TOURISM MALAYSIA BAWA PESERTA JEJAKI SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA


SUNGAI PETANI, 10 JULAI 2019:Seramai 25 pengamal media cetak dan media dalam talian dari pelbagai agensi di Malaysia akanmengambil bahagian dalam program “Ekspresi Media – Lembah Bujang 2019” anjuran Tourism Malaysia dari 8 hingga 11Julai. Inisiatif ini bertujuan untuk merapatkan hubungan antara Tourism Malaysia dengan para pengamal media dan pada masa yang samamenggalakkan mereka untuk mempromosikan produk pelancongan di Kedah sempena kempen Melawat Malaysia 2020.

Edisi kedua program ini masih mengekalkan konsep yang sama iaitu lawatan suai kenal yang berbentuk interaktif melibatkan pelbagai aktiviti seperti bersiar-siar sambil mengenali dan memeriksa produk pelancongan baharu, merasai sendiri pengalaman melawat tempat-tempat menarik yang baharu dan sedia ada,serta mendengartaklimat mengenai produk pelancongan oleh para penggiat industri pelancongan. Pendekatan ini diambil untuk memberi para peserta program pengalaman yang serba lengkap mengenai produk pelancongan Kedah. Program sebegini juga diharapkan akan dapat mengeratkan jalinan hubungan antara pihak media dengan sektor kerajaan dan swasta yang berkaitan dengan industri pelancongan.

Para peserta akan didedahkan kepada pelbagai aktiviti dan merasai sendiri pengalaman menyusuri Sungai Merbok dan mengunjungi tinggalan kota istana di Pulau Tiga dan Lubuk Pusing, mempelajari ekosistem hutan paya bakau dan melawat ladang tiram.

Selain dibawa melawat Tapak Arkeologi Sungai Batu dan Muzium Arkeologi Lembah Bujang yang merupakan tarikan pelancongan utama di daerah Kuala Muda, mereka juga berpeluang untukberinteraksi dengan rusa di Batas Ubi Deer Farm, meninjau perusahaan nira nipah di Ladang Nira Nipah Napiah dan menikmati keindahan Jerai Botanical Park.

Para peserta juga akan diberi taklimat mengenai sejarah negeri Kedah oleh Y.Bhg. Dato’ Dr. Wan Shamsudin Mohd. Yusof, Presiden Persatuan Sejarah Negeri Kedah yang juga merupakan ikon sejarawan terbilang di Kedah.

Tourism Malaysia berharap agar para pengamal media yang terlibat akan berkongsi tentang pengalaman mereka semasa meneroka Kedah kepada para pembaca dan pengikut mereka, sekali gus membantu menimbulkan minat dalam kalangan mereka untuk melawat negeri Darul Aman ini.

Dijangkakan para peserta program akan menjana sebanyak 40 hingga 50 “cerita” mengenai Kedah dalam bentuk rencana yang diterbitkan serta kiriman di dalam Facebook, Instagram, YouTube, Twitter danblog. Tourism Malaysia berharap agar posting ini akan dikongsikan bersama untuk mendapatkan antara 2 juta and 4 juta jangkauan di laman-laman media sosial.

Bagi memanfaatkan kuasa media sosial, hashtag seperti#tourismmalaysia, #malaysiatrulyasia, #cuticutimalaysia, #vm2020 dan #ekspresimedia2019 akan digunakan sepanjang program untuk meningkatkan publisiti.

TAMAT

Untuk mendapatkan siaran akhbar, media info dan artikel berkaitan industri pelancongan di Malaysia, sila lawati Pusat Media di laman web Tourism Malaysia di http://www.tourism.gov.my/

LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA ATAU TOURISM MALAYSIA ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. Tourism Malaysia menumpukan kepada tugas khusus iaitu mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan. Sejak penubuhannya, Tourism Malaysia telah muncul sebagai pemain utama dalam dunia pelancongan antarabangsa. Pada 2018, Malaysia telah mencatatkan kedatangan seramai 25.9 juta orang pelancong asing dan pendapatan pelancong berjumlah sebanyak RM84.1 bilion sekali gus meletakkan negara ini dalam kalangan destinasi pelancongan utama dunia.

Unit Media

Muadz Samat, Penolong Pengarah
Bahagian Komunikasi Korporat
Tel: +603-8891 8755
Emel: muadz@tourism.gov.my

Related Photos

Copyright © 2024 Malaysia Tourism Promotion Board (MTPB). All Rights Reserved. View Our Terms of Use