"CUTI-CUTI 1MALAYSIA (CC1M) JOHOR BIKE RIDE 2012" JADI TARIKAN TERBARU DI JOHOR
NUSAJAYA, 31 DISEMBER 2012: Sebanyak 13 buah pakej pelancongan berbasikal "Cuti-Cuti 1Malaysia (CC1M) Johor Bike Ride 2012" yang dibangunkan dengan kerjasama 10 buah agensi pelancongan negeri Johor telah dilancarkan oleh Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor (Exco) YB Datuk Hoo Seong Chang di Dataran Mahkota, Kota Iskandar, di sini hari ini.
YB Datuk Hoo Seong Chang dalam ucapannya berkata pakej pelancongan berbasikal ini telah dibangunkan untuk mempromosikan Nusajaya sebagai sebuah pusat tarikan pelancongan yang juga mesra basikal.
“Progam CC1M Johor Bike Ride 2012 ini adalah sebahagian daripada kempen pelancongan domestik Cuti-Cuti 1Malaysia untuk mempromosikan Nusajaya sebagai sebuah destinasi pelancongan yang mampu menawarkan pelbagai tarikan kepada para pelancong domestik dan antarabangsa daripada pelbagai peringkat umur dengan citarasa yang berbeza-beza.
“Pakej pelancongan berbasikal ini juga memberi peluang kepada para pelancong untuk menghayati keindahan Nusajaya dengan lebih dekat lagi secara bersantai sambil meningkatkan kecergasan mereka. Ia adalah sejajar dengan hasrat kerajaan negeri Johor untuk menghidupkan bandar Nusajaya sebagai sebuah bandar pentadbiran negeri yang berkonsepkan bandar dalam taman yang sememangnya cantik dan tersusun,” sambung beliau lagi.
Beliau turut berkata bahawa pakej pelancongan berbasikal yang ditawarkan bukan hanya tertumpu di Nusajaya sahaja tetapi juga meliputi tempat-tempat menarik lain yang terdapat di negeri di selatan tanah air ini.
Antara pakej-pakej yang ditawarkan termasuklah:-
1) Pakej Berbasikal ke Kota Iskandar, Nusajaya
Harga dari RM80.00
• Pakej termasuk:
? Sewaan basikal (MTB),topi keledar, air mineral
? Lawatan : Nusajaya, Puteri Harbour, Kota Iskandar, Legoland
? Tempoh masa : 4-5 jam
? Jarak perjalanan : 20-25 km
2) Pakej Berbasikal ke Bandar raya Johor Bahru
Harga dari RM80.00
• Pakej termasuk :
? Sewaan basikal (MTB), topi keledar, air mineral
? Lawatan : Masjid Sultan Abu Bakar, Dataran Bandaraya, Zoo Johor, Bangunan Sultan Ibrahim, Taman Merdeka, Hutan Bandar, Danga Bay
? Tempoh masa : 4-5 jam
? Jarak perjalanan : 25-40 km
3) Pakej Berbasikal ke Kg Sg Melayu, Gelang Patah
Harga dari RM80.00
• Pakej termasuk :
? Sewaan basikal (MTB), topi keledar, air mineral
? Berbasikal ke Kg Sg Melayu, Gelang Patah (Perkampungan Nelayan)
? Tempoh masa : 4-6 jam
? Jarak perjalanan : 25 km
4) Pakej Berbasikal Lasak ke Gunung Pulai
Harga dari RM80.00
• Pakej termasuk :
? Sewaan basikal (MTB), topi keledar, air mineral
? Aktiviti berbasikal mendaki Gunung Pulai
? Tempoh masa 4-6 jam
? Jarak perjalanan : 25 km
Bersempena dengan Majlis Pelancaran CC1M Johor Bike Ride 2012 ini, satu acara kayuhan Johor Bike Ride telah dianjurkan buat julung kalinya dan berjaya menarik penyertaan seramai 200 orang daripada pelbagai peringkat umur dan turut disertai oleh ahli-ahli kelab berbasikal dari sekitar daerah Johor Bahru.
Acara kayuhan sejauh 20 kilometer mengelilingi Nusajaya itu merangkumi produk-produk pelancongan seperti Puteri Harbour Marina, Legoland Malaysia, Puteri Harbour Family Theme Park (Sanrio Hello Kity Town) dan Educity Centre.
Bagi memeriahkan lagi majlis pelancaran tersebut, pelbagai acara sampingan yang menarik seperti persembahan aksi basikal FIXIE dan cabutan bertuah turut diadakan.
Tourism Malaysia-Johor juga telah menjalinkan kerjasama pintar dengan Polis Diraja Malaysia, Kelab Ronda Riadah Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan dan beberapa kelab berbasikal dari sekitar daerah Johor Bahru.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Encik Mohd Khairulnazri Jamal, Pegawai Pelancongan Tourism Malaysia Johor di 07-222 3590/91 atau emel khairulnazri@tourism.gov.my.
___________________________________________________________________________________________________________
Disediakan oleh: Bahagian Komunikasi & Publisiti, Tourism Malaysia
Tel: +603 8891 8000; Faks: +603 8891 8788
E-mel: sitirahmah@tourism.gov.my Laman web: www.tourismmalaysia.gov.my
Facebook: http://www.facebook.com/friendofmalaysia
Twitter: http://twitter.com/tourismmalaysia/