Oct 7, 2013
"CORPORATE TRAVEL PROGRAMME" BERI KEMUDAHAN ISTIMEWA UNTUK PERJALANAN PERNIAGAAN WARGA KORPORAT TEMPATAN
SUBANG, 6 OKT 2013: Tourism Malaysia dengan kerjasama Fireflyz Sdn Bhd telah melancarkan “Corporate Travel Programme” pada 6 Oktober 2013 di Terminal Skypark Subang, Selangor dengan tujuan untuk memberikan kemudahan kepada komuniti perniagaan tempatan untuk membuat perjalanan dalam negara.
“Corporate Travel Programme” ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Tourism Malaysia, YBhg Dato’ Mirza Mohammad Taiyab di sini, hari ini.
Program ini telah direka khas untuk memenuhi keperluan komuniti perniagaan tempatan yang sering melakukan perjalanan rasmi untuk menghadiri mesyuarat, konvensyen, seminar, pameran, perjalanan insentif dan sebagainya.
Melalui program ini, warga korporat akan dapat menikmati pelbagai keistimewaan seperti perubahan tanpa had bagi perubahan tarikh, masa, nama dan penerbangan tersebut; tiada caj penalti untuk perubahan; pilihan tempat duduk penumpang secara percuma serta kemudahan ‘Firefly Biz Zone’ secara percuma di Terminal Subang Skypark.
“Corporate Travel Programme” merupakan hasil perkongsian pintar antara Tourism Malaysia dan Fireflyz Sdn. Bhd.
Bersempena dengan pelancaran program tersebut, Tourism Malaysia telah menjemput seramai 26 peserta
mewakili 25 syarikat-syarikat korporat di Malaysia dan sembilan wakil media di bawah program “Corporate meet Sellers – Discover Penang” untuk mencuba perkhidmatan yang ditawarkan oleh Firefly ini.
Para peserta program “Corporate meet Sellers – Discover Penang” ini kemudiannya akan diterbangkan ke Pulau Pinang untuk lawatan suai kenal produk pelancongan dari 6 hingga 8 Oktober.
Program 3 hari 2 malam ini bertujuan untuk mengenal pasti segmen-segmen yang menjadi tarikan kepada warga korporat agar dapat menarik minat mereka untuk menganjurkan acara-acara korporat seperti mesyuarat, seminar, persidangan, program mencari ketenangan, perjalanan insentif dan sebagainya dalam Malaysia.
Antara syarikat-syarikat korporat yang telah menyertai program ini termasuklah PLUS Malaysia Berhad, Sapura Kencana Petroleum Bhd., Pos Berhad, Alam Flora, Sanko Sanyo, Touch N Go Sdn. Bhd., KTM Berhad, AEON CO. (M) Bhd., Panasonic, RHB Bank, Tetra Pak, TASCO Berhad, UM Niaga, Nistran (M) Sdn. Bhd. dan lain-lain lagi.
Selain melawat pelbagai destinasi dan produk pelancongan yang terdapat di sekitar Pulau Pinang, para peserta program ini turut berpeluang mengunjungi acara “Corporate Travel Bazaar” yang berlangsung dari 8 hingga 9 Oktober di Hotel Eastin, George Town, pada akhir lawatan mereka.
Para peserta akan dipertemukan dengan para peserta “Corporate Travel Bazaar” yang terdiri daripada 73 buah agensi pelancongan tempatan yang menawarkan pelbagai pakej MICE (mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran) kepada pasaran perniagaan domestik.
Program “Corporate meet Sellers – Discover Penang” ini merupakan kesinambungan daripada kejayaan program “Corporate meet Sellers Siri 1” yang telah diadakan di Perak pada bulan Mac 2013.
Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Encik Noraffendi Nordin dan Puan Rozita Hussain, Pegawai Pelancongan, Tourism Malaysia Selangor di talian 03-5510 9100 atau emel noraffendi@tourism.gov.my, rozita@tourism.gov.my.
Untuk mendapatkan siaran media, media info dan artikel berkaitan industri pelancongan di Malaysia, sila lawati Pusat Media di laman web Tourism Malaysia di http://www.tourismmalaysia.gov.my/.
LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA ATAU TOURISM MALAYSIA ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Tourism Malaysia bertanggungjawab untuk mempromosikan Malaysia di semua peringkat. Sejak penubuhannya, Tourism Malaysia telah membangun dengan pesatnya dan telah muncul sebagai pemain utama dalam dunia pelancongan antarabangsa. Pada 2012, Malaysia telah mencatatkan kedatangan seramai 25 juta orang pelancong asing dengan pendapatan pelancongan sebanyak RM60.6 bilion sekaligus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan ke-10 paling popular di dunia
Pada 2014, Malaysia akan menyambut Tahun Melawat Malaysia (TMM) buat kali keempat dengan tema “Celebrating 1Malaysia Truly Asia”. Kempen promosi TMM 2014 telahpun bermula pada tahun ini dan akan dipenuhi dengan pelbagai acara istimewa dan aktiviti-aktiviti menarik sepanjang tahun sehinggalah tibanya TMM 2014. Penganjuran kempen TMM 2014 dijangka akan dapat membantu kerajaan mencapai sasaran untuk menerima kedatangan pelancong seramai 36 juta orang dengan pendapatan sebanyak RM168 bilion menjelang 2020 seperti yang digariskan dalam Pelan Transformasi Pelancongan Malaysia 2020.
Hubungi:
Unit Perhubungan Media:
Encik Razaidi Abd Rahim, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Komunikasi dan Publisiti
Emel: razaidi@tourism.gov.my
Unit Editorial:
Puan Anis Rozalina Ramli, Senior Editor, Bahagian Komunikasi dan Publisiti
Emel: anisramli@tourism.gov.my

TAMAT