Jul 14, 2014
CORPORATE TRAVEL BAZAAR JOHOR BAHRU TARIK MINAT PELANCONG PERNIAGAAN DI SELATAN SEMENANJUNG
JOHOR BAHRU, 14 Julai 2014 – Tourism Malaysia akan menganjurkan edisi kelima Corporate Travel Bazaar (CTB) pada 14 Ogos 2014 di Hotel Puteri Pacific, Johor Bahru, Johor bagi menarik minat sektor-sektor korporat dan awam di wilayah selatan terhadap pelancongan perniagaan.
Program dua hari ini akan melibatkan pertemuan dua hala yang berkonsepkan perniagaan ke perniagaan (B2B) antara para pengusaha pelancongan (sellers) dan para pembeli (buyers) bukan sahaja dari sektor-sektor korporat dan awam di sekitar wilayah selatan tetapi juga Singapura dan Pulau Batam memandangkan kedudukan negara dan pulau itu yang berhampiran.
“Kita ingin menarik minat komuniti perniagaan tempatan dan juga dari negara jiran untuk menganjurkan acara-acara korporat mereka seperti mesyuarat, seminar, persidangan, program mencari ketenangan, dan perjalanan insentif di Malaysia," jelas Ketua Pengarah Tourism Malaysia Dato’ Mirza Mohammad Taiyab, semasa sidang media Pra-Pelancaran Program Corporate Travel Bazaar siri ke-5/2015 di Hotel Puteri Pacific di sini, hari ini.
Menurut beliau, penganjuran program CTB ini adalah sejajar dengan misi Tourism Malaysia untuk memberi pendedahan mengenai kepentingan sektor MICE (mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran) di samping merangsang pertumbuhan pelancongan domestik dalam kalangan komuniti perniagaan tempatan.
Selain itu, beliau berharap agar CTB akan dapat meningkatkan pergerakan pelancong domestik dalam kalangan syarikat-syarikat korporat dan pelbagai agensi kerajaan di Malaysia.
"Pakej-pakej MICE yang dibangunkan oleh para peserta menawarkan fasiliti yang lengkap, perkhidmatan yang cemerlang dan berkualiti serta lokasi strategik yang berhampiran dengan pelbagai tarikan pelancongan," kata beliau lagi.
Dato’ Mirza berkata bahawa Tourism Malaysia telah menyasarkan penyertaan seramai 70 penjual (sellers) dan 500 pembeli (buyers) dengan nilai keseluruhan jualan pakej sebanyak RM2.5 juta pada edisi kelima Corporate Travel Bazaar (CTB) ini.
Beliau memberitahu bahawa edisi keempat CTB yang dianjurkan pada 2013 telah berjaya menarik penyertaan seramai 73 penjual dan 380 pembeli dengan nilai jualan keseluruhan sebanyak RM2,280,788.
“Oleh kerana sambutan yang diterima amat menggalakkan, Tourism Malaysia telah bercadang untuk menganjurkan program ini sebanyak dua kali setahun dengan menjadikan Pulau Pinang sebagai tuan rumah bagi edisi keenam CTB pada 16 Oktober 2014,” katanya.
Corporate Travel Bazaar ini diadakan bertujuan untuk mempromosikan pakej MICE kepada pasaran perniagaan domestik. Antara pakej yang ditawarkan kepada para pengunjung termasuklah pakej perjalanan insentif, program hari keluarga korporat, program pembinaan pasukan (team building), pakej pelancongan perniagaan dan sebagainya.
Para peserta yang disasarkan untuk program ini merupakan para penggiat industri pelancongan (sellers) dari seluruh negara seperti para pengusaha agensi pelancongan, pengusaha hotel dan resort, penyedia pengangkutan, perunding latihan dan pengusaha produk pelancongan.
Program Corporate Travel Bazaar 5/2014 ini merupakan kesinambungan kepada tiga program Corporate Travel Bazaar yang pernah diadakan sebelum ini iaitu di Hotel Eastin, Pulau Pinang, pada 2013, Hotel Grand Bluewave, Shah Alam pada 2012, di Hotel Empire, Subang pada 2011 dan Hotel Hilton, Petaling Jaya pada 2009.
Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Encik Mohd Badrul Amin Mohd Bisharuddin, Penolong Pengarah , Bahagian Pemasaran Domestik, Tourism Malaysia di talian 03-8891 8453.
-TAMAT-
Untuk mendapatkan siaran media, media info dan artikel berkaitan industri pelancongan di Malaysia, sila lawati Pusat Media di laman web Tourism Malaysia di http://www.tourismmalaysia.gov.my/.
LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA ATAU TOURISM MALAYSIA ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Tourism Malaysia bertanggungjawab untuk mempromosikan Malaysia di semua peringkat. Sejak penubuhannya, Tourism Malaysia telah membangun dengan pesatnya dan telah muncul sebagai pemain utama dalam dunia pelancongan antarabangsa. Pada 2013, Malaysia telah mencatatkan kedatangan seramai 25.7 juta orang pelancong asing dengan pendapatan pelancongan sebanyak RM65.4 bilion sekaligus menjadikan pelancongan sebagi penyumbang kedua terbesar negara menerusi tukaran mata wang asing dan penyumbang keenam terbesar kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK).
Pada 2014, Malaysia akan menyambut Tahun Melawat Malaysia (TMM) buat kali keempat dengan tema Celebrating 1Malaysia Truly Asia”. Kempen promosi TMM 2014 telahpun bermula pada tahun ini dan akan dipenuhi dengan pelbagai acara istimewa dan aktiviti-aktiviti menarik sepanjang tahun sehinggalah tibanya TMM 2014. Penganjuran kempen TMM 2014 dijangka akan dapat membantu kerajaan mencapai sasaran untuk menerima kedatangan pelancong seramai 36 juta orang dengan pendapatan sebanyak RM168 bilion menjelang 2020 seperti yang digariskan dalam Pelan Transformasi Pelancongan Malaysia 2020.
Hubungi:
Unit Perhubungan Media:
Encik Razaidi Abd Rahim, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Komunikasi dan Publisiti
Emel: razaidi@tourism.gov.my
Unit Editorial:
Puan Anis Rozalina Ramli, Senior Editor, Bahagian Komunikasi dan Publisiti
Emel: anisramli@tourism.gov.my