Jul 9, 2013
BAZAAR RAMADAN KEMBALI JADI TARIKAN PELANCONG DALAM DAN LUAR NEGARA
Kuala Lumpur, 9 July 2013 - Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia sekali lagi menganjurkan Bazar Ramadan dan akan mengedarkan sebanyak 22,000 bungkus Bubur Lambuk Agung di Masjid Jamek Kampong Bharu kepada orang ramai sempena Majlis Pelancaran Bazar Ramadan 2013 yang bakal berlangsung pada 11 Julai ini .
Majlis pelancaran ini akan disempurnakan oleh YBhg Datuk Seri Hj. Ahmad Phesal bin Hj. Talib, Datuk Bandar Kuala Lumpur, disertai oleh penglibatan 150 orang sukarelawan memasak bubur dalam 100 buah periuk seawal jam 8.00 pagi secara gotong-royong di perkarangan masjid berkenaan.
Penganjuran Bazar Ramadan 2013 ini adalah satu usaha Kementerian mempromosikan Bazar Ramadan sebagai salah satu produk pelancongan unik yang dilihat mampu untuk menawarkan pelbagai jenis juadah berbuka puasa yang menyelerakan kepada para pelancong, khususnya dari luar negara.
Selepas majlis pelancaran Bazar Ramadan 2013, bubur lambuk akan diedarkan secara percuma kepada orang ramai yang berkunjung ke Masjid Jamek Kampong Bharu. Bubur lambuk istimewa ini turut diedarkan di beberapa lokasi lain iaitu:
1. Masjid Jamek Kuala Lumpur;
2. Jalan Tuanku Abdul Rahman (berhadapan kedai tekstil Gulati’s Silk House);
3. Bukit Bintang (berhadapan The Cube, Lot 10)
4. Pasar Seni (atau Central Market)
5. KL Sentral
Bubur lambuk adalah salah satu hidangan kegemaran bagi umat Islam di bulan Ramadan kerana keenakan rasanya serta berkhasiat dengan pelbagai ramuan dan rempah ratus.
Bubur Lambuk Agung Masjid Jamek Kampong Bharu telah menjadi ikon serta sinonim dengan komuniti di sekitar kawasan Kampong Bharu dan Lembah Kelang. Ia diedarkan kepada orang ramai setiap hari dalam bulan Ramadan selepas solat Asar, dan telah menjadi tradisi turun-temurun sejak lebih setengah abad.
Bersempena dengan majlis pelancaran Bazaar Ramadan 2013 itu, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) turut melancarkan ”Festival Ramadan” yang berlangsung dari 12 Julai hingga 4 Ogos 2013.
Antara aktiviti yang telah diatur termasuk berbuka puasa beramai-ramai di atas jalan raya dengan hidangan asas seperti buah kurma, bubur lambuk dan air mineral serta program ziarah sahur dikawasan gelandangan dan rumah anak yatim. Beberapa pertandingan seperti pertandingan mencipta lagu nasyid dan lagu raya turut dibuka kepada orang ramai yang berminat. Tazkirah Ramadan serta bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh qari dan qariah dalam kalangan generasi muda turut diadakan sebelum masuk waktu berbuka.
Untuk mendapatkan siaran media, media info dan artikel berkaitan industri pelancongan di Malaysia, sila lawati Pusat Media di laman web Tourism Malaysia di http://www.tourismmalaysia.gov.my/.
LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA ATAU TOURISM MALAYSIA ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongandan Kebudayaan Malaysia. Peranan Kementerian Pelancongandan Kebudayaan ialah melaksanakan dasar-dasar berkaitan pelancongan, menjalankan penyelidikan serta menawarkan insentif kepada para penggiat industri pelancongan manakala Tourism Malaysia pula bertanggungjawab untuk mempromosikan Malaysia di peringkat domestik dan antarabangsa. Didorong oleh aspirasi untuk mempromosikan Malaysia sebagai sebuah destinasi pelancongan yang unggul di rantau ini, Tourism Malaysia telah membangun dengan pesatnya sejak penubuhannya dan telah muncul sebagai pemain utama dalam landskap sosioekonomi negara. Pada 2012, Malaysia telah mencatatkan kedatangan seramai 25 juta orang pelancong asing dengan pendapatan pelancongan sebanyak RM60.6 bilion.
Pada 2014, Malaysia akan menyambut Tahun Melawat Malaysia (TMM) buat kali keempat dengan tema “Celebrating 1Malaysia Truly Asia”. Kempen promosi TMM 2014 telahpun bermula pada tahun ini dan akan dipenuhi dengan pelbagai acara istimewa dan aktiviti-aktiviti menarik sepanjang tahun sehinggalah tibanya TMM 2014. Penganjuran kempen TMM 2014 dijangka akan dapat membantu kerajaan mencapai sasaran untuk menerima kedatangan pelancong seramai 36 juta orang dengan pendapatan sebanyak RM168 bilion menjelang 2020 seperti yang digariskan dalam Pelan Transformasi Pelancongan Malaysia 2020.
Hubungi:
Unit Perhubungan Media:
Encik Razaidi Abd Rahim, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Komunikasi dan Publisiti
Emel: razaidi@tourism.gov.my
Unit Editorial:
Puan Anis Rozalina Ramli, Editor, Bahagian Komunikasi dan Publisiti
Emel: anisramli@tourism.gov.my

-Tamat-