Activities

Oct 2, 2020

MAKLUMBALAS BERKAITAN 33 GARIS PANDUAN BERKAITAN PELESENAN MOTAC

Kementerian Pelancongan , Seni & Budaya Malaysia sedang dalam proses akhir untuk memuktamadkan 33 Garis Panduan Panduan yang berkaitan dengan proses pelesenan yang melibatkan syarikat agensi pelancongan, institut latihan pelancongan, pemandu pelancong, premis penginapan pelancong, spa dan pusat urut kaki.

Proses memuatnaik 33 garis panduan berkenaan di laman sesawang Unified Public Consultation (UPC) akan dilaksanakan secara berperingkat mulai 1 Oktober 2020 (Khamis) sehingga selesai.

Proses rundingan ini adalah untuk mendapatkan maklum balas daripada penggiat indusri pelancongan, agensi kerajaan yang terlibat secara langsung dan orang awam.

Sehubungan itu, semua pihak dijemput untuk terlibat dalam proses rundingan dengan mengakses dan mengemukakan maklumbalas berkaitan di https://upc.mpc.gov.my.

Terima kasih di atas penglibatan dan komitmen yang diberikan.

Copyright © 2024 Malaysia Tourism Promotion Board (MTPB). All Rights Reserved. View Our Terms of Use