HM MOUNTAIN BIKE GRAND PRIX 2013 CC1M TAMBAH KEMERIAHAN AKTIVITI BERBASIKAL DI MALAYSIA
KUALA LUMPUR, 2 JUN 2013: Tourism Malaysia telah bekerjasama dengan Harian Metro untuk menganjurkan program Harian Metro Mountain Bike Grand Prix 2013 Cuti-Cuti 1Malaysia (CC1M) bagi merancakkan aktiviti berbasikal di Malaysia sekaligus meningkatkan promosi pelancongan berbasikal di Malaysia.
Objektif program ini bukan sahaja untuk membentuk ‘trend’ sukan “mountain bike” di kalangan rakyat Malaysia tetapi juga mempromosikan sukan tersebut sebagai sebahagian daripada inisiatif pelancongan sukan berbasikal.
Harian Metro Mountain Bike Grand Prix 2013 CC1M akan dianjurkan di lima buah lokasi terpilih seperti Presint 15, Putrajaya (1-2 Jun), Pulau Duyung Besar, Kuala Terenggu (23-24 Ogos), Legoland, Nusajaya (28-29 September) dan Kellie’s Castle, Perak (26-27 Oktober) manakala lokasi terakhir akan diumumkan kemudian.
Pakej pelancongan berbasikal telah diperkenalkan di Malaysia oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dan Tourism Malaysia pada penghujung tahun 2011 di Putrajaya. Pakej “Discover Putrajaya Cycling Packages” merupakan pakej pelancongan berbasikal yang pertama sekali diperkenalkan oleh Tourism Malaysia dan telah dilancarkan oleh mantan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, YB Dato’ Sri Dr. Ng Yen Yen pada 17 Disember 2011.
Selain itu, Tourism Malaysia juga telah melancarkan pakej berbasikal Cuti-Cuti 1Malaysia sempena Kayuhan Sihat CC1M di Raub pada 1 April 2012.
Bagi merancakkan lagi aktiviti berbasikal di negara ini, Tourism Malaysia juga telah menganjurkan pelbagai program berbasikal sepanjang tahun 2012 dan awal 2013 seperti Cuti-Cuti 1Malaysia Sunday Bike Ride @ Raub, Kayuhan Merdeka di Raub, Kayuhan Sihat dan MTB Fun Ride @ Melaka, Kayuhan Sihat @ Tersang dan Le Tour de Homestay Selangor.
Setakat ini, sebanyak 184 pakej pelancongan berbasikal telah dibangunkan dengan kerjasama 91 buah agensi pelancongan tempatan.
Antara pakej-pakej pelancongan berbasikal yang telah dibangunkan termasuklah CC1M Bike Ride Georgetown Bicycle & Trishaw Packages, CC1M Sabah Bike Ride - Bah Let’s Go Cycling, CC1M Bike Ride Kuching, Special Cycling Packages@Raub, CC1M Nature Ride Hulu Selangor, CC1M Terengganu Bike Ride, CC1M Perak Bike Ride – Discover Perak Cycling Package, CC1M Putrajaya Bike Ride Packages featuring Paya Indah Wetlands, CC1M Johor Bike Ride, Pakej Berbasikal Kedah Darul Aman 2013, Melaka Cycling Packages 2013/2014, Pakej Berbasikal Perlis 2013, Pakej Istimewa Tersang dan Pakej Berbasikal Kelantan.
Sepanjang tahun 2012, nilai keseluruhan pakej-pakej pelancongan berbasikal yang telah terjual di seluruh negara adalah sebanyak RM411,180.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Puan Hazrina Azman, Penolong Pengarah, Bahagian Pemasaran Domestik, Tourism Malaysia di 03-8891 8437 atau emel hazrina@tourism.gov.my.
Untuk mendapatkan siaran media, media info dan artikel berkaitan industri pelancongan di Malaysia, sila lawati Pusat Media di laman web Tourism Malaysia di http://www.tourismmalaysia.gov.my/.
LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA ATAU TOURISM MALAYSIA ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Peranan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan ialah melaksanakan dasar-dasar berkaitan pelancongan, menjalankan penyelidikan serta menawarkan insentif kepada para penggiat industri pelancongan manakala Tourism Malaysia pula bertanggungjawab untuk mempromosikan Malaysia di peringkat domestik dan antarabangsa. Didorong oleh aspirasi untuk mempromosikan Malaysia sebagai sebuah destinasi pelancongan yang unggul di rantau ini, Tourism Malaysia telah membangun dengan pesatnya sejak penubuhannya dan telah muncul sebagai pemain utama dalam landskap sosioekonomi negara. Pada 2012, Malaysia telah mencatatkan kedatangan seramai 25 juta orang pelancong asing dengan pendapatan pelancongan sebanyak RM60.6 bilion.
Pada 2014, Malaysia akan menyambut Tahun Melawat Malaysia (TMM) buat kali keempat dengan tema “Celebrating 1Malaysia Truly Asia”. Kempen promosi TMM 2014 telahpun bermula pada tahun ini dan akan dipenuhi dengan pelbagai acara istimewa dan aktiviti-aktiviti menarik sepanjang tahun sehinggalah tibanya TMM 2014. Penganjuran kempen TMM 2014 dijangka akan dapat membantu kerajaan mencapai sasaran untuk menerima kedatangan pelancong seramai 36 juta orang dengan pendapatan sebanyak RM168 bilion menjelang 2020 seperti yang digariskan dalam Pelan Transformasi Pelancongan Malaysia 2020.
Hubungi:
Unit Perhubungan Media:
Encik Razaidi Abd Rahim, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Komunikasi dan Publisiti
Emel: razaidi@tourism.gov.my
Unit Editorial:
Puan Anis Rozalina Ramli, Editor, Bahagian Komunikasi dan Publisiti
Emel: anisramli@tourism.gov.my